Wednesday, December 21, 2011

Santa Claus?




Santa Claus,ataupun Saint Nicholas,Bapa Krismas,Kris Kringle and biasanya disebut 'Santa' adalah seorang karekter lagenda,mitos dan hikayat budaya barat dikatakan memberi hadiah kepada kanak2 yang berkelakuan baik sepanjang tahun semasa lewat petang dan sepanjang malam Krismas,disember 24.



Karektor moden yang berasal dari belanda iaitu Sinterklaas,adalah dikaitkan dengan tokoh sejarah paus/pope yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak iaitu Saint Nicholas.


Sunday, December 11, 2011

Kisah Malaikat

Kisah Malaikat Izrail Menerima Al-Maut



illustrasi sahaja

Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat maut kerana ia ditugaskan untuk mencabut nyawa makhluk-makhluk Allah SWT Malaikat Izrail diciptakan oleh Allah SWT dalam keadaan yang serupa dengan malaikat Mikail baik wajahnya, saiznya, kekuatannya, lisannya dan sayapnya. Semuanya tidak kurang dan tidak lebih.

Al-Qur’an dan al-Hadith tidak menyebut nama Izra’il ini. Ia hanya dikenali sebagai Malaikat Maut sahaja di dalam al-Qur’an dan al-Hadith. Firman Allah SWT:

قُلْ يَتَوَفَّاكُمْ مَلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ تُرْجَعُونَ

Katakanlah: “Malaikat maut yang diserahi untuk (mencabut nyawa) mu akan mematikan kamu; kemudian hanya kepada Tuhanmulah kamu akan dikembalikan”.
(Surah al-Sajdah: 11)

Ibn Kathir menyebutkan: “Adapun nama Malaikat Maut tidak disebutkan secara jelas di dalam al Qur’an, dan juga hadith yang sahih. Namun penamaan Izra’il tertera di dalam beberapa athar.” (Lihat al-Bidayah wa al-Nihayah, 1/47)
Antara kitab tafsir yang menyebutkan bahawa nama Malaikat Maut adalah Izra’il adalah:
  • Tafsir al-Sam’ani (4/245) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Fath al-Qadir (4/289) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Fath al-Bayan fi Maqasid al-Qur’an (11/20) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Sya’rawi (4/2574) ketika mentafsirkan Surah al-Nisa’ ayat 97.
  • Tafsir al-Muqatil (3/450) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Al-Hidayah ila Bulugh al-Nihayah (9/5754) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Ibn ‘Atiyyah (4/360) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Ibn Juzay (2/142) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Bahr al-Muhit (8/434) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Adhwa’ al-Bayan (6/184) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir al-Wasit (8/119) ketika mentafsirkan Surah al-Sajdah ayat 11.
  • Tafsir Mafatih al-Ghaib (2/386) ketika mentafsirkan Surah al-Baqarah ayat 30.
  • Tafsir al-Samarqandi (3/542) ketika mentafsirkan Surah al-Nazi’at ayat 14.

