Nama Idris yang sebenarnya dikenali dikalangan ahli2 kitab sebagai Akhnukh,(enoch) dinamakan Idris kerana beliau banyak dan gemar mempelajari (tadarrus) Kitab Allah Ta’ala.
Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan,matematik,astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.
Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.
info tambahan :ada juga yang menggunakan nama 'enoch' ,atau nabi idris sebagai bahasa 'enochian' iaitu bahasa malaikat yang diletakkan untuk sesetengah ritual oleh john dee di dalam bukunya . dia dikatakan pernah melihat dan didedahkan oleh malaikat. boleh lihat link untuk maklumat http://en.wikipedia.org/wiki/Enochian
Ada juga mendakwa pernah menjumpai skroll lama enoch kononnya kepunyaan nabi idris. buleh lihat di link maklumat http://www.crystalinks.com/enoch.htm
Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam A.S. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi Adam a.s wafat.
Nabi Idris as telah naik ke langit pada hari isnin. Tentang naiknya Nabi Idris ke langit ini telah diberitakan Allah dalam Al-Qur’an pada surah Maryam, ayat 56 dan 57 :
“Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris yang tersebut didalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”
Setiap hari Idris as menjahit gamis (kemeja), setiap kali Idris as memasukkan jarumnya ke kain, beliau mengucapkan tasbih.
Nabi Idris dipercayai sebagai tukang jahit berdasarkan hadis::
Ibnu Abbas berkata, “Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah penggembala.” (dari al-Hakim)
Bila pekerjaannya telah selesai, lalu kemeja itu diserahkannya kepada si pemesan, tanpa meminta upah. Walaupun begitu, beliau masih sanggup beribadat dan ibadah sepanjang hari, ini menarik perhatian malaikat iaitu malaikat maut(izrail)untuk megenalinya sehingga malaikat maut merasa rindu untuk bertemu dengan Idris as.
Kemudian Malaikat Maut(izrail) memohon kepada Allah swt agar diizinkan untuk pergi menziarahinya. Dengan menyamar sebagai manusia, malaikat maut itu pergi menjumpai Nabi Idris as. Setelah memberi salam, lalu ia duduk.
Kebiasaan Nabi Idris as berpuasa sepanjang masa. . Puasa selain puasa isnin-kamis yang biasa dilaksanakan kaum Muhammad saw adalah puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa sehari, berbuka sehari.
Apabila waktu telah tiba untuk berbuka, maka datang malaikat maut membawakan makanan dari Syurga untuk Nabi Idris as, kedatangan malaikat maut sebagai rupa manusia. lalu Nabi Idris as memakan dari makanan itu dan itu pun berlangsung sepanjang hayat Nabi Idris as.
Kemudian setelah berbuka, Idris as beribadat sepanjang malam. Ketika suatu malam ditengah peribadatannya, Malaikat Maut datang bertamu sambil membawa makanan dari Syurga, Nabi Idris as pun memakannya dan berkatalah Nabi Idris kepada Malaikat Maut, “Mari Tuan makan juga bersama-sama saya!” Tetapi Malaikat Maut itu tidak mahu makan.
Nabi Idris pun melanjutkan ibadahnya, sedang Malaikat Maut itu duduk menunggu sampai terbitnya matahari. Nabi Idris as merasa hairan melihat perihal keadaan tetamunya (Malaikat Maut) tersebut, lantas Idris berkata, “wahai Tuan, mahukah tuan berjalan-jalan bersama saya untuk melihat-lihat pemandangan?”
Malaikat Maut pun menjawab, “Ya, baiklah!”.
Maka berjalanlah keduanya menyusuri sawah dan ladang, hingga akhirnya, ketika tiba di suatu ladang, Malaikat Maut itu berkata kepada Idris sa, “Wahai Idris, Tuan izinkanlah saya untuk mengambil tanaman ini untuk saya makan?”.
Nabi Idris as menjawab, “Subhanallaah, kenapa kemarin anda tidak mahu memakan makanan yang halal bersama saya, sedangkan sekarang Tuan mahu memakan makanan yang haram dan bukan menjadi hak Tuan?!”.
Kemudian mereka melanjutkan perjalanan. Tak terasa empat hari telah berlalu. Selama itu Nabi Idris as mendapatkan beberapa tingkah laku aneh terhadap diri teman seperjalanannya itu, yang menyalahi sifat-sifat manusia pada umumnya. Kerana itu Nabi Idris as lalu menanyakan, “siapakah Tuan ini sebenarnya?”.
Malaikat Maut itu pun menjawab, “Saya adalah Izrail, saya adalah Malaikat Maut”.
Idris as bertanya pula, “Tuankah yang mencabut semua nyawa makhluk?”
Izrail as menjawab, “Ya”.
Idris as bertanya lagi, “Tuan ada bersama saya selama empat hari, apakah Tuan juga telah mencabut nyawa seseorang?”.
Jawab Izrail, “Ya, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk itu ibarat hidangan dihadapan saya, saya ambil roh itu laksana seseorang mengambil suapan-suapan makanan”.
Nabi Idris bertanya, “Wahai Malakul Maut, Tuan datang untuk menziarahi saya atau untuk mencabut nyawa saya?”.
