Wednesday, December 29, 2010

naik berat!!!















mkm2...tido...


smalam p selayang mall sat ngan famili nk tengok2 jap wax eamnut adek aku nih..and terlanjur plak tengok adek aku ni dok timbang berat badan yang result nya ala2 normal tu..aku pon timbang skali nk tengok2 skala kebesaran aku nih!!tup tup..
berat:92kg
tinggi:167cm

standard weight
53.0kg-69.7kg

BMI 33.2
normal BMI 19-25

huh..byk tu nk turun ..agak2 dlm 20 kilo gak nk turun...

Wednesday, December 22, 2010

kisah nabi idris diangkat ke langit.














Nama Idris yang sebenarnya dikenali dikalangan ahli2 kitab sebagai Akhnukh,(enoch) dinamakan Idris kerana beliau banyak dan gemar mempelajari (tadarrus) Kitab Allah Ta’ala.

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran serta mencipta peralatan yang digunakan manusia sekarang ini seperti penulisan,matematik,astronomi, dan lain-lain lagi. Menurut sebuah kisah, terdapat satu masa di mana kebanyakan manusia telah melupakan tuhan, dan bumi telah dihukum dengan kemarau. Walaubagaimanapun, Nabi Idris a.s. telah berdoa ke hadrat Allah s.w.t. dan berakhirlah musim kemarau tersebut dengan turunnya hujan.

Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan di akhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

info tambahan :
ada juga yang menggunakan nama 'enoch' ,atau nabi idris sebagai bahasa 'enochian' iaitu bahasa malaikat yang diletakkan untuk sesetengah ritual oleh john dee di dalam bukunya . dia dikatakan pernah melihat dan didedahkan oleh malaikat. boleh lihat link untuk maklumat http://en.wikipedia.org/wiki/Enochian











Ada juga mendakwa pernah menjumpai skroll lama enoch kononnya kepunyaan nabi idris. buleh lihat di link maklumat http://www.crystalinks.com/enoch.htm

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam A.S. putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Menurut kitab tafsir 1000 tahun selepas Nabi Adam a.s wafat.


Nabi Idris as telah naik ke langit pada hari isnin. Tentang naiknya Nabi Idris ke langit ini telah diberitakan Allah dalam Al-Qur’an pada surah Maryam, ayat 56 dan 57 :

“Dan ceritakanlah (Hai Muhammad kepada mereka kisah) Idris yang tersebut didalam Al-Qur’an. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi”


Setiap hari Idris as menjahit gamis (kemeja), setiap kali Idris as memasukkan jarumnya ke kain, beliau mengucapkan tasbih.

Nabi Idris dipercayai sebagai tukang jahit berdasarkan hadis::


Ibnu Abbas berkata, “Daud adalah seorang pembuat perisai, Adam seorang petani, Nuh seorang tukang kayu, Idris seorang penjahit dan Musa adalah penggembala.” (dari al-Hakim)


Bila pekerjaannya telah selesai, lalu kemeja itu diserahkannya kepada si pemesan, tanpa meminta upah. Walaupun begitu, beliau masih sanggup beribadat dan ibadah sepanjang hari, ini menarik perhatian malaikat iaitu malaikat maut(izrail)untuk megenalinya sehingga malaikat maut merasa rindu untuk bertemu dengan Idris as.

Kemudian Malaikat Maut(izrail) memohon kepada Allah swt agar diizinkan untuk pergi menziarahinya. Dengan menyamar sebagai manusia, malaikat maut itu pergi menjumpai Nabi Idris as. Setelah memberi salam, lalu ia duduk.

