Wednesday, March 28, 2012

Telinga berdesing?



Mengapa Telinga Berdesing?

Keadaan telinga yang sentiasa berdesing dipanggil tinitus.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sejenis penyakit tetapi merupakan simptom yang berlaku disebabkan beberapa perkara termasuklah jangkitan telinga, objek luar atau lilin dalam telinga, alah pada bahagian hidung yang menghalang aliran cecair dan menyebabkan penghasilan lilin dengan banyak.

Tinitus juga berlaku disebabkan pendengaran terjejas sejajar dengan peningkatan usia.

Secara dasarnya, setiap individu normal mempunyai pendengaran luar dan dalam (desingan) semula jadi sejak dilahirkan.

Pendengaran luar individu normal berada pada tahap yang baik menyebabkan ia mengawal bunyi desingan semula jadi dari dalam. Kerana itu kita tidak sedar bahawa setiap orang sebenarnya mengalami keadaan telinga berdesing.

Tinitus terbahagi kepada dua iaitu subjektif di mana individu yang mengalami tinitus mendengar bunyi tetapi orang lain tidak manakala tinitus objektif berlaku apabila individu mendengar bunyi dan orang lain (biasanya doktor) turut mendengar bunyi tersebut.

Tinitus boleh berlaku di sebelah telinga atau mungkin kedua-dua belah sekali. Sesetengah individu mengalami tinitus berpanjangan, manakala setengah lagi sekali-sekala. Ia boleh berlaku tidak kira peringkat umur bermula seawal 20-an, namun kebanyakannya mengalami ketika usia melebihi 50 tahun. Dikatakan seorang daripada 5 individu berusia 55 tahun ke atas mengalami tinitus.

Tinitus juga boleh berlaku disebabkan pengambilan ubat seperti aspirin dan paras aktiviti hormon serotonin yang rendah.


Tinitus Subjektif

Kebanyakan pesakit akan mengesyaki mereka mengalami kanser otak, kerosakan pada bahagian koklea, gegendang telinga dan sebagainya.

Jika disebabkan masalah seperti tahi telinga, telinga bernanah dan sebagainya, tinitus akan hilang dengan cara tahi dan nanah dibuang serta diubati dengan antibiotik. Jika individu mengalami masalah pada koklea pula, mereka tidak akan mendengar langsung sebarang bunyi sama ada daripada luar atau dalam.

Pendengaran luar kebanyakan individu akan berkurang sejajar dengan peningkatan umur mereka. Namun tidak semua individu mengalami masalah tersebut.

Tahap masalah bergantung kepada individu itu sendiri. Jika individu tersebut lebih sensitif dengan desingan yang berlaku, maka dia akan rasa keadaan tersebut sangat serius.


Keadaan tinitus tidak boleh dirawat atau diubati tetapi individu boleh mengawalnya dengan cara menerima keadaan tersebut dengan hati yang tenang. Dalam hal ini, penghidap mungkin perlu mendapatkan bimbingan psikologi bagi membantu mereka mengawal keadaan agar tidak runsing dan risau.

Penggunaan topeng tinitus dan alat bantuan pendengaran juga mampu menangani keadaan itu namun tidak boleh mengatasi masalah sepenuhnya.

Alat bantuan pendengaran bertindak seperti mikrofon yang menguatkan bunyi luar bagi mengawal bunyi desingan dalam. Namun, ramai pesakit mengadu ia tidak berkesan kerana kadang kala terdapat masalah seperti pemakaian tidak betul menyebabkan bunyi terlalu rendah atau tinggi.
Tinitus Objektif

Apabila doktor yang merawat dapat mengesan bunyi dari dalam telinga pesakit, ini dipanggil tinitus objektif.

Ia berlaku disebabkan gerakan otot pada telinga, atau bunyi berdetik sekitar kawasan telinga tengah (dalam). Sesetengah individu mengalami bunyi yang berdetik seperti nadi (dipanggil pulsative tinnitus).

Keadaan ini adalah biasa dan ia berlaku disebabkan perubahan aliran darah atau peningkatan arus pergolakan darah berdekatan telinga (seperti dari artereosklerosis). Namun ia juga boleh bertukar menjadi tinitus subjektif disebabkan terlalu risau dengan aliran darah tersebut.

Jika pesakit itu mengalami masalah tinitus objektif, beliau akan merujuk perkara tersebut kepada pakar saraf bagi mendapatkan penjelasan selanjutnya.

Amat jarang penghidap tinitus objektif berkait rapat dengan masalah kesihatan serius lain. Namun terdapat kes kecil seperti carotid artery aneurysm dan carotid artery dissection.
Gaya Hidup Sihat

Dalam mengelak masalah tinitus berlaku seiring dengan peningkatan usia, disarankan agar setiap individu menjalani gaya hidup sihat.

Penyakit seperti diabetis dan darah tinggi boleh mengganggu deria pendengaran sekali gus mendedahkan penghidapnya kepada masalah tinitus.



TELINGA BERDESING?