Izrail pun menjawab, “Saya datang untuk menziarahi anda dengan izin Allah Ta’ala”.
Nabi Idris berkata, “Wahai Malakul Maut, saya ada permintaan kepada Tuan, yaitu agar Tuan mencabut nyawa saya, kemudian Tuan mohonkan kepada Allah agar Ia menghidupkan saya kembali, supaya saya dapat menyembah Allah setelah saya merasakan kedahsyatan seksaan Sakaratul Maut tersebut!”.
Malaikat Maut itu pun menjawab, “Saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan izin Allah Ta’ala”.
Lalu Allah swt mewahyukan kepada Izrail as untuk segera mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris as seketika itu juga. Nabi Idris pun wafat pada saat itu juga.
Ketika Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia dan dengan memohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu.
Allah mengabulkan permohonannya dan Nabi Idris pun dihidupkan-Nya kembali.
Kemudian Malaikat Maut itu memeluk Nabi Idris, seraya bertanya, “Wahai saudaraku, bagaimanakah Tuan merasakan kesakitan maut itu?”.
Nabi Idris as menjawab, “Kesakitan maut itu bagaikan seekor binatang apabila dikuliti dalam keadaan hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripada hal itu”.
Malaikat Maut berkata, “Padahal kelembutan yang saya lakukan ketika mencabut nyawa Tuan, belum pernah saya lakukan terhadap siapa pun sebelum Tuan”.
Kemudian Nabi Idris berkata pula, “Ya Malakul Maut, saya mempunyai permintaan yang lain kepada Tuan, yaitu, saya ingin sekali melihat Neraka, supaya saya dapat beribadat kepada Allah Ta’ala lebih banyak lagi setelah saya menyaksikan kedahsyatan Neraka itu”.
Maka menjawablah Malaikat Maut, “Bagaimana saya dapat pergi ke Neraka tanpa izin dari Allah swt?!”
Lalu Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut itu agar ia membawa Nabi Idris as ke dalam Neraka. Maka pergilah keduanya ke Neraka.
mereka disambut oleh malaikat malik(penjaga neraka).
Di Neraka, Nabi Idris as dapat melihat semua yang diciptakan Allah buat menyiksa musuh-musuh-Nya, seperti ; rantai-rantai, belenggu-belenggu, begitu pula ular-ular, kala, api, timah mendidih, pohon berduri, air panas yang mendidih dan lain sebagainya.
Setelah puas melihat-lihat, kemudian mereka meninggalkan Neraka menuju bumi kembali.
Kemudian Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, “Wahai Malakul Maut, saya mempunyai hajat lainnya, yaitu, agar Tuan membawa saya untuk melihat-lihat dan masuk ke dalam Syurga, hingga saya dapat menyaksikan apa-apa yang telah disediakan Allah bagi kekasih-kekasih-Nya dan setelah itu saya pun dapat meningkatkan ibadat saya kepada-Nya”
Maka Malaikat Maut berkata, “bagaimana saya dapat membawa Tuan memasuki Syurga, tanpa perintah dari Allah swt?!”
Lantas Allah pun memerintahkan kepada Malaikat Maut itu supaya membawa Nabi Idris as pergi menuju Syurga.
Kemudian pergilah mereka berdua, hingga tiba di muka pintu Surga, mereka berhenti disana.Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrail membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.dihadapan pintu syurga mereka disambut oleh malaikat ridwan(penjaga syurga).Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Dari situ Nabi Idris as dapat memandang ke dalam Syurga. dilihat olehnya segala macam kenikmatan yang disediakan Allah bagi para awliya’-Nya, seperti buah-buahan, pohon-pohonan, sungai-sungai dan lain sebagainya. Lalu Idris as berkata, “Wahai saudaraku, Malakul Maut, saya telah merasakan pahitnya Maut, dan saya telah melihat kedahsyatan api Neraka, maka maukah Tuan memohonkan kepada Allah agar Ia mengizinkan saya memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya guna menghilangkan rasa sakit dari Maut dan kedahsyatan api Neraka?”.
Kemudian Nabi Idris pun masuk kedalam Surga. Idris as meletakkan sandalnya dibawah salah satu pepohonan Surga, kemudian menuju suatu mata air untuk meminum airnya, kemudian Idris as tidak lama kemudian keluar dari Surga tersebut.
Setelah Idris as berada diluar Surga, ia berkata kepada Malaikat Maut, “Wahai Malakul Maut, saya telah meninggalkan sandal saya di dalam Syurga!”
Malaikat Maut pun menjawab, “Kembalilah ya Tuanku ke dalam Syurga dan ambil kembali sandal Tuan!”.
Maka masuklah Nabi Idris kembali ke dalam Syurga, namun Idris as tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut pun berteriak, “Ya Tuanku Idris, keluarlah anda segera dari Syurga itu!!”.
Nabi Idris pun menjawab dari dalam Syurga, “Tidak ya Malakul Maut, kerana Allah Ta’ala telah berfirman :
“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian.
Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)
Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)
Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan sejak azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”
baru saya tahu ceritanya......... :)
ReplyDelete