Selain itu, ia juga ditemukan dalam Ihya’ Ulumiddin karangan Imam al-Ghazali (Lihat Ihya’ Ulumiddin, 4/467) yang mengambil riwayat daripada Asy’ath (hadis maqtu’) beliau berkata:
سَأَلَ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللَّهُ عَلَى نَبِيِّنَا وَعَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيمًا مَلَكَ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلَامُ وَاسْمُهُ عِزْرَائِيلُ، وَلَهُ عَيْنَانِ عَيْنٌ فِي وَجْهِهِ وَعَيْنٌ فِي قَفَاهُ، فَقَالَ: يَا مَلَكَ الْمَوْتِ، مَا تَصْنَعُ إِذَا كَانَتْ نَفْسٌ بِالْمَشْرِقِ وَنَفَسٌ بِالْمَغْرِبِ، وَوَقَعَ الْوَبَاءُ بِأَرْضٍ، وَالْتَقَى الزَّحْفَانِ كَيْفَ تَصْنَعُ؟ قَالَ: أَدْعُو الْأَرْوَاحَ بِإِذْنِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فَتَكُونُ بَيْنَ أُصْبُعَيَّ هَاتَيْنِ. قَالَ: وَدُحِيَتْ لَهُ الْأَرْضُ فَتُرِكَتْ مِثْلَ الطَّسْتِ يَتَنَاوَلُ مِنْهَا حَيْثُ شَاءَ. قَالَ: وَهُوَ الَّذِي بَشَّرَهُ بِأَنَّهُ خَلِيلُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Maksudnya: Nabi Ibrahim bertanya kepada Malaikat Maut dan namanya adalah Izra’il. Padanya dua mata; satu di wajahnya, satu di belakang lehernya. Ibrahim bersabda: ‘Wahai Malaikat Maut. Apa yang kamu buat sekiranya satu nyawa di Timur dan satu nyawa lagi di Barat dan berlaku waba’ di mukabumi serta berkumpul dua kerisauan ini. Bagaimana kamu akan lakukannya?” Jawabnya: “Aku akan menyeru roh-roh dengan izin Allah SWT, maka jadilah ia berada antara dua jari aku. (al-‘Uzmah, 3/908)

Al-Qadhi ‘Iyadh juga menyebutkan tentang Izra’il dalam kitab al-Syifa bi Ta’rif al-Huquq al-Mustafa. (Lihat al-Syifa bi Ta’rif al-Huquq al-Mustafa, 2/303). Malah, Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah juga menamakan Malaikat Maut sebagai Iz’rail ketika membahaskan persoalan samada semua makhluk termasuk malaikat akan mati atau tidak. Kebanyakan kitab-kitab seperti di atas memang menukilkan sahaja tanpa ditanyakan sanad yang marfu’ dan sahih tentang penamaan ini.
Pada pandangan kami, perkataan Izra’il kemungkinan besar berasal daripada Bahasa Ibrani. Dalam Tanakh (salah satu daripada kitab suci agama Yahudi), perkataan Azrael ada disebutkan dan digambarkan sebagai Malaikat Maut. (Lihat A Dictionary of Angels: Including The Fallen Angels, hlm. 64-65) Maka, nama Izra’il ini secara jelasnya adalah riwayat Isra’iliyyat.
Azrael (/ æzriəl /; Ibrani Ibrani: עֲזַרְאֵל'ázar'ēl) adalah malaikat dalam agama Ibrahim. Dia sering dikenal pasti dengan Malaikat Pemusnahan di dalam Pembaharuan Alkitab Ibrani [1]: 64-65
Nama Ibrani diterjemahkan kepada "Malaikat Tuhan", "Bantuan dari Tuhan", atau "Yang Diberikan Tuhan". [1]: 64-65 Azrael adalah ejaan Kamus Chambers.
Dalam agama Yahudi, Azrael dikenal pasti sebagai Malaikat Maut. Walau bagaimanapun, nama "Azrael" itu sendiri jarang digunakan dalam bahasa Ibrani. Dalam mistism Yahudi, dia biasanya dirujuk sebagai "Azriel", bukan "Azrael". Zohar (kitab suci tradisi Kabbalah Yahudi) membentangkan gambaran yang positif dari Azriel. Zohar mengatakan bahawa Azriel menerima doa orang yang setia ketika mereka sampai ke syurga, dan juga memerintah sekumpulan malaikat syurga. Oleh itu, Azriel dikaitkan dengan bahagian Selatan dan dianggap sebagai komander tertinggi malaikat Tuhan (Zohar 2: 202b)

Dari kepala hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faran dan di setiap bulu ada satu juta muka dan setiap satu juta muka mempunyai satu juta mata dan satu juta mulut. Setiap mulut ada satu juta lidah, setiap lidah boleh berbicara satu juta bahasa. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah.


Friday, October 21, 2011

Seni?







Selalu kita sebut seni, tetapi tahukah kita apa itu seni?



