Santa Claus,ataupun Saint Nicholas,Bapa Krismas,Kris Kringle and biasanya disebut 'Santa' adalah seorang karekter lagenda,mitos dan hikayat budaya barat dikatakan memberi hadiah kepada kanak2 yang berkelakuan baik sepanjang tahun semasa lewat petang dan sepanjang malam Krismas,disember 24.
Karektor moden yang berasal dari belanda iaitu Sinterklaas,adalah dikaitkan dengan tokoh sejarah paus/pope yang suka memberi hadiah kepada kanak-kanak iaitu Saint Nicholas.
Santa dipercayai merupakah hasil gabungan St.Nicholas dari Myra dan unsur-unsur Mitologi Nordic dengan Mitologi Kristian, sementara penampilan modennya dipercayai hanya timbul pada abad ke-19.
Ianya cerita yang sama juga dikaitkan oleh Hikayat Greek dan Byzantine kepada 'Basil of Caesarea'. Basil's feast day pada 1 januari ini dianggap waktu pertukaran hadiah di Greece.
Mitos ini juga mengatakan yang Santa Claus membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah, termasuk mainan, gula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia, dan kadang-kala arang atau batang diberi kepada yang nakal, dalam jangka masa satu malam; dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang mengilang mainan, dan sembilan ekor rusa kutub terbang yang menarik pedatinya.(Orang halus ni macam dikatakan seperti elves ataupun orang bunian)Semua ini adalah mitos dan permainan imaginasi orang dewasa kepada kanak-kanak( cerita tahyul kanak-kanak sebelum mereka tidur.)
Di dalam Kitab Perjanjian baru(New Testement) tidak mencatat tarikh sebenar kelahiran Jesus.Sehinggalah abad ke-19, para penulis kitab Kristian selalu berhujah bahawa 25 Disember merupakan tarikh sebenar kelahiran Jesus.
Menurut Hermann Usener,pada tahun 1899, tarikh pada hari krismas ini diambil dari suatu pesta orang Rom. Iaitu pesta 'Sol Invictus' juga merupakan hari menyembah Berhala iaitu "hari Kelahiran Dewa matahari" disambut pada 25 Disember. Pada hari yang sama juga dewa-dewa matahari lain disembah seperti dewa Elah-Gabal, dewa matahari Syria; Sol, dewa maharaja Aurelia (AD 270–274); dan Mithras, dewa tentera dalam mitologi Parsi. Maharaja Elagabalus(218–222) memperkenalkan pesta tersebut dan menjadi popular semasa pemerintahan Aurelia, yang menjadikan pesta tersebut sebagai cuti umum.
Walaupun kebanyakan negara menyambut Krismas pada 25 Disember setiap tahun, namun sesetengah gereja di Rusia,Georgia,Mesir,Armenia,Ukraine dan Serbia menyambutnya pada 7 Januari kerana mengikut kalender Julius yang tarikh 25 Disembernya jatuh pada 7 Januari dalam Kalende Gregory.
maklumat ini diambil dari pelbagai sumber,juz nk share untuk pengetahuan:)
No comments:
Post a Comment