Friday, July 23, 2010

Ape itu Melayu dan siapakah Melayu sebenarnya?


Melayu? definisinya kumpulan masyarakat pribumi yang hidup di kepulauan nusantara ini (malay archipelago)Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Kerajaan Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.
Terdapat banyak teori asal usul melayu ini, Di dalam sejarah melayu yang diketahui ramai mengatakan kerajaan melayu bermula dengan kerajaan melayu melaka pada abad ke 14. Tahukah kita perkataan melayu itu sendiri telah ada sejak abad sebelum 1 masihi lagi?

Kali ini aku cuma ingin list kan definisi dan asal usul melayu dari berbagai-bagai bangsa dan tamadun..

Daripada buku pengembaraan Marco Polo, perkataan "Malauir" disebut untuk merujuk kepada suatu tempat di bahagian selatan Semenanjung melayu.
Di dalam text india purba Ramayana dan Vayu Purana (abad yg ke 3 sebelum masihi) dalam di perkataan sanskrit iaitu 'Malayadvipa' secara literalnya bermaksud 'pulau malaya'
Merujuk kepada Yijing, Melayu pada awalnya ialah suatu kerajaan yang bebas.tetapi lewat abad ke 2, sami yijing(i-tsing) merakamkan kali kedua kedatangannya balik ke Ma-La-Yu, tempat itu dijajah oleh kerajaan Srivijaya. Melayu mempunyai perdagangan emas dan barangan tempatan dengan pedagang2 dari luar.
Dalam buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang 1612 ada diceritakan asal-usul “raja Melayu” pertama (di Palembang) dari keturunan putri Hindia bernama Puteri Syahrul Bariyyah dengan Raja Iskandar Dzulqarnyn ( nama Inggerisnya Alexandre the Great, pahlawan Yunani dari Makedonia itu)
Tamadun Melayu sama disebut dalam Tamadun Kerajaan Funan, Kerajaan Campa dan Kerajaan Langkasuka sejak abad ke-1M lagi itu.
Teori al-Athir dan Tun Sri Lanang itu ada persamaannya dengan teori yang dipaparkan oleh de Eredia awal abad ke-17M, seorang pegawai Portugis di Melaka yang mengatakan “Melayu” (ejaan Portugisnya Malaio) berasal dari suku kaum Attayo/Attay/Cattayo di Serica negeri Scyth/Scythia di Parsi (Iran) yang juga menjadi keturunan orang Yunani .
Perkataan 'Himalaya' di Tibet yang terkenal itu bermakna “Gunung Tinggi” atau “Gunung Salji”
Perkataan 'Himalaya' atau Hi Malaya' dalam terjemahan jepun bermaksud api malaya.
Setengah ahli sejarah menegaskankan kerajaan di Jambi sebelum wujudnya Kerajaan Sriwijaya itulah berupa Kerajaan Melayu Tertua yang dirujuk oleh penulis-penulis China sebelum abad ke-6 Masihi lagi itu sebagai kerjaan Moloyu itu
Perkataan 'malayu' sendiri terukir dalam atas ukiran arca bertarikh pada abad 1246 masihi,dijumpai di padang rocore berdekatan dengan hulu sungai.
Terdapat rujukan sumber mineral dari kerajaan "mo-lo-yeu dalam catatan rekod china pada abad ke 7,dengan berbagai catatan china yang merujuk kepada 'Ma Li Yi Er'dan 'Wu Lai Yu'



"Here now is the story of a city called Palembang in the land of Andelas (Sumatra). It was ruled by Demang Lebar Daun, a descendant of Raja Shulan, and its river was the Muara Tatang. In the upper reaches of the Muara Tatang was a river called Melayu, and on that river was a hill called Si-Guntang Mahameru'...


Ini just post untuk pengetahuan korang je.nak percaya atau tidak terpulang lah..tetapi nak percaya sesuatu korang kena lah kaji sendiri dan banyakkan rujukan daripada pelbagai pihak terutama ahli sejarawan.setelah itu lah korang leh buat kesimpulan sendiri..jgn cepat percaya pada apa yang orang tulis..

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...