Saturday, September 24, 2011

Malaikat



Kata malaikat merupakan jamak dari kata Arab malak yang bererti kekuatan.malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.
Malaikat dalam islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya(nur) lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina,tidak bernafsu, tidak bersuami atau isteri, tidak ber ibu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah.
Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).


Mereka tidak terkira banyaknya dan masing-masing mempunyai tugas-tugas tertentu yang diperintahkan oleh Allah s.w.t

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :

Jibril -Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail -Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil -Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat nanti.
Izrail -Mencabut nyawa.
Munkar -Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir -Menyoal mayat di dalam kubur
Ridhwan -Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik -Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib -Mencatat segala amalan baik manusia.
Atib -Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


Lain-lain Malaikat

Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat menjadi lapan)
Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)
Malaikat Kiraman katibin - pencatat amal baik dan buruk
Malaikat Harut dan Marut
Malaikat hafzah - malaikat penjaga manusia
Malaikat penjaga 7 pintu langit
Malaikat Ar Ra'd - malaikat pengatur awan
Malaikat Karubiyyun - pengatur rezeki manusia
Malaikat Ruhaniyyun as
Malaikat Azab


Lain lain Maklumat

Jibril malaikat yang muncul dalam ajaran agama samawi (agama dari langit) iaitu agama yahudi,nasrani dan islam. Dalam ajaran agama samawi Jibril dianggap sebagai Pemimpin Malaikat dan bertugas menyampaikan wahyu dan mengajarkannya kepada para nabi dan rasul.

Nama Malaikat Jibril disebut dua kali dalam Al quran yaitu pada surah Al Baqarah ayat 97-98 dan At Tahrim ayat 4. Didalam Al-Quran, Jibril memiliki beberapa julukan, seperti Ruh al Amin dan Ruh al Qudus (Roh Kudus), Ar-Ruh Al-Amin dan lainnya.

Jibril dikatakan tampak wujudnya dengan enam ratus sayap antara masyrik dan maghrib, (barat-timur) sayap dan busana kebesarannya putih laksana mutiara yang larut, dengan rupa yang begitu elok dan rupawan, dan dengan kekuatan yang dahsyat penuh mukzijat.

Allah Ta’ala menciptakan malaikat Jibril as. berpaut masa lima ratus tahun dengan penciptaan malaikat Mika’il as. Malaikat Jibril as. mempunyai enam ratus sayap atau tiga ratus pasang sayap, mulai kepala sampai kedua telapak kakinya terdapat bulu-bulu dari (minyak) za’faron, dan matahari berada diantara kedua matanya, sedang setiap rambutnya seperti bulan dan taburan bintang-bintang. Setiap harinya, malaikat Jibril as. memasuki lautan cahaya (nur) sebanyak tiga ratus tujuh puluh kali, dan ketika malaikat Jibril as. keluar dari lautan itu maka meneteslah dari sayapnya sebanyak satu juta tetesan. Dengan titisan itulah Allah Ta’ala kemudian menciptakan beberapa malaikat. Setiap satu titisan cahaya, menjadi satu malaikat yang serupa dengan malaikat Jibril as. dengan izin Allah Ta’ala. Lalu semua malaikat itu membaca tasbih kepada Allah Ta’ala, Dzat yang menciptakan mereka hingga hari kiamat tiba. Mereka adalah malaikat “Ruhaniyyun as”.

Menurut salah satu sumber, dalam tradisi Islam Mikail dikatakan memakai jubah berwarna hijau jamrud, memenuhi bentangan langit. Tiap helai rambutnya berisi ribuan wajah yang mengagungkan nama Allah.

Dari kepala malaikat Mikail hingga kedua telapak kakinya berbulu Za'faron. Jika seluruh air di lautan dan sungai di muka bumi ini disiramkan di atas kepalanya, nescaya tidak setitikpun akan jatuh melimpah. Di atas setiap bulu-bulunya, terdapat sebanyak satu juta muka.