Adakalanya telinga menjadi berdesing atau berdenging tanpa sebab pada ketika yang berbeza. Bagi masyarakat Melayu dahulu , perkara ini merupakan petanda akan berlaku sesuatu;

TELINGA KANAN berdesing

06 – 07 pagi
bermakna akan mendapat khabar buruk

07 – 08 pagi
bermakna akan difitnah oleh orang

08 – 09 pagi
bermakna akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lain

09 – 10 pagi
bermakna akan ada berita yang kurang menyenangkan tentang keluarga

10 – 11 pagi
bermakna akan ada penghalang dalam merencanakan perjalanan. sebaiknya ditunda atau dibatalkan dahulu

11 – 12 tengahari
bermakna akan ada khabar yang kurang enak yang datangnya bersamaan dengan surat yang akan diterima dalam waktu terdekat

12 – 13 tengahari
bermakna akan ada saudara jauh yang datang dengan membawa cerita lama

13 – 14 petang
bermakna akan ada undangan makan-makan

14 – 15 petang
bermakna akan ada sesuatu yang membahayakan anda dalam waktu dekat

15 – 16 petang
bermakna akan ada berita daripada keluarga samada menggembirakan atau menyedihkan

16 – 17 petang
bermakna akan ada perjalanan jauh yang akan dilakukan dalam waktu terdekat

17 – 18 petang
bermakna anda sedang menjadi percakapan orang

18 – 19 petang
bermakna akan ada sesuatu yang berharga pergi meninggalkan anda

19 – 20 malam
bermakna akan mendapat berita buruk dari kalangan keluarga sendiri

20 – 21 malam
bermakna akan mendapat untung yang besar

21 – 22 malam
bermakna akan ada yang mengancam anda

22 – 23 malam
bermakna akan ada berita yang baik

23 – 24 malam
bermakna akan ada seseorang yang jatuh cinta pada anda

24 – 01 pagi
bermakna akan ada sesuatu nasihat atau warisan yang diberikan oleh orang tua

01 – 02 pagi
bermakna akan ada perselisihan antara keluarga

02 – 03 pagi
bermakna segala perjalanan yang dikerjakan akan selamat dan sampai pada tujuannya.

03 – 04 pagi
bermakna akan ada yang sesuatu yang bernilai akan hilang

04 – 05 pagi
bermakna akan ada sesuatu yang merugikan anda jika anda seorang pekerja. Anda mungkin diberi peringatan dan amaran daripada ketua atau majikan

05 – 06 pagi
bermakna akan ada orang yang akan mencelakakan anda

TELINGA KIRI berdesing

06 – 07 pagi
bermakna akan ada tetamu yang menguntungkan anda dalam waktu terdekat.

07 – 08 pagi
bermakna akan melakukan perjalanan jauh dalam waktu terdekat

08 – 09 pagi
bermakna akan kedatangan keluarga terdekat

10 – 11 pagi
bermakna akan selamat dalam perjalanan akan datang

11 – 12 tengahari
bermakna akan kedatangan keluarga dari seberang lautan

12 – 13 tengahari
bermakna akan terserang penyakit dalam waktu terdekat

14 -15 petang
bermakna akan kedatangan tetamu

15 -16 petang
bermakna akan berpergian jauh baik untuk urusan perniagaan atau urusan pekerjaan

16 -17 petang
bermakna akan mendapat undangan makan dari keluarga dan saudara terdekat.

17 -18 petang
bermakna dalam waktu terdekat akan mendapat keuntungan besar bagi usaha perdagangan yang dirintis dan dalam waktu terdekat akan naik pangkat dalam pekerjaan.

18 – 19 malam
bermakna akan menemui seseorang yang amat penting.

19 – 20 malam
bermakna akan menerima pernyataan cinta daripada seseorang dalam waktu terdekat ini.

20 – 21 malam
bermakna akan menerima keuntungan.

21 – 22 malam
bermakna akan menerima undangan perkahwinan daripada teman rapat

22 – 23 malam
bermakna akan didatangi pencuri.

23 – 24 malam
bermakna akan menghadapi penghalang dalam menguruskan perkara yang sedang dihadapi

00 – 01 pagi
bermakna semua cita-cita yang direncanakan akan segera tercapai

01 – 02 pagi
bermakna akan menerima khabar yang sangat menyenangkan

02 – 03 pagi
bermakna akan ada permusuhan dalam keluarga.

04 – 05 pagi
bermakna anda akan mendapat usaha pekerjaan baru

05 – 06 pagi
bermakna akan ada musyawarah dan mufakat dalam setiap persoalan yang dihadapi oleh anda sebagai jalan penyelesaian.


5 comments:

  1. Masalah nya telinga saya berdesing setiap masa tak kira waktu.

    ReplyDelete
  2. tu aku x tau nk ckp mcmmana?tp kita leh tgk maklumat di atas tetapi jgn percaya bulat2, sekadar berkongsi maklumat:)

    ReplyDelete
  3. saya arif. saya mengalami telinga berdesing sejak hujung tahun 2012, telinga saya sentiasa berdesg 24/7. saya semakin risau mgkin sebab saya tlalu mmkirkannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Better arif jumpe doktor dulu, mungkin juga sebab terlalu byk berfikir.. pe2 pun post di atas hanya la sekadar berkongsi maklumat, ape2 pun semuanya qada dan qadar tuhan yang tentukan. peace:)

      Delete
  4. Jadi bila masalah selsema berlaku...tq for your information..syukurla bukan sejenis penyakit...

    ReplyDelete

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...