Seni (Art dalam bahasa Inggeris) merangkumi semua aktiviti dan hasil karya manusia yang indah dan kreatif bagi semua kaum dan bangsa didunia. Pada masa kini, seni merupakan luahan kreativiti manusia yang paling dikenali dan dianggap sebagai keunggulan daya cipta manusia. Walaupun begitu, seni sukar ditakrifkan disebabkan setiap seniman mempunyai aturan dan sekatan tersendiri bagi setiap hasil kerja mereka, seni boleh dikatakan sebagai proses dan hasil dari pemilihan saluran medium, untuk menyampaikan sama ada kepercayaan, idea, rasa, atau perasaan dalam bentuk terbaik untuk saluran tersebut.
Ianya merangkumi seni lukisan,lakonan,hiburan,ukiran,penulisan,bina,muzik,nyanyian,masakan,gubahan,puisi ataupun seni bela diri.
Ramai dikalangan masyarakat kita meminati hasil karya seni muzik,nyanyian,lakonan dan hiburan.
Seni akan dianggap berguna kepada manusia zaman sekarang sekiranya ianya boleh membawa keuntungan semata mata.
Seni yang sebenarnya (pendapat aku lah) ialah seni yang disampaikan bukanlah hiburan semata mata tetapi ada mesej yang berguna yang disampaikan untuk manfaat manusia itu sendiri. Di dalam islam pula ianyanya seni yang bermanfaat kepada manusia tetapi mestilah berlandaskan kepada syariat islam.

Thursday, October 13, 2011

Problem ka Masalah?

kekadang tension gak kalu pikir2 lama2 sangat..tersangat x best!ini la jgak satu perangai
aku suke pikir bende2 yang bukan2,,klu ade masalah sikit je pikir giler la mcm nk kiamat!
tp sebenar masalah yang kita ade ni sebenarnya x perlu pikir2 terlampau sgt. sbb klu pikir2
pon masalah xkan selesai!


agak2 nya cmni x dalam otak kita kalu da buntu sangat


logik jgak pikir cmtu..cube pikir klu kita ade masalah contoh la..

kononnya kereta kita rosak,tengah jalan.punyer lah pikir2 ,risau,kusut kepala sebab nak antar kedai bengkel duit x cukup plak dlm poket..fuhhhhh!!!?? masa tu mula lah pikir bagai nk rak sampai pecah kepala!

Masalah memang senantiasa berada dengan kita tanpa mengira tempat dan masa..ianya semacm satupermainan..orang yang pakar main badminton pon kekadang x menang selalu, cube tanya dato'chong wei kan,hafiz ka,kan!..ade masanya kita naik dan ade masanya kita jatuh..
Masalah jgak mcm bom masa yang menunggu untuk datang musibah..
walaupon orang pakar bom pon kekadang berpeluh jgak nk matikan bom masa..silap langkah leh ....tut.....!!!!

Da tension tu xkan nk dudukkkk saja!

Kalu kereta tu rosak..leh cube antar dulu kt kedai bengkel ckp kt toke kereta ade masalah and duit x cukup..bleh deal dengan toke bengkel kereta slow2..bukan x leh cube..
Klu x leh gak try pinjam dulu duit kawan..Alaa..ngan member2 pon nk berkira..bukan selalu pinjam pon, cume aritu je tetiba kereta rosak. tp kalu da pinjam tu paham2 lah nk byr!jgn lah org dabaik ati da bagi pinjam..bile time nk byr hutang wat donno je,wat sardin je. mcm duit yang pinjam tu x payah kene byr pon!

alahai..Hah..kan masalah kereta da selesai..

tp kan...datang masalah baru plak.setiap masalah yang kita dapat mesti ianya menjadi rantai kpd masalah2 lain.mcm.....

nk p keje plak xde kereta.hmmm..cmne tu.pikir kejap oh!xpe la sementara nih naik la bas..ape susah!
mcm masa kecik dulu x penah jalan kaki p sekolahZ? hehe sampai 3 kilometer! sempoi je kan! exercise caranya..xpon tumpang je member2 yang naik kereta.tp xkan naik free kot..kasi lah tips(duit) cket..dia tu
pon bukan driver ko!(len la kawan tu mmg ikhlas nk antar pegi balik tu lain la citer).

