Wednesday, March 20, 2013

KISAH IBLIS (AZAZIL)


ASAL USUL IBLIS (PART 1)





Azazil (Arab Azazil, Inggeris, AzazelIzazil) merupakan nama asal dari Iblis yang merupakan ketua daripada bangsa jin ,ada pendapat lain mengatakan bahawa nama asal bagi Iblis adalah al-Harits. Lucifer adalah nama yang seringkali diberikan kepada Iblis dalam kepercayaan Kristian berdasarkan penafsiran dari sebuah ayat dalam Kitab Yesaya, Bible.
Iblis diciptakan daripada api sama penciptaan golongan Jin.
Menurut syariat Islam Azazil adalah pemimpin kelompok syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Nama Azrael ditukar kepada Iblis setelah dia enggan bersujud kepada Adam dan disingkirkan dari Syurga.


Dalam bahasa Arab nama Iblis berasal dari kata balasa بَلَسَ, yang artinya 'ia menyesal', maka arti dari kata Iblis 'ia (hal) yang menyebabkan penyesalan'

Dalam bahasa Arab, perkataanAzâzîl terdiri atas al-‘azâz yang bermaksud 'hamba' dan al-îl yang bermaksud 'Allah' . Perkataan al-‘azâz berasal daripada al-‘izzah yang bermaksud kebanggaan atau kesombongan atau dapat dimaksudkan sebagai mahluk yang membawa kesombongannya milik Allah. Dinamakan demikian kerana ia tercipta daripada api. Perkataan al-‘azâz (العزاز) terdiri daripada empat huruf, iaitu huruf ‘ainzâyalif, dan zây yang kedua. 


Daripada huruf ‘ain muncul perkataan ‘ulluw ‘kesombongan’, daripada huruf zây muncul perkataan zuhw ‘sikap takabur’, daripada huruf alif muncul perkataan ibâ’ ‘penentangan’ dan istikbâr ‘sifat angkuh’. Kesombongan, sikap takabur, penentangan, dan sifat angkuh merupakan sifat-sifat yang dimiliki iblis. Inilah tafsir nama asli iblis iaitu Azâzîl.

