Wednesday, December 22, 2010

Hadis dan sunnah Rasulullah

Hadith atau hadis (alhadīth "الحديث" mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-quran.
Setiap hadis ini adalah disampaikan melalui para sahabat ke sahabat dan generasi yang seterusnya. Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud,Imam Tirmidzi,Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah.

Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:

  1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammad bin ismail
  2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-nasaburi
  3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman bin shuib
  4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud sulaiman
  5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu esa muhammad bin ishak Asalmi
  6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu abdullah muhammad bin yazid al-quzwini
  7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

contoh hadis:

Daripada Ibn 'Abbas r.a, berkata;

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelakian, dengan sabdanya: "Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu." Ibn ;Abbas menambahkan lagi: "Maka Nabi s.a.w telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan.
بِ
Dari Aisyah bahawasanya Usamah pernah berbincang dengan nabi muhammad saw perihal seorang perempuan lalu beliau bersabda: "sesungguhnya orang2 sebelum kami telah binasa adalah disebabkan mereka biasa menegakkan hukumankejahatan atas nama orang yang dipandang hina dan mereka tidak menegakkan mereka atas orang yang terpandang. Demi dzat yang jiwaku berada di tangan NYA, kalaulah sekirannya fatimah (binti muhammad) melakukan (pencurian) itu, nescaya aku potong tangannya.

Daripada Abi Hurayrah r.a.:

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."

"Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". Maka sabda Nabi s.a.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...