Thursday, January 24, 2013

Kisah Burung Ababil di dalam surah Al-Fill





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
(Surah Al fil)

Surat Al-Fill di atas menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.




Peristiwa ini pasti benar-benar terjadi dan terbukti, ketika surat ini di turunkan di Mekah, tidak ada satu pun orang kafir Quraisy yang membantahnya. padahal, mereka banyak mendustakan ayat-ayat yang lain. Yang menariknya adalah huraian mengenai bentuk burung ababil, lemparan batu kecil, dan akibatnya pada tubuh gajah mahupun pasukan Abrahah. Misalnya dalam tafsir majma'ul bayan karya Ibnul Hasan at tabrisi digambarkan bahawa burung itu datang berbondong-bondong dari laut, warnanya ada yang putih,hitam dan hijau. Ada juga riwayat mengatakan burung Ababil itu datang seperti sekumpulan awan hitam sekiranya dilihat dari jauh dan setiap ekor burung akan membawa beberapa ketul batu berapi yang dikatakan batu api dari neraka jahannam.


Setiap burung membawa tiga batu, satu digigit dengan paruhnya, dua di genggam masing-masing di kakinya. Mereka melemparkan pasukan bergajah yang mahu meruntuhkan Ka'abah itu.yang kena batu dari arah kepalanya,akan terus keluar dari duburnya.kalau kena dari depan, batu itu keluar dari punggung. Akibatnya ,tubuh gajah dan orang-orang itu berlubang seperti daun yang dimakan ulat.

Versi-versi mengenai Batu berapi yang dibawa oleh burung Ababil



Batu Firuz merupakantahi sejenis burung yang mendiami bumi ini sebelum diturunkan Nabi Adam a.s. Sebelum Nabi Adam a.s menjadi khalifah dimuka bumi, bumi ini didiami dan diperintah oleh pelbagai makhluk Allah silih berganti – dari jenis haiwan, jin, dewa dan sebagainya, wallahu’alam. Semua mereka ini tidak melakukan kerosakkan terhadap bumi yang didiami mereka pada masa itu. Tetapi apabila sampai kepada golongan manusia akhir zaman, dengan kecanggihan teknologi yang dicapai mereka mengebom sana sini atas pelbagai tujuan. Berbalik semula kepada kisah burung tadi, mereka tinggal disuatu tempat bernama “Bukit Firuz” dikatakan terletak dikawasan Iran-Afghanistan sekarang ini. Disinilah tempat mereka akan kembali untuk tidur, beranak-pinak dan berak setelah terbang bebas mengelilingi dunia atas tujuan masing-masing. Tahi yang diberak oleh mereka inilah bertukar menjadi batu Firuz, dan warna asal “batu tahi burung” ini ialah “Hijau berjalur/berurat Hitam”. Khasiat batu Firuz ada 2 yang utama iaitu (1) Untuk penawar racun dengan Izin-Nya (2) Untuk kebaikkan urat saraf- dikehendaki-Nya tubuh badan kita akan berasa segar/kuat dengan memakainya.

Versi lain juga dikisahkan bahawa batu Firuz ialahbatu burung Ababil yang menyerang ketumbukan tentera bergajah Abrahah. Apabila batu tersebut terkena atas mereka, jadilah mereka seperti “daun dimakan ulat”. Dikisahkan bahawa burung-burung Ababil adalah para malaikat yang diperintahkan atas rupa burung dalam misi bantuan dari langit tersebut, dan dikisahkan batu tersebut adalah anak batu dinding syurga ke-7 
(jannatu ‘Adn). Sumber lain, batu burung Ababil berasal dari neraka.

Aku batu burung Ababil, ambillah aku sebagai senjatamu”. Nabi Daud a.s menggunakan 3 biji sahaja batu burung Ababil untuk mengalahkan Jalut dengan izin Allah. Dikatakan tiada sesiapapun yang mengenal batu burung Ababil ini, melainkan apabila sampai ketika perintahkan-Nya dan petunjuk-Nya sebagaimana kisah Nabi Daud a.s.
Batu Firuz asalnya ialah “tahi sejenis burung” yang dipelihara oleh para wali. Berkat keramat mereka, tahi burung tersebut menjadi batu Firuz. Antara khasiatnya ialah untuk memulih, menguat dan melancarkan perjalanan darah seluruh badan, wallahualam.






Fakta Tambahan

*Burung ini juga dipanggil sebagai ababil di negara Benggali. Bagi negara Arab, ababil merupakan burung2 kecil sahaja. Ianya menyerupai burung layang layang yang cukup kita kenali di Malaysia.

Burung ababil juga diambil sempena nama ini sebagai senjata perang Iran iaitu UAV (Unmanned Aircraft Vehicle) yang mampu membawa peluru berpandu yang berkuasa tinggi. Bagi kita orang Islam, burung ababil sememangnya layak sangat dikaitkan dengan nama pemusnah bagi musuh musuh ugama kita.



*Ade teori yang mengatakan burung-burung Ababil merupakan sekumpulan pesawat tempur yang membawa tembakan peluru-peluru kepada pasukan bergajah Abrahah, wallahualam. 



Pelik! Benarkah Ini Batu Burung Ababil? Masih ingat lagikah kita tentang kisah tentera bergajah yang menyerang kota Mekah pada suatu ketika dahulu? Kisah ini ada terkandung dalam al-Quran pada surah Al-Fill.  Namun pada kali ini tidak bercerita mengenai sejarah kisah burung Ababil ini, akan tetapi tentang penemuan batu yang dikatakan merupakan batu yang digunakan oleh burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah. Persoalannnya, benarkah ini batu burung Ababil? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Boleh lihat gambar di bawah ini.








Seorang lelaki ditawarkan AS$4 juta (RM12 juta) untuk membeli batu hitam disebut di dalam al-Quran yang ditemui ketika memburu di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Yaman.
Saleh Musfer Al Gamdi berkata, batu itu yang memaparkan lukisan burung dan gajah, seberat 131 gram,sama dengan perkataan yang disebut dalam ayat al-Quran mengenai batu itu iaitu dalam Surah Al-Fil, wallahulam.

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...