Saturday, March 26, 2011

Bermulanya Solat-Solat dari Nabi2 Allah



Solat SUBUH

Nabi Adam as ialah orang pertama yg mengerjakan iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan di bumi dan baginda berasa teramat takut. Apabila fajar menyinsing, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Solat ZOHOR

Nabi Ibrahim as ialah orang pertama mengerjakannya iaitu semasa Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu tenggelamnya matahari, lalu Nabi Ibrahim sujud sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korban anaknya digantikan dengan kibas.

Solat ASAR

Nabi Yunus as. manusia pertama mengerjakannya.Semasa Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun yang telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:


Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat MAGHRIB

Ketika baginda Nabi Isa as. dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya (bani israel), waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:


Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa as. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.(semasa ketiadaan nabi musa nabi harun yang memimpin kaumnya)
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.


No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...