Friday, April 19, 2013

Pohon Nabi






Pohon Nabi adalah Pohon yang pernah menanungi Nabi Muhammad Saw. dari terik matahari. Pohon Nabi ini sudah berumur ribuan tahun, namun anehnya Pohon Nabi ini masih hidup dan berbuah. 
Pohon Nabi ini sekali lagi menjadi bukti kenabian Nabi Muhammad Saw. Dan sepertinya Pohon Nabi ini sengaja dibiarkan hidup oleh Allah Swt. agar menjadi peringatan, kenangan dan bukti sejarah masa lalu. Pohon ini adalah pohon yang penuh keberkahan, pohon ajaib, pohon keramat dan pohon yang aneh.Oleh itu,mereka yang mengetahui tentang utusan terakhir Allah S.W.T dari 3 kitab tersebut iaitu Zabur,Taurat dan Injil dan mereka ini berada di dalam pengetahuan Allah S.W.T. Ada satu kisah tentang Bahira,seorang paderi kristian yang hidup di kota Busra`,di selatan Syam atau sekarang Negara Syria dan semangat dan keghairahannya untuk menemui utusan terakhir itu.




Insiden ini terjadi semasa junjungan kita, Rasulullah S.A.W berumur 12 tahun (1459 Hijrah yang lepas).Pokok yang mana tempat Rasulullah S.A.W. berehat telah dipelihara oleh Allah S.W.T untuk jangka masa yang sangat panjang sehingga hari ini. Pokok ini sahaja yang ada di dalam kawasan 100 kilometer persegi di kawasan padang pasir di utara Negara Jordan. Bahira telah ternampak sekumpulan rombongan kabilah perniagaan Arab dari Mekkah melintasi dan Bahira ternampak seorang budak lelaki dari kabilah perniagaain itu yang dilindungi awan sepanjang budak itu bergerak.Bahira telah memahami dan mengetahui tanda –tanda utusan terakhir pada budak itu dan telah memangggil dan menjemput rombongan kabilah perniagaan arab itu untuk jamuan makan.

Tuesday, April 9, 2013

KISAH ROMBONGAN TAMIM AL-DARIY BERJUMPA DAJJAL


KISAH ROMBONGAN TAMIM AL-DARIY BERJUMPA DAJJAL

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: "Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak.

Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal.


Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.


ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...