Friday, August 6, 2010

Bilangan nabi n rasul agama samawi?

Sebenarnya bilangan para Nabi dan Rasul itu amatlah banyak yang tidak diketahui dengan tepatnya. Inilah pendapat sebahagian para ulama yang tidak mahu menetapkan bilangannya kerana mereka berdasarkan kepada firman Allah dalam Surah Mukmin:78,

"Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus beberapa Rasul sebelummu; di antara mereka ada yang Kami ceritakan perihalnya kepadamu, dan ada pula di antaranya yang tidak Kami ceritakan kepada kamu. Dan tidaklah harus bagi seseorang Rasul membawa sesuatu keterangan atau menunjukkan sesuatu mukjizat melainkan dengan izin Allah; (maka janganlah diingkari apa yang dibawa oleh Rasul) kerana apabila datang perintah Allah (menimpakan azab) diputuskan hukum dengan adil; pada saat itu rugilah orang-orang yang berpegang kepada perkara yang salah".

Nabi ialah satu pangkat atau gelaran yang dianugerahkan oleh Allah kepada mereka yang dipilihnya yang terdiri di kalangan manusia yang lelaki, merdeka lagi cerdik yang diwahyukan kepadanya segala hukum hakam, undang-undang dan peraturan beragama untuk dirinya sendiri tanpa diperintahkan untuk disampaikan kepada orang lain.

Manakala Rasul adalah juga seperti orang yang disebut sebagai nabi tetapi ditambahkan seperkara lagi iaitu diwajibkan menyampaikan wahyu itu kepada orang lain. Tegasnya setiap Rasul itu adalah Nabi tetapi tidaklah sebaliknya.

terdapat hanya 25 rasul sahaja disebut di dalam al-quran iaitu nabi adam,idris,nuh,hud, salleh, ibrahim,lut,ismail,ishak,yaakub,yusuf,ayub,syuib,musa,harun,zulkifli,daudsulaiman,ilyas,ilyasa,yunus,zakaria,yahya,isa dan muhammad s.a.w.

Tetapi walau bagaimanapun terdapat sebahagian lagi di kalangan para ulama menetapkan jumlah bilangan para Nabi dan Rasul ialah sebanyak 124,000 orang termasuk 313 orang Rasul dan yang selebihnya ialah sebagai Nabi. Ini adalah berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Abu Dzar dimana dia pernah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w mengenai jumlah Nabi dan Rasul itu. Oleh baginda Rasulullah s.a.w menjawab iaitu sebanyak 124,000 orang, kemudian Abu Dzar bertanya lagi berapakah jumlah Rasul di kalangan mereka? Lalu baginda Rasulullah s.a.w menjawab iaitu sebanyak 313 orang.

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...