Kebiasaan Nabi Idris as berpuasa sepanjang masa. . Puasa selain puasa isnin-kamis yang biasa dilaksanakan kaum Muhammad saw adalah puasa Nabi Daud, iaitu berpuasa sehari, berbuka sehari.
Apabila waktu telah tiba untuk berbuka, maka datang malaikat maut membawakan makanan dari Syurga untuk Nabi Idris as, kedatangan malaikat maut sebagai rupa manusia. lalu Nabi Idris as memakan dari makanan itu dan itu pun berlangsung sepanjang hayat Nabi Idris as.
Kemudian setelah berbuka, Idris as beribadat sepanjang malam. Ketika suatu malam ditengah peribadatannya, Malaikat Maut datang bertamu sambil membawa makanan dari Syurga, Nabi Idris as pun memakannya dan berkatalah Nabi Idris kepada Malaikat Maut, “Mari Tuan makan juga bersama-sama saya!” Tetapi Malaikat Maut itu tidak mahu makan.
Nabi Idris pun melanjutkan ibadahnya, sedang Malaikat Maut itu duduk menunggu sampai terbitnya matahari. Nabi Idris as merasa hairan melihat perihal keadaan tetamunya (Malaikat Maut) tersebut, lantas Idris berkata, “wahai Tuan, mahukah tuan berjalan-jalan bersama saya untuk melihat-lihat pemandangan?”
Malaikat Maut pun menjawab, “Ya, baiklah!”.

Maka berjalanlah keduanya menyusuri sawah dan ladang, hingga akhirnya, ketika tiba di suatu ladang, Malaikat Maut itu berkata kepada Idris sa, “Wahai Idris, Tuan izinkanlah saya untuk mengambil tanaman ini untuk saya makan?”.

Nabi Idris as menjawab, “Subhanallaah, kenapa kemarin anda tidak mahu memakan makanan yang halal bersama saya, sedangkan sekarang Tuan mahu memakan makanan yang haram dan bukan menjadi hak Tuan?!”.

Kemudian mereka melanjutkan perjalanan. Tak terasa empat hari telah berlalu. Selama itu Nabi Idris as mendapatkan beberapa tingkah laku aneh terhadap diri teman seperjalanannya itu, yang menyalahi sifat-sifat manusia pada umumnya. Kerana itu Nabi Idris as lalu menanyakan, “siapakah Tuan ini sebenarnya?”.

Malaikat Maut itu pun menjawab, “Saya adalah Izrail, saya adalah Malaikat Maut”.

Idris as bertanya pula, “Tuankah yang mencabut semua nyawa makhluk?”

Izrail as menjawab, “Ya”.
Idris as bertanya lagi, “Tuan ada bersama saya selama empat hari, apakah Tuan juga telah mencabut nyawa seseorang?”.

Jawab Izrail, “Ya, selama empat hari ini banyak sekali nyawa yang telah saya cabut. Roh makhluk itu ibarat hidangan dihadapan saya, saya ambil roh itu laksana seseorang mengambil suapan-suapan makanan”.

Nabi Idris bertanya, “Wahai Malakul Maut, Tuan datang untuk menziarahi saya atau untuk mencabut nyawa saya?”.

Izrail pun menjawab, “Saya datang untuk menziarahi anda dengan izin Allah Ta’ala”.

Nabi Idris berkata, “Wahai Malakul Maut, saya ada permintaan kepada Tuan, yaitu agar Tuan mencabut nyawa saya, kemudian Tuan mohonkan kepada Allah agar Ia menghidupkan saya kembali, supaya saya dapat menyembah Allah setelah saya merasakan kedahsyatan seksaan Sakaratul Maut tersebut!”.

Malaikat Maut itu pun menjawab, “Saya tidaklah mencabut nyawa seseorang pun, melainkan hanya dengan izin Allah Ta’ala”.

Lalu Allah swt mewahyukan kepada Izrail as untuk segera mencabut nyawa Idris as. Maka dicabutnyalah nyawa Idris as seketika itu juga. Nabi Idris pun wafat pada saat itu juga.

Ketika Malaikat Maut melihat kematian Nabi Idris itu, maka menangislah ia dan dengan memohon kepada Allah supaya Allah menghidupkan kembali sahabatnya itu.

Allah mengabulkan permohonannya dan Nabi Idris pun dihidupkan-Nya kembali.

Kemudian Malaikat Maut itu memeluk Nabi Idris, seraya bertanya, “Wahai saudaraku, bagaimanakah Tuan merasakan kesakitan maut itu?”.

Nabi Idris as menjawab, “Kesakitan maut itu bagaikan seekor binatang apabila dikuliti dalam keadaan hidup, maka sakitnya maut itu seribu kali lebih sakit daripada hal itu”.