rasenya xde masalah yang x buleh selesai. masalah tu kan sebahagian dari kehidupan. mana ade kehidupan yang sempurna tanpa masalah..semua penyakit ade ubatnya kecuali mati. Samalah dengan masalah ,cume bila ade masalah tu jgn la dipendam sorang2. bingai kepala pikir sorang2 nih!
ape gunenya ade keluarga,sanak saudara or kawan2.bawak2 la berbincang..
(klu xde member gak ko kene buat sesuatu,sumthing wrong dengan diri ko tu sampai orang xleh terima ko!!!)


Saturday, September 24, 2011

Malaikat



Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak yang bererti kekuatan.malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya(nur) lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina,tidak bernafsu, tidak bersuami atau isteri, tidak ber ibu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.
Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).


Mereka tidak terkira banyaknya dan masing-masing mempunyai tugas-tugas tertentu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :

Jibril -Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail -Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil -Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat nanti.
Izrail -Mencabut nyawa.
Munkar -Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir -Menyoal mayat di dalam kubur
Ridhwan -Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik -Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib -Mencatat segala amalan baik manusia.
Atib -Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


Sunday, September 18, 2011

September Eve



Assamualaikum,lama dah jgak x masuk blog ni, mana x nya sibuk ngan men game la,kuar la,keje..haih..


Bulan ramadhan tahun ini aku merasakan paling bermakna, kenapa ek? sebab korang pon da taw Hari raya tahun ni jatuh 30 ogos n disusuli plak Hari merdeka 31 ogos, ini dinamakan tahun yang bermakna.bukan tiap2 tahun kita dapat Hari raya skali ngan hari merdeka.

Hari malaysia pula disambut 15 september selepas itu, pengorbanan puasa bersama pengorbaan pejuang2 melayu mempertahankan negara. x lupe juga bangsa lain yang bersama2 mempertahankan negara kita.

jadi kita seharusnya bersyukur negara kita ini aman lebih dari 50 tahun tanpa sebarang perang.
jika hendak dibanding kan negara2 lain yang mana kehidupan mereka still x aman2 sehingga sekarang terutama negara2 dunia ketiga n negara 2 islam yang lain.

Malaysia boleh dikatakan antara negara2 islam yang stabil dari segi politik dan ekonomi, syukur alhamdulillah.

Tetapi keamanan yang kita kecapi tidak bermakna kita sudah boleh bersuka ria huhar ding dong ding dong kedebak gedebuk..(ape la yang aku tulis). perjuangan kita masih x selesai, kita sekarang masih dihantui peperangan minda.

peperangan minda ini sebenarnya lagi bahaya dari perang2 yang sebenar kerana rosak rohani serta jiwa dan minda. rosak semuanya. lagi senang anasir2 luar hendak menjajah kita sebenarnya.

so demi untuk memperingati hari kemerdekaan serta hari malaysia ini. aku selitkan video lagu negaraku. Wahh,baarulah patriotik kan!


Wednesday, June 22, 2011

Arak dan Hukumnya>>

Arak yang juga disebut “khamar” dalam bahasa Arab bermaksud minuman yang memabukkan. Ia menjadi minuman kemegahan bagi orang-orang fasik, kafir dan munafik. Di dalam Islam hukum meminumnya adalah haram.

Terkini mengenai barbican yang diragui halal nya,



Sijil halal barbican telah dikeluarkan tp still ade yang meragukan, kalu ragu2 senang je jgn sentuh air barbican ini ,itu saje..

Hukum haram arak ini dilakukan secara beperingkat, pada awalnya arak ini diharuskan kerana


Peringkat pertama setelah nya turunnya ayat pertama mengenai arak.


