Thursday, January 10, 2013

Sejarah Jata Negara


Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia






Jata Negara pada tahun 1895





Jata Negara pada tahun 1948






Jata Negara pada tahun 1963






Jata Negara pada tahun 1965






Jata Negera yang terkini




Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Keterangan rekaan logo

Kuning : Melambangkan sistem Beraja
Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor, Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya.

(Sebelum ini, di sebelah tengah adalah dikhaskan untuk singapura tetapi diubah selepas singapura terkeluar dari Kerajaan persekutuan.)


Sejarah

Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)

Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah kepada Bersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris.

Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun kemudian.

Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.

Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan sehingga sekarang.

9 comments:

  1. mestilah..berkongsi ilmu byk manfaatnya johan:)

    ReplyDelete
  2. adakah 2ekor harimau tu diberikan nama khas?

    ReplyDelete
  3. sebuah informasi yang menarik.

    ReplyDelete
  4. Info menarik. Saya ada sedikit tambahan info. Harimau dalam jata negara tu di gelar harimau malaya. Harimau Malaya ini juga dikenali sebagai Harimau Belang iaitu spesies yang hanya ada di Semenanjung Malaysia. Iaitu Panthera Tigris Malayeins atau Panthera Tigris Jacksoni

    ReplyDelete
  5. The best informasi utk muda mudi macam kami . Tq ��

    ReplyDelete
  6. Sebab ape jata negara diperkenalkan oleh kerajaan malaysia

    ReplyDelete
  7. Salam admin. Bole sy tahu min ambil rujukan di mana ?

    ReplyDelete

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...