Malaikat Maut berkata, “Padahal kelembutan yang saya lakukan ketika mencabut nyawa Tuan, belum pernah saya lakukan terhadap siapa pun sebelum Tuan”.

Kemudian Nabi Idris berkata pula, “Ya Malakul Maut, saya mempunyai permintaan yang lain kepada Tuan, yaitu, saya ingin sekali melihat Neraka, supaya saya dapat beribadat kepada Allah Ta’ala lebih banyak lagi setelah saya menyaksikan kedahsyatan Neraka itu”.

Maka menjawablah Malaikat Maut, “Bagaimana saya dapat pergi ke Neraka tanpa izin dari Allah swt?!”

Lalu Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut itu agar ia membawa Nabi Idris as ke dalam Neraka. Maka pergilah keduanya ke Neraka.

mereka disambut oleh malaikat malik(penjaga neraka).

Di Neraka, Nabi Idris as dapat melihat semua yang diciptakan Allah buat menyiksa musuh-musuh-Nya, seperti ; rantai-rantai, belenggu-belenggu, begitu pula ular-ular, kala, api, timah mendidih, pohon berduri, air panas yang mendidih dan lain sebagainya.

Setelah puas melihat-lihat, kemudian mereka meninggalkan Neraka menuju bumi kembali.

Kemudian Nabi Idris berkata lagi kepada Malaikat Maut, “Wahai Malakul Maut, saya mempunyai hajat lainnya, yaitu, agar Tuan membawa saya untuk melihat-lihat dan masuk ke dalam Syurga, hingga saya dapat menyaksikan apa-apa yang telah disediakan Allah bagi kekasih-kekasih-Nya dan setelah itu saya pun dapat meningkatkan ibadat saya kepada-Nya”
Maka Malaikat Maut berkata, “bagaimana saya dapat membawa Tuan memasuki Syurga, tanpa perintah dari Allah swt?!”

Lantas Allah pun memerintahkan kepada Malaikat Maut itu supaya membawa Nabi Idris as pergi menuju Syurga.

Kemudian pergilah mereka berdua, hingga tiba di muka pintu Surga, mereka berhenti disana.
Dengan tubuh lemas Nabi Idris meninggalkan tempat yang mengerikan itu. Kemudian Izrail membawa Nabi Idris ke surga. “Assalamu’alaikum…” kata Izrael kepada Malaikat Ridwan, Malaikat penjaga pintu surga yang sangat tampan.dihadapan pintu syurga mereka disambut oleh malaikat ridwan(penjaga syurga).Wajah Malaikat Ridwan selalu berseri-seri di hiasi senyum ramah. Siapapun akan senang memandangnya. Sikapnya amat sopan, dengan lemah lembut ia mempersilakan para penghuni syurga untuk memasuki tempat yang mulia itu.
Dari situ Nabi Idris as dapat memandang ke dalam Syurga. dilihat olehnya segala macam kenikmatan yang disediakan Allah bagi para awliya’-Nya, seperti buah-buahan, pohon-pohonan, sungai-sungai dan lain sebagainya. Lalu Idris as berkata, “Wahai saudaraku, Malakul Maut, saya telah merasakan pahitnya Maut, dan saya telah melihat kedahsyatan api Neraka, maka maukah Tuan memohonkan kepada Allah agar Ia mengizinkan saya memasuki Syurga untuk dapat meminum airnya guna menghilangkan rasa sakit dari Maut dan kedahsyatan api Neraka?”.
Kemudian Nabi Idris pun masuk kedalam Surga. Idris as meletakkan sandalnya dibawah salah satu pepohonan Surga, kemudian menuju suatu mata air untuk meminum airnya, kemudian Idris as tidak lama kemudian keluar dari Surga tersebut.

Setelah Idris as berada diluar Surga, ia berkata kepada Malaikat Maut, “Wahai Malakul Maut, saya telah meninggalkan sandal saya di dalam Syurga!”

Malaikat Maut pun menjawab, “Kembalilah ya Tuanku ke dalam Syurga dan ambil kembali sandal Tuan!”.

Maka masuklah Nabi Idris kembali ke dalam Syurga, namun Idris as tidak keluar lagi, sehingga Malaikat Maut pun berteriak, “Ya Tuanku Idris, keluarlah anda segera dari Syurga itu!!”.

