Friday, August 6, 2010

Yakjuj dan Makjuj(Gog Magog)


Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (bahasa Arab: يأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat islam,al quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.

Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat.

Yakjuj Makjuj keturunan Yafits. Yafits ialah anak Nabi Nuh. Antara anak yafits- Gomer, Magog, Madai, Javan, Tubal, Meshech, and Tiras. Pada zaman Zulqarnain, mereka berada di utara dari pergunungan Caucasus. Mereka jenis yang suka buat kerosakan. Penduduk di selatan pergunungan ini minta Zulqarnain tutup satu-satunya laluan ke selatan. Maka Yakjuj Makjuj kekal berada di utara pergunungan ini, di sekitar utara Laut Hitam. Dikatakan yakjuj dan makjuj adalah makhluk yang telah ditemui NASA(1), mungkin juga merupakan suatu kaum yang berasal dari utara iaitu daripada bangsa scythia(2)

Teori 1

WASHINGTON — Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba, tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi – dan mereka cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.. Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi mengenai kaum ‘orang gua’ ini. Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia – dan juga sedikit perbezaan. “Seperti kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari manusia biasa – setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole”

Teori 2

“Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya (dinding) hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar".

Dalam Surah Al-Anbiya ayat 96-97:

"Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang-orang yang kafir.” “(Mereka berkata): Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian tentang ini, bahkan kami adalah orang-orang yang zalim."

Oleh kerana gagal ke selatan, mereka menyebar ke utara Eropah, Rusia dan utara China (Monggolia, Manchuria, Korea). Ketika itu secara umumnya Yakjuj dan Makjuj terpisah. Namun tembok-tembok penghalang terus saja dibina generasi demi generasi. Dari pinggir Laut Hitam, terus menganjur ke laut China. Tembok Besar China ialah salah satu dinding penghalang Yakjuj Makjuj, tetapi ia hanyalah sambungan, bukan yang asal yang diasaskan oleh Zulqarnain. Pada zaman Nabi Muhammad, jaringan tembok ini mulai pecah. Lama-kelamaan bangsa-bangsa ganas dari utara dunia ini berjaya melepaskan diri dan membuat kekacauan di selatan. Yakjuj menyerbu dengan gagah sebagai bangsa Khazar yang berjaya menewaskan tentera khalifah. Makjuj pula turun sebagai Monggol lalu membina empayar besar hingga ke Eropah selain meruntuhkan kekhalifahan Baghdad. Yakju turun lagi sebagai tentera Salib dari utara Eropah. Dan kemudiannya turun lagi sebagai Rusia dan fahaman komunisnya. Makjuj pula turun sebagai Jepun (yang sebahagian besar tenteranya asal Manchuria). Dari semasa ke semasa mereka berjaya membuat kekacauan dan kerosakan di dunia ini. mereka lah antara waris daripada pecahan bangsa2 scythia. Mereka tidak habis di situ kerana satu hari nanti mereka akan bangkit kembali semula dengan melakukan kerosakan besar-besaran di dunia.

Dari Zainab binti Jahsy :

Bahawa Rasulullah bangun dari tidurnya sambil bersabda: Laa ilaaha illallah, celakalah orang-orang Arab kerana suatu bencana akan terjadi, iaitu hari ini dinding menahan Yakjuj dan Makjuj telah terbuka sebesar ini. Dan Sufyan (perawi hadis ini) melingkarkan jarinya membentuk angka sepuluh (membuat lingkaran dengan jari telunjuk dan ibu jari). Aku (Zainab binti Jahsy) bertanya: Wahai Rasulullah, apakah kita semua akan binasa padahal di antara kita banyak terdapat orang-orang saleh? Beliau menjawab: Ya, jika banyak terjadi kemaksiatan.

(Hadis Riwayat Muslim)


No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...