Sunday, August 8, 2010

Rahsia kunci & pintu kaabah?




Kaabah merupakan kiblat umat islam yang terletak di masjidil haram di mekah selepas masjidil aqsa di palestin. Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh nabi adam (as). Allah SWT menyatakan dalam al-quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, dibangunkan oleh nabi ibrahim(abraham)dan anaknya ismail(ishmael) atas perintah Allah s.w.t sebagai menjalankan kewajibannya terhadap perintahNya. Sehingga kini pintu kaabah tidak boleh dibuka oleh sembarangan manusia kecuali manusia daripada keturunan bani syaibah sahaja. Bani syaibah dalah satu-satunya keturunan yang diamanahkan oleh nabi muhammad untuk memegang kunci kaabah sejak turun-temurun.
Al-kisahnya semasa baginda meninggalkan mekah kerana berhijrah ke madinah.Mekah dikuasai oleh bani syaibah ketika itu. sejak turun temurun bani ini diamanahkan keturunannya untuk memegang kunci kaabah tersebut.Semasa baginda balik semula ke mekah dalam tahun 7 hijrah, berlakunya peperangan pembukaan mekah,baginda menang dan orang islam berkuasa di mekah. baginda menghantar saidina ali untuk mengambil kunci kaabah itu daripada bani syaibah. Beliau terus merampas kunci itu. Bani syaibah pun menyerahkan kunci tersebut kepada saidina ali dan apabila beliau hendak membuka pintu kaabah. ia tidak boleh dibuka langsung walaupun ditolak sedikit pun.
Pada ketika itulah turunnya wahyu daripada Allah s.w.t melalui jibril iaitu "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"
Baginda pun menyerahkan kunci itu kepada bani syaibah,meskipun ketika itu bani syaibah belum memeluk islam lagi. apabila dipulangkan sahaja kunci itu,bani syaibah berkata mesti manusia yang menyuruh memulangkan kunci tersebut adalah seorang nabi. Jika dia bukan nabi tentu dia sudah gila kuasa kerana memegang kunci itu adalah satu penghormatan turun-temurun. Selepas itu,dengan mudahnya ketua bani syaibah membuka pintu kaabah tersebut. Seelpas peristiwa itu.kesemua bani syaibah dan pengikutnya memeluk agama islam. Sehingga ke hari ini,jika seseorang pemegang kunci kaabah itu telah lanjut usianya.dia akan melatih seorang dari keturunannya untuk dilatih dan diambil alih tanggungjawab itu. Tetapi mestilah seseorang itu dari keturunan bani syaibah itu sendiri. Walaupun yang membuka pintu itu nanti merupakan seseorang kanak2. pintu besi solid dengan berat 8 tan dengan akan mudahnya dibuka. itulah suatu kekuasaan allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...