Wednesday, April 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru yang selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksasa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya. Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Merong Mahawangsa pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

3 comments:

  1. Pewaris Mutlak Takhta Kerajaan Merong Mahawangsa Ada Disini..

    ReplyDelete
  2. Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam adalah raja ke tujuh.

    Kalau ikut keterangan diaatas sepatutnya dia raja ke sepuluh kerana ada sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136.

    ReplyDelete
  3. Saya salin tulisan anda di atas dengan meletak nombor urutan menjadi raja :

    Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah.

    Merong Mahawangsa (1) pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat (2) menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
    Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa (3). Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
    Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa (4). Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong (5). Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat (6). Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa (7) yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

    ReplyDelete

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...