Nabi Idris pun menjawab dari dalam Syurga, “Tidak ya Malakul Maut, kerana Allah Ta’ala telah berfirman :


“Setiap yang berjiwa akan merasakan mati.”
(Ali-Imran: 185)
Sedangkan saya telah merasakan kematian.

Dan Allah berfirman yang bermaksud:
“Dan tidak ada seorang pun daripadamu, melainkan mendatangi Neraka itu.”
(Maryam: 71)

Dan saya pun telah mendatangi Neraka itu. Dan firman Allah lagi yang bermaksud:
“… Dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya (Syurga).”
(Al-Hijr: 48)

Maka Allah menurunkan wahyu kepada Malaikat Maut itu: “Biarkanlah dia, kerana Aku telah menetapkan sejak azali, bahawa ia akan bertempat tinggal di Syurga.”
Dan Allah telah berfirman kepada rasul-rasulNya tentang kisah Nabi Idris dalam firmanNya yang bermaksud. “Dan ingatlah olehmu cerita-cerita dalam kitab Nabi Idris a.s dan seterusnya.”











Hadis dan sunnah Rasulullah

Hadith atau hadis (alhadīth "الحديث" mufrad, ahādīth "أحاديث" jamak); adalah perkara yang berkisar tentang Sunnah Rasul s.a.w. dan apa yang disandarkan kepada Rasul s.a.w. dari segi perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sifat kejadiannya. Hadis atau Sunnah Rasul s.a.w. adalah sumber rujukan kedua selepas al-quran.
Setiap hadis ini adalah disampaikan melalui para sahabat ke sahabat dan generasi yang seterusnya. Ada banyak ulama periwayat hadis, namun yang sering digunakan dalam fiqh Islam ada tujuh iaitu Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Daud,Imam Tirmidzi,Imam Ahmad, Imam Nasa'i dan Imam Ibnu Majah.

Ada beberapa buah kitab Hadis yg lebih diakui oleh umat Islam seluruh dunia. Enam kitab pertama di bawah ini dikenali sebagai enam kitab hadis utama:

  1. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Bukhari atau nama sebenar beliau adalah Muhammad bin ismail
  2. Kitab al-Jami' as-Sahih - karya Imam Muslim atau nama sebenarnya muslim bin al-hajjaj al-nasaburi
  3. Kitab Sunan an-Nasai - karya Imam Nasa'i atau nama sebenar beliau adalah Abu abdul rahman bin shuib
  4. Kitab Sunan Abi Daud - karya Imam Imam Abu Daud atau nama sebenar beliau adalah Abu daud sulaiman
  5. Kitab Sunan at-Tirmizi (al Jami' as-Sahih) - karya Imam Tirmidzi atau nama sebenar beliau adalah Abu esa muhammad bin ishak Asalmi
  6. Kitab Sunan Ibnu Majah - karya Imam Ibnu Majah atau nama sebenar beliau adalah Abu abdullah muhammad bin yazid al-quzwini
  7. Kitab Musnad - karya Imam Ahmad

contoh hadis:

Daripada Ibn 'Abbas r.a, berkata;

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang bersifat kewanitaan dan wanita yang bersifat kelakian, dengan sabdanya: "Keluarlah mereka daripada rumah-rumah kamu." Ibn ;Abbas menambahkan lagi: "Maka Nabi s.a.w telah mengeluarkan si fulan, dan Umar juga telah mengeluarkan si fulan.
بِ
Dari Aisyah bahawasanya Usamah pernah berbincang dengan nabi muhammad saw perihal seorang perempuan lalu beliau bersabda: "sesungguhnya orang2 sebelum kami telah binasa adalah disebabkan mereka biasa menegakkan hukumankejahatan atas nama orang yang dipandang hina dan mereka tidak menegakkan mereka atas orang yang terpandang. Demi dzat yang jiwaku berada di tangan NYA, kalaulah sekirannya fatimah (binti muhammad) melakukan (pencurian) itu, nescaya aku potong tangannya.

Daripada Abi Hurayrah r.a.:

Terjemahan: "Nabi s.a.w mengutuk (melaknat) lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki."