Ayat 67, surah al-Nahl.
Firman Allah bermaksud: “Dan daripada buah tamar dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan rezeki yang baik, sesungguhnya pada yang demikian itu ada satu tanda bagi orang yang mahu menggunakan akalnya.
Jelas di sini ayat pertama belum menjelaskan pengharaman arak pada ketika itu.
Peringkat kedua
Ayat 219, surah al-Baqarah.
Firman Allah bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya…
Maknanya ayatnya di sini arak dan judi ada membawa manfaatnya kepada manusia tetapi banyak membawa keburukan, tidak digalakkan kerana banyak keburukan dari manfaat. lebih kurang makruh la. macam makan bawang,petai..ada sebabnya kerana bawang makruh sebab boleh meninggalkan bau yang tidak menyenangkan orang disekeliling dan kesannya boleh menyebabkan bau badan.

Peringkat ketiga
Ayat 43, surah an-Nisa’.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu bersembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan…
Ayat ini turun kerana ada umat islam pada ketika itu mabuk ketika hendak bersolat dan tersalah membaca ayat al-quran ketika sedang bersolat.

Peringkat keempat
Ayat 90, surah al-Maidah.
Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung nasib adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat kejayaan.”
Ayat di atas sudah menerangkan Haram sekaligus terhadap arak jika meminumnya.

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Surah Al-Maa’idah : ayat 90)


"Ia bukan ubat, bahkan sebenarnya adalah punca kepada segala penyakit"(riwayat Muslim).

Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

Setiap minuman yang memabukkan adalah arak dan setiap yang memabukkan adalah haram. Sesiapa yang meminum arak di dunia lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih tetap meminumnya dan tidak bertaubat, maka dia tidak akan dapat meminumnya di Akhirat kelak (di Syurga)." (Nombor Hadis Dalam Kitab Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 3733)

"Apa yang memabukkan dalam jumlah yang banyak, adalah diharamkan walau dalam jumlah yang sedikit." (Kitab Sunan Ibnu Majah Jilid 3, Kitab memabukkan , Bab 30, hadis No. 3392)



Bir adalah minuman beralkohol tertua di dunia dan paling meluas diminum serta minuman ketiga paling disukai keseluruhan selepas air dan teh. Ia dihasilkan oleh mendidih dan penapaian kanji, kebanyakannya diperolehi dari bijirin—yang mana paling umum adalah barli malt, walaupun gandum, jagung, dan beras juga digunakan secara meluas. Kebanyakan bir berperisa hops, yang menambah kepahitan dan berperanan sebagai pengawet semula jadi, walaupun perisa lain seperti herba atau buah mungkin sekali-sekala digunakan. Minuman beralkohol yang menyuling selepas penapaian atau ditapai daripada sumber tidak berkanji seperti jus anggur (wain) atau madu (wain madu) tidak dikelas sebagai bir.

Jika berdasarkan takrif di atas, bermakna “bir” tetap mempunyai alcohol sekurang-kurangnya 0.01 peratus. Adakah ia tetap haram? Bagaimana pula “Root Beer” yang dijual oleh A&W? Ramai di kalangan kita yang meminumnya dan yakin sekian lama sebagai “halal”.
Berdasarkan laporan Gufnews.com bertarikh 13 April 2008, menunjukkan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi mengharuskan minuman yang mempunyai alkohol dengan kuantiti kecil yang tidak memabukkan. Namun, sebagaimana biasa, ia tetap mengundang kontroversi di kalangan ulama di Qatar.
Al-Qaradawi mengatakan bahawa minuman yang mempunyai alcohol sebanyak 5/1000 or 0.5% adalah dibenarkan dalam Islam. Beliau yang juga Pengerusi “International Organisation of Islamic Jurists” mengatakan bahawa ia dibenarkan kerana kuantiti alcohol yang kecil itu tidak menyebabkan mabuk. Tetapi bagi Al-Qaradawi, syaratnya ialah alcohol tersebut terhasil secara semula jadi (natural fermentation or anaerobic conversion). Ini kerana, jumlah alcohol sebanyak 5/1000 atau 0.5% di dalam minuman, adalah terlalu kecil dan tidak signifikan untuk menjadikan minuman itu haram, apatah lagi jika ia (alcohol) itu dihasilkan secara semula jadi dan tidak melalui proses campuran pembuatan oleh kilang atau seumpamanya.
Fatwa tersebut telah dikeluarkan oleh Al-Qaradawi berikutan banyaknya pertanyaan daripada masyarakat tentang perlambakan minuman tenaga dan makanan yang mengandungi alcohol dalam kuantiti yang kecil di pasaran.
Daripada Abu Malik al-Ays’ari katanya, Nabi Muhammad s.a.wbersabda:

"Sesungguhnya akan ada segolongan manusia dari umatku yang akan meminum arak dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. (Mereka meminum) sambil dialunkan dengan bunyi muzik atau suara para artis. Allah akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi (dengan gempa) dan akan merubah mereka menjadi kera atau babi." (Riwayat Ibnu Majah (4020) dalam kitab al-Fitan, bab hukuman.)



Mungkin minuman seperti barbican yang dimaksudkan? Mungkin Ya atau pun tidak, Yang pasti setiap minuman dan makanan yang MEMABUKKAN dipanggil arak, tetapi adakah itu menjadi suatu batu loncatan untuk kita minum minuman seperti ini yang kononnya selagi ianya tidak memabukkan ianya diharuskan? Islam memberi ruang untuk kita membuat pilihan yang banyak dan terbaik untuk kebaikan diri kita. Betapa cantiknya agama islam. sekirnya hati kita berasa kuatir atau was2,lebih baik dielakkan dari membuatnya.
(juz nak share je info ini xde niat pe2 pon, yang baik kita ikut yang buruk kita jauhkan)


Tuesday, May 3, 2011

Hat-Hati 7 Eleven Selayang!!!

Serata 7 Eleven area selayang sudah menjadi mangsa rompak dalam masa seminggu je n rompakan bersiri ni pandai dalam rompak masa2 polis tenga xder..diorang da cam buat research dulu lak sebelum g rompak dulu..

yang dirompak plak bende2 bukan plak tu..cam ice cream la,rokok sekotak je,n yg paling penting duit la..bende2 rompak da cam jadi habit diorang!!!

Kepada si perompak ni tobatlah, jgn malas nk keje n merompak je keje..xde nya ko tu beruntung dpt merompak melainkan masuk penjara,bayar denda n dibenci masyarakat. x lupe juga balasan kt akhirat!!

Wednesday, April 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru yang selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksasa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya. Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Merong Mahawangsa pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Friday, April 22, 2011

Mazhab dalam Islam


Secara Dasarnya Islam terbahagi kepada dua fahaman kaum iaitu Kaum Sunni dan kaum Syiah.



1) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah ata Sunni.

Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut ,tabi'in(orang2 yg pernah berjumpa dengan Rasulullah). Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.

#Tabi’in adalah : orang yang pernah berjumpa dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam keadaan ia beriman kepada Nabi meskipun ia tidak melihat Baginda dan ia mati di dalam keislaman.

2) Syi’ah ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam. Muslim Syi'ah mengikuti Islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya(keturunan nabi). Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam dari Imam Syi'ah.

Bermulanya perbezaan yang menyebabkan Syiah terbentuk apabila mereka mendakwa bahawa KHALIFAH atau ketua Negara yang sah selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. ialah Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan BUKANNYA Saiyidina Abu Bakar atau Umar r.a..



Terdapat 4 mazhab Sunni yg kebanyakannya didirikan oleh umat islam sedunia.

Perbezaan kepada setiap mazhab ini bukan bertunjangkan kepada pokok keimanan(aqidah) tetapi lebih kepada perbezaan tata ibadah.

Mazhab Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara..
Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi kedua-dua empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

Mazhab Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara.... Seperti Morocco,Algeria,Tunisia,Libya,Sudan,Mauritania,Mesir bahagian selatan ,Nigeria, Senegal dan Ghana.
Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menerima tatacara hidup penduduk madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan mati di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

Mazhab Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utaraIraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman seljuk), Mesir(semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut ,Indonesia,Thailand,Filipina,Sri Lanka dan Mazhab rasmi bagi negara malaysia dan Brunei.

Mazhab Hambali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang sekarang ini dianuti di Arab Saudi.

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...