Dalam bahasa Latin, kata "Lucifer" yang bererti "Pembawa Cahaya" (dari lux, lucis, "cahaya", dan "ferre", "membawa"), ialah nama untuk "Bintang Fajar" (planet Zuhrah) ketika muncul pada hari ini). Versi Vulgata Kitab  Bible dalam bahasa latin menggunakan kata ini dua kali untuk merujuk kepada Bintang Fajar: sekali dalam 2 Petrus 1:19 untuk menterjemahkan kata bahasa Yunani(Fosforos), yang mempunyai erti harfiah yang persis sama dengan "Pembawa Cahaya" yang dimiliki "Lucifer" dalam bahasa Latin; dan sekali dalam Yesaya 14:12 untuk menterjemahkan (Helel), yang juga bererti "Bintang Fajar". Dalam ayat yang kemudian nama "Bintang Fajar" diberikan kepada Raja Babylon yang zalim, yang dikatakan oleh nabi akan jatuh. Ayat ini kemudiannya diberikan kepada raja iblis, dan dengan demikian nama "Lucifer" kemudian digunakan untuk syaitan, dan dipopularkan dalam karya-karya seperti "Inferno" oleh Dante dan "Paradise Lost" oleh Milton, tetapi bagi para pengguna bahasa Inggeris, pengaruhnya yang terbesar disebabkan kerana nama ini digunakan dalam Kitab Bible Versi Raja James, sementara versi-versi bahasa Inggeris lainnya menterjemahkannya dengan "Bintang Fajar" atau "Bintang Siang".
Sebelum diciptakannya Adam, Azazil pernah menjadi Imam para Malaikat (Sayyid al-Malaikat) dan Khazin al-Jannah (Bendaharawan Syurga), selama beberapa puluh ribu tahun sebelum menderhaka kepada Allah. Nama Azazil dapat ditemui dalam beberapa kitab tafsir, diantaranya dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, (Mujallad I-1/76 – 77), Tafsir Al- Khozin – Tafsir Al- Baghowi (I-1/48).
Diriwayatkan, bahawa Malaikat Israfil telah membaca tulisan di Luh Mahfuz tentang seorang hamba Allah yang telah beramal ibadat kepada Allah selama lapan puluh ribu tahun, tetapi ibadatnya itu ditolak dan dia dilaknat oleh Allah. Nama hamba Allah itu tidak dijelaskan dalam catatan tersebut. Oleh sebab itu, Israfil terlalu dukacita dan menangis karena khuatirkan dirinya sendiri yang dimaksudkan dengan hamba Allah tersebut.
Para malaikat bertanya kepada Israfil untuk mengetahui kenapa dia menangis. Lalu Israfil menyatakan apa yang telah dilihatnya (dibacanya) di Luh Mahfuz itu. Para malaikat semuanya turut menangis. Masing-masing khuatir kalau-kalau keadaan yang amat malang itu akan berlaku ke atas diri mereka.
Dalam keadaan berdukacita itu, para malaikat itu tiba-tiba teringat kepada Azazil, hamba Allah yang terkenal dengan doanya yang paling mustajab. Lalu mereka mengambil keputusan untuk pergi meminta pertolongan kawan mereka yang bernama Azazil itu. Secara beramai-ramai mereka pergi menemui Azazil. Kepada Azazil mereka ceritakan masalah yang mereka hadapi itu dan seterusnya meminta Azazil berdoa supaya nasib yang malang itu tidak melibatkan mereka. Azazil pun berdoa untuk para malaikat itu, tetapi terlupa hendak mendoakan dirinya sendiri.
Sebenarnya, Azazil sendiri pernah melihat satu surat di atas pintu syurga yang mengisahkan tentang seorang hamba Allah, diantara hamba-hamba Allah yang Muqarrabin, yang enggan mematuhi satu perintah Allah. Lalu Azazil mengutuk hamba Allah yang ingkar itu, selepas memohon keizinan untuk berbuat demikian daripada Allah. Maka terlaknatlah hamba Allah itu selama seribu tahun. Tidak disangkanya, bahawa hamba Allah itu ialah dirinya sendiri.
Kedua-dua suratan yang tercatat di Luh Mahfuz dan di atas pintu syurga itu sebenarnya mengenai diri Azazil sendiri, yaitu apabila dia enggan mematuhi perintah Allah supaya sujud kepada Adam. Sejak itulah namanya diubah daripada Azazil kepada "Iblis", dan seterusnya, Iblis atau Azazil ditolak dari pintu rahmat Allah untuk selama-lamanya.

AZAZIL terlalu banyak memiliki panggilan, seperti Sayid al-Malaikat dan Khazin al-Jannah.

Di setiap langit ia memiliki panggilan yang sangat bagus, adalah :
  1. Langit pertama ar-Rafii'ah, Ahli ibadah (al-Abid),
  2. Langit kedua al-Maa'uun, Ahli ruku (ar-Raki)
  3. Langit ketiga al-Maziinah, Ahli sujud (as-Saajid),
  4. Langit keempat az-Zahirah, Selalu merendah dan takluk kepada Allah (al-Khaasyi),
  5. Langit kelima al-Muniirah, Selalu ta'at (al-Qaanit),
  6. Langit keenam al-Khaliishah, Bersungguh-sungguh dalam beribadah (al-Mujtahid),
  7. Langit ketujuh al-Ajiibah, Sederhana dalam menggunakan sarana hidup (az-Zahid).

Wajah Azazil

1)Wujud Azâzîl Sebelum Penciptaan Adam




Sebelum dilaknat oleh Allah, Azâzîl memiliki wajah rupawan cemerlang, mempunyai empat sayap, banyak ilmu, terbanyak dalam hal ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyyuun dan masih banyak lagi.



2)Setelah Penciptaan Adam

Setelah ia enggan untuk bersujud kepada Adam, Allah mengubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan menjadi bentuk seperti babi hutan. Allah mengubah kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.




*Gambar2 di atas hanya tujuan illustrasi, maklumat di atas diperoleh dari pelbagai sumber untuk berkongsi makulumat




No comments:

Post a Comment

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...