"Daripada Ummu Salamah, bahawa Nabi s.a.w berada di rumahnya dan terdapat di sebuah rumah seorang yang berkelakuan wanita. Maka Nabi s.a.w berkata kepada saudara Ummu Salamah iaitu 'Abd Allah bin Abi Umayyah: "Jika Allah membebaskan Ta'if bagi kamu pada esok hari, maka akan aku tunjukkan pada kamu rumah Binti Ghaylan, yang datang dengan empat dan pergi dengan lapan anggota". Maka sabda Nabi s.a.w: "Jangan sekali-kali mereka itu masuk ke dalam rumah-rumah kamu."

Setelah kiamat...
















Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber: Amar Sufi

dunia kini?

Bermacam-macam liku kehidupan manusia yang dilalui,aku pon berubah jugak. dunia sekarang dilanda pelbagai krisis ,korupsi,penipuan,mainan politik kenkadang aku tengok nyawa manusia menjadi mainan. tidak unsur perikemanusiaan. manusia sekarang nampak luaran sahaja memperoleh kemajuan yang canggih tetapi secara rohani,dalaman mereka tidak pon seiring dengan kemajuan mereka. masih ketinggalan. minda bebas dijajah apa sahaja yang diserap tanpa menapis yang mana baik dan buruk/.

aku pon ade gak belek2 kt artikel dalam website dan surat khabar, ade satu benda yang penarik perhatian aku mengenai seksualiti. kebebasan hak seksualiti individu yang dikatakan hak asasi manusia. malaysia semacam untuk mereka inginkan sebuah negara yang bebas menjadi seperti negara2 barat yang lain. seksualiti yang bebas.boleh bercampur gaul lelaki n perempuan tanpa batasan, lelaki dan lelaki,perempuan n perempuan n sebagainya. seperti festival seksualiti merdeka baru2 nih. buleh lihat link untuk maklumat lebih lanjut..
http://www.seksualitimerdeka.org/

bagi yang berusaha untuk educate/mendidik mengenai peranan seksual dan menerangkan baik buruk nya xpe la. tetapi jika keterlaluan bagi aku ianya hanya akan memberi peluang untuk orang2 seksual songsang di luar sana untuk tidak malu dan bebas melakukan apa sahaja. sama juga pendidikan seksual. mengajar untuk mengurangkan penyebaran virus HIV dan diberikan kondom. dah macam kt amerika. nak mengurang penyebaran virus tetapi dalam pada masa yang sama mengalakkan hubungan terlarang dengan pemberian kondom. niat tu baik , bagus! tapi kesannya pon ada. kita sepatutnya mengajar dan membimbing mereka ke jalan benar bukanya mengalakkan..ini lah masalah dunia sekarang!!!!..

bagi aku,hak kebebasan ialah kita bebas melakukan apa sahaja tetapi seiring dengan agama.
bagi aku setiap agama kt dunia ini mengajar kita untuk melakukan mana yang baik dan mana yang buruk. simple. kalu benda itu ternyata salah. salah! yang salah tetap salah!

seseorang xkan berubah tanpa ada orang yang memulakannya dan orang yang memulakannya adalah 'dalang'. bila dah banyak orang yang sudah memulakan perkara itu. ianya sudah pon menjadi suatu habit dan menjadi kebiasaan. lama kelamaan ..ohhh!!orang lain dah buat tapi kite je belum.. tup tup benda salah dah jadi benda betul. n betullah di akhir zaman nanti benda 2 yang haram orang akan buat jadi benda itu halal. sudah terbalik. halal pulak jadi haram..

seksualiti di luar sana sudah menjadi bebas dan masyarakat mereka pon sudah terlalu terbuka mengenainya. malaysia menjadi sasaran pula..undang2 dipertikai. mula2 isu seksualiti and agama,pastu apa pulak yang ingin diubahnya. Di amerika sudah ada suatu pertubuhan atau enakmen yang menghalalkan mencuri. barang yang dicuri mesti dibayar balik dengan nilai barang yang dicuri. si pencuri pula tidak didakwa atas undang2 tertentu!!!

