Thursday, September 2, 2010

Syaitan vs Manusia dahulukala ?





Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), , seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah)@(devil of Lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan,nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti hawa(eve) terkeluar dari Syurga, bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil. Walau bagaimanapun bumi Tuhan telah jadikan smata-mata untuk menjadikan manusia sebagai khalifahnya di bumi.jadi iblis bukan penyebab utama tetapi menjadi suatu penyebab sahaja untuk membentuk suatu naratif yang telah lama dirancang oleh tuhan. Peristiwa ini boleh kita baca dalam
surah al-Baqarah ayat 30,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” dalam ayat yang sama.


Allah telah memberi jawapan kepada kita. Bahawa manusia tidak akan tahu mengapa mereka diciptakan oleh Allah. Walaubagaimanapun, Allah tetap memberi sedikit pengetahuannya kepada manusia dengan menjelaskan tujuan mereka hidup di muka bumi ini.

Antara yang Allah jelaskan mengapa Dia menciptakan manusia ialah, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut.
a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat

“Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan manusia amat terbatas berbanding pengetahuan Allah. Hanya Allah mengetahui apakah sebab dan faedah Dia menciptakan kita di muka bumi. Sebagai ciptaan, kita harus akur bahawa kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dari pencipta kita.”

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...