Friday, April 19, 2013

Pohon Nabi






Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah. 
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi peringatan, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.Oleh itu,mereka yang mengetahui tentang utusan terakhir Allah S.W.T dari 3 kitab tersebut iaitu Zabur,Taurat dan Injil dan mereka ini berada di dalam pengetahuan Allah S.W.T. Ada satu kisah tentang Bahira,seorang paderi kristian yang hidup di kota Busra`,di selatan Syam atau sekarang Negara Syria dan semangat dan keghairahannya untuk menemui utusan terakhir itu.




Insiden ini terjadi semasa junjungan kita, Rasulullah S.A.W berumur 12 tahun (1459 Hijrah yang lepas).Pokok yang mana tempat Rasulullah S.A.W. berehat telah dipelihara oleh Allah S.W.T untuk jangka masa yang sangat panjang sehingga hari ini. Pokok ini sahaja yang ada di dalam kawasan 100 kilometer persegi di kawasan padang pasir di utara Negara Jordan. Bahira telah ternampak sekumpulan rombongan kabilah perniagaan Arab dari Mekkah melintasi dan Bahira ternampak seorang budak lelaki dari kabilah perniagaain itu yang dilindungi awan sepanjang budak itu bergerak.Bahira telah memahami dan mengetahui tanda –tanda utusan terakhir pada budak itu dan telah memangggil dan menjemput rombongan kabilah perniagaan arab itu untuk jamuan makan.







Semua ahli rombongan kabilah perniagaan arab menghadiri jamuan makan itu kecuali seorang budak yang mana budak itu yang ditunggunya untuk hadir dalam jamuan itu.Setelah tidak ada kehadiran budak itu, Bahira telah keluar dari rumah dan majlis jamuan dan mencari budak itu dan beliau Nampak budak itu sedang berehat di bawah sebuah pokok.Sepanjang pengetahuannya tentang kitab Injil,hanya utusan-utusan Tuhan yang rehat di bawah pokok. Jadi dia telah memanggil salah seorang dari ahli rombongan kabilah perniagaan arab untuk memanggil budak itu untuk makan bersama dalam jamuan.


“Baginda S.A.W duduk di bawah pokok ini,dan ia memberi reaksi kepada Baginda S.A.W dan inilah yang membuat pokok yang menjadi bukti benda hidup kepada Nabi SA.W.,yang mana di dalam bahasa arab,ia dipanggil `Sahabi`.”

(Putera Ghazi bin Muhammad,Jordan)








Rahib Bahira telah menyoal budak itu dan beliau merumuskan bahawa dialah utusan terakhir yang diterangkan di dalam kitab Injil. Bahira telah meyakinkan dan menyuruh pak cik kepada Muhammad S.A.W,iaitu Abu Talib untuk kembali pulang ke mekkah dengan Muhammad kerana orang Yahudi sedang mencari budak ini untuk dicederakan dan dibunuh.Dulu ketika Rasulullah Saw. melakukan perjalanan menuju Syam bersama Maisarah (pembantu Sayyidatuna Khadijah Ra.) untuk berdagang, Rasulullah Saw. pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana. Pada saat Rasulullah Saw. berteduh di bawahnya, dahan dan ranting-ranting pohon ini bergerak menaungi beliau Saw. dari panasnya terik matahari.

Seorang rahib (pendeta) yang melihat kejadian ini, lantas mendatangi Maisarah dan menunjukkan kepadanya pohon tempat berteduh Rasulullah Saw. itu seraya berkata: “Hanya seorang Nabi saja yang berteduh di bawah pohon itu.”


Lihatlah sampai hari ini pohon tersebut tetap subur walaupun berada di tengah-tengah padang pasir yang kering kerontang serta tiada tumbuhan yang hidup sepertinya. Allah Swt. menghidupkannya dengan kehendakNya.




Beratus-ratus bukti telah diberitahu dan dicatatkan dalam kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Quran, iaitu Zabur,Taurat dan Injil tentang kedatangan dan zahiriah utusan terakhir,Muhammad S.A.W.banyak ayat-ayat dalam 3 kitab tersebut iaitu kitab yang asal boleh dijumpai tentang keterangan Nama,keturunan dan karakter utusan terakhir walaupun pada hari ini,salinan-salinan 3 kitab tersebut telah banyak diubah dan diganti isi-isinya.





“Pokok ini telah diberkati dan hidup dengan sebab disentuh oleh Rasulullah S.A.W.“

(Hazrat Al-Allamah Sheikh Habib Ali Al-Jifri Hafizahullah)



Klik link di bawah untuk melihat video pokok nabi tersebut

http://www.youtube.com/watch?v=NTOjQS9gbJY&feature=player_embedded

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...