Agama pula yang menjadi kesalahan, kenyataannya kita boleh nampak di dunia luar sana agama dipisahkan dari kehidupan. keterbukaan seksual tidak buleh didakwa kerana selagi ianya tidak melanggar undang2.!!whats!! bukankah undang2 agama sejak dahulu lagi melarang pergaulan bebas!

dunia sekarang penuh dengan kekotoran. kemajuan xkan bermakna kalu rohani lemah. cita2 iblis sekarang semakin berjaya. rancangan konco2 mereka yang ingin merosak dunia hampir terlaksana!!









Sunday, September 26, 2010

Jiwang jepun!












Stephanie , dilahirkan pada August 5, 1987 ,seorang penyanyi jepun berdarah kacukan amerika, merupakan juga seorang pelakon dan DJ,sekarang menetap di Tokyo, dia diserapkan ke dalam Sony Music Japan dan student kt Aoyama Gakuin University's school of law.




sedap dengar suara stephanie mix asia ni, video klip ni ada asal rakaman video dia masa kecik2 dulu.suka suki!:)

Saturday, September 25, 2010

keboringan!




















xde koje kt kedai toyrus,begambo ngan senjata mainan yg famous 'nerf'! berangan cm de zombi kt kedai..ahahaha.




Nak sgt tengok citer step up 3 nya psl.member klas ajak g tengok wayang kt bukit tinggi.kononya ade lah leh tengok step up 3 3D.Aritu rasenya khamis lepas, sampai kt bukit tinggi wayang xde yg 3 d.so ade yg cadang g sunway tengok wayang kt sane. g plak singgah tengok wayang kt sunway piramid.
sampai je sane terus ke kaunter tiket tp still xde 3d..huhu bantai je la tengok. hati dok x sabo nk tengok teringat member umah yg da p dulu tengok, kate best giler la tahap cipan!
tiket kul 4.30,jam skg?kul 3 lebih.apa lg g mkn la dulu. sorang nih ajak g restoran jepun namanya pasta zanmai.huhu..teow je p sane..fuhhh!tengok restoran je menelan air liuk aku nih..(tengok cm mahal je). dok la situ ngan tersipu2 nya.
mmg mahal pon!tp berbaloi2 sebab rasenya pon sodap!aku makan belut n sup ngan nasi la!air plak fruit tea ais.x rugi pon,around makan n minum tu ade lah dlm 30 ringgit! (klu mkn KfC lepas gak 2 kali round dinner plate!)
Pas je tengok step up 3 tuh!fuhh!mmg x rugi duit aku..x sia2..mmg best.nk taw kene tengok dulu haaha..better la dr step up yg dulu.rase nk download gak wat koleksi movie!
resident evil plak aku g tengok ngan pak9,member sorang rafi agak letih katenya nk p balik dulu n rehat.so movie yg aku nntikan sekian lama da muncul sambungan kpd resident evil yg dulu. aku mmg minat resident evil daripada game sampe ke komik dia. movie dia satu pon x miss.dari yg first sampe skg nih.

sebenonya lama gak aku x p sunway piramid.rase2nya dlm 6 tahun jgak!hahah.. gila x aku nih.name je dok KL tp x bejln2 pon!

Tuesday, September 21, 2010

Hina sangatkah janda nih??!!