Setiap muka malaikat Mikail ini pula mempunyai satu juta mulut dan setiap mulut mempunyai satu juta lidah manakala setiap lidah-lidahnya boleh berbicara satu juta bahasa atau lisan. Setiap satu juta lisan tersebut adalah membaca istighfar pada Allah bagi orang-orang mukmin yang berdosa.
Setiap satu juta muka atau wajahnya mempunyai satu juta mata. Tiap-tiap matanya sentiasa menangis kerana memohon rahmat bagi orang-orang mukmin yang berdosa. Tiap-tiap matanya yang menangis itu mengeluarkan tujuh ribu titisan air mata dan setiap titisan air mata itu Allah ciptakan satu malaikat Karubiyyuun yang serupa dengan kejadian malaikat Mikail Setiap malaikat-malaikat ini ditugaskan untuk bertasbih pada Allah sehingga hari kiamat.

Dari Anas bin Malik RA, ketika Rasulullah SAW Mikraj ke langit baginda ada bertanya pada malaikat Jibrail: "Mengapa aku tidak pernah nampak malaikat Mikail tertawa?" Malaikat Jibrail menjawab: "Malaikat Mikail tidak pernah tertawa semenjak neraka diciptakan" (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Malaikat israfil dikatakan berbulu dari kepala hingga kedua telapak kakinya dan mempunyai banyak mulut dan lidah. Jika seluruh air di lautan dan sungai di dunia disiramkan di atas kepadanya, nescaya tidak setitk pun akan jatuh melimpah.

Anu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw pernash bersabda tentang trompet malaikat israfil :
" trompet itu adalah sebuah tanduk raksasa yang terdiri dari cahaya. besarnya tiap lingkaran dalam tanduk itu selebar langit dan bumi. Trompet itu akan ditiup 3 kali, tiupan pertama membuat makhluk takut, tiupan kedua membuat makhluk mati dan tiupan ketiga untuk membangkitkan makhluk dari kubur".

Warna malaikat israfil adalah kuning tua, sedangkan sebab musabab wajahnya menjadi kuning adalah sebab gentar dan takut kepada Allah swt.

Malaikat Israfil sentiasa meletakkan trompet sangkakala di mulutnya. Disebutkan bahawa trompet malaikat israfil itu bercabang empat. satu cabang diarahkan ke barat, satu lagi ke timur, satu lagi ke bawah bumi dan satu lagi ke langit yang ke tujuh. di dalamnya terdapat pintu2 roh. Ada tujuh puluh rumah di dalamnya. Di antaranya ialah rumah roh2 para nabi,para manusia,jin,syaitan,binatang,tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.

Jumalah sayap malaikat israfil itu ada empat. Sayapnya yang pertama panjangnya sampai ke barat,sayapnya yang kedua sampai ke timur,yang ketiga boleh menutup seluruh badannya dan yang keempat menutupi kepalanya. Ia mempunyai seribu tentera malaikat yang serupa dengan kejadiannya.



Disebutkan, ketika Allah SWT mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada malaikat Izrail, maka berkata malaikat Izrail: "Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?". Maka Allah SWT menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka: "Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?" Kemudian Allah SWT berfirman: "Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih Agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu".
Kemudian Allah SWT memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut Allah telah menyerahkan kepadanya. Walau bagaimanapun, Malaikat Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah SWT memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya.
Sewaktu malaikat Izrail menjalankan tugasnya mencabut nyawa makhluk-makhluk dunia, ia akan turun ke dunia bersama-sama dengan dua kumpulan malaikat iaitu malaikat Rahmat dan malaikat Azab.
Walau bagaimanapun, Izrail bersama Jibril,Israfil dan Mikail pernah ditugaskan ketika Allah menciptakan nabi Adam as. Israil juga adalah antara Malaikat yang sering turun ke bumi untuk bertemu dengan para nabi antaranya ialah nabi ibrahim as dan nabi idris as.

Maklumat2 di atas diambil dari pelbagai sumber internet dan buku. juz nak bekongsi bersama.

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...