Ape lah masyarakat kita hari ini..satu je sikap orang melayu kita yang susah nak ubah iaitu mentaliti kita .asal janda je perampas laki orang,gedik,'bitch',gila s#$,and pelbagai2 tomahan fitnah. biasanya pendapat aku laa ,yang dok canang2 kt janda2 tu cume ong2 pompuan je.laki tu ade gak tp kurang la..bini2 org nih yang rase diri tu tergugat..takut laki dia terpikat n kene rampas..x ble berborak cket ngan org lain terus cekup tgn laki dia xpon dok sindir janda2 nih..
alahai nasib janda..x buat pon salah,org still kate. berborak cket pon marah. bukannya nk pikat laki ko sgt pon..hensem sgt ke??.klu da cm tom cruise ke,brat pitt ka..ade gak juga ble la consider nk jeles2 tu. tp muka laki pon ala itik tercekit buah duku.rase diri tu tergugat plak..haahaha..
pelik la pompuan zaman skg nih!.da tau x cantik da..boyot tu x geti2 nk jaga badan.pikat cket laki ko tu. betul x? ni ntah.. badan penuh spare tayar,boyot,rumah tangga pon x geti nk jaga pas tu jeles2 x tentu pasal.
aku ni x kisah klu nk jeles tu..mmg fitrah semulajadi manusia. tp yg problem nya skg ni bukan je jeles tp yg dok sindir2 janda tu ngan kate2 yg hina n menyakitkan hati sampe ble menjatuhkan air muka org tuh! TU DA KIRA DOSA TUWW!ko keji ,kate,mengumpat n fitnah..dosa berantai jawabnya kt akhirat besok!
Salah ke janda tu nk bersolek n nk melawa. habis dak muda je,x khawin je yg ble bersolek.ape ade beza besar ke muda n tua nih.dia nk melawa pon bukannya ade laki pon. melawa sebab nk kene keje kan!..ko nk ke dtg keje selekeh2 kt pejabat tuh.haha!!ade otak!!ke masyarakt kite still xda otak yg dikurniakan tuhan tuk berfikir..kt tmpat keje ong2 n kwn pejabat dok kate n sindir2 kite selekeh ,x kemas la. tp bila kite da kemas,bersolek lawa2 ong len plak kate kita gatal la,mengedik with laki org la! Alahai!!!penatNYA nk puaskan hati org..
cuba korang2 yg masih berlaki nih bawak diri korang jd cm nasib janda tuh..da la laki xda nk support makan minum, duit dari a sampe z kene carik tuk diri dan anak2. penat tuh.. yang da nasib baik dpt laki tu,bersyukur pada tuhan korang masih ade laki yg ble support makan minum korang,dok memboyotkn spare tayar yg nk meletop tu pon tp still laki korang sayang kt korang..bersyukur la. ingat la.!! dunia ni bulat je n tuhan itu maha adil . walaupon korang da beramal gila babi pon..tp klu org yg korang keji tu x ampon kn korang.x cium syurga la jawabnya.tunggu la depan pintu syurga tu nk mintak ampun org yg ko keji sgt2 tuw!
heyy..ingat taw..isteri nabi muhammad s.aw.yg pertama tu janda jgak!beza lg 15 tahun ngan nabi.haa!!tu pon antara isteri yang paling top n PALING NABI SAYANG! Upsss..bg yg terasa tu bagus la n minta maaf kalu wat statemnt nih!harap2 blaja dr kesilapan n sama2 berubah tuk yg terbaik.

Thursday, September 2, 2010

Syaitan vs Manusia dahulukala ?





Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), , seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah)@(devil of Lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan,nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti hawa(eve) terkeluar dari Syurga, bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil. Walau bagaimanapun bumi Tuhan telah jadikan smata-mata untuk menjadikan manusia sebagai khalifahnya di bumi.jadi iblis bukan penyebab utama tetapi menjadi suatu penyebab sahaja untuk membentuk suatu naratif yang telah lama dirancang oleh tuhan. Peristiwa ini boleh kita baca dalam
surah al-Baqarah ayat 30,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” dalam ayat yang sama.


Allah telah memberi jawapan kepada kita. Bahawa manusia tidak akan tahu mengapa mereka diciptakan oleh Allah. Walaubagaimanapun, Allah tetap memberi sedikit pengetahuannya kepada manusia dengan menjelaskan tujuan mereka hidup di muka bumi ini.

Antara yang Allah jelaskan mengapa Dia menciptakan manusia ialah, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut.
a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat

“Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan manusia amat terbatas berbanding pengetahuan Allah. Hanya Allah mengetahui apakah sebab dan faedah Dia menciptakan kita di muka bumi. Sebagai ciptaan, kita harus akur bahawa kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dari pencipta kita.”

Selamat berpuasa!!





Dalam hari2 terakhir bulan posa nih,sama2 lah kita bnykkan beribadat dan tambahkan ilmu disamping bykkan pahala di bulan yg mulia ni. da setiap tahun posa ni, nafsu makan minum pun da cam biasa je..x heran da sekarang nih..dulu x smpai setengah hari da lapar..tengok kengkawan yang x posa dulu makan ice cream masa kecik2 dulu terus x tahan..huhuhu..rindu lah masa kecik2 dulu. kalu posa ke x posa ke x kisah tp ibu selalu je ckp klu x posa x dpt pahala nnti x cukup bekalan bwk p syurga. klu posa penuh mesti ibu ade beli mainan atau ade alat main gamestation yang game kotak dulu2..best giler!!teringat cmne aku n adik aku p kumpul duit time pose semata nk beli game2 kotak yang masa itu kire satu kotak game tu pon da sampe 5o ringgit!!tp skg ni game pakai cd atau dvd je paling murah leh dpt 5 ringgit!hahah beza betul! ade sekali time mlm lailatul qadar gak masa tuh aku kecik lg,aku jalan2 abis semayang terawih ngan adik aku dari surau..ms tu still dok kt umah setinggan lama dulu.kawasan kampung!tetiba malam tu bulan bertukar jd warna biru and suasana masa tuh cantik sgt!lama gak aku pandang bulan tu!dari cahaya putih terang jd biru terang!mmg aku akan ingat sampe ari ni!!!
Anyway citer lama jugak yang best sekali..tp skg da besar nih aku rase menyesal plak jd ong dewasa!dulu berangan gile nk badan tinggi dan besar..benci tol bdk sekolah ejek aku pendek. sampe tebawak mimpi aku jd besar ngan badan yang tough,muka yang hensem..haahah.tp skg da besar sihat walafiat lg!muke je la kureng..hehe..tetiba nk berangan plak jd kecik balik..hihihi


ade artikel cket nk kongsi nih pasal lailatul qadar...

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 25 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Sunat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”


Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


Monday, August 9, 2010

Hikmah di sebalik hukum hudud?


Hukuman hudud ( حدود ) adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah s.w.t di dalam Al-quran dan hadis. Hukuman hudud ini adalah hak Allah S.W.T yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T dan RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

  1. Berzina - iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah mengikut hukum syara'.
  2. Menuduh orang berzina (qazaf/fitnah), iaitu membuat tuduhan zina ke atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.
  3. Minum arak - minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau banyak, mabuk ataupun tidak.
  4. Mencuri - iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.
  5. Murtad - iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.
  6. Merompak , iaitu keluar seorang atau sekumpulan yang bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan dengan cara kekerasan.
  7. Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan atau menderhaka kepada pemerintah (daulah islamiyah) yang menjalankan syariat Islam dan hukum-hukum Islam.
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

Melakukan persetubuhan didubur hukumnya adalah haram dan sama seperti bersetubuh difaraj perempuan yang bukan isterinya, dan juga sama hukumannya dengan berzina. Mereka yang melakukan liwat, wajib dikenakan hukuman hudud, iaitu direjam sehingga mati, jika orang yang berliwat itu muhsin. Dan dikenakan hukuman sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun, jika berliwat dengan bukan muhsin.

(Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 111-112)

”Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi. Maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya kerana mereka itu adalah orang yang fasiq”.
(Surah An- Nur ayat 4)

Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”

"Sesiapa yang membunuh orang-orang mukmin dengan sengaja maka balasananya ialah neraka jahanam kekal didalamnya dan Allah murka dan mengutuknya dan disediakan azab yang berat untuknya."
(Surah An-Nisa'a Ayat 93)



Hukuman buat penzina-belum dan sudah berkahwin

Penzina belum berkahwin- sebat 100 rotan
Penzina yang telah berkahwin-rejam sampai mati

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu dera masing-masing dengan 100 rotan dan janganlah kamu berasa kasihan belas terhadap keduanya dalam melaksanakan perintah Allah jika kamu beriman kepada Allah dan pada hari kemudian.Hendaklah hadir ketika dijatuhkan hukumun terhadap mereka sekumpulan dikalangan orang-orang yang beriman (An-Nur:2, al Quranul Karim)

Hikmah disebalik hukuman

Buat penzina yang belum berkahwin.mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga. Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru. Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.

Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan. Tetapi dengan syarat ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .apabila dihinggapi virus AIDS,sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin. Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan dan kurang menghasilkan antibodi kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru. Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan dan penyebaran penyakit di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

maklumat di atas adalah diambil daripada website.
http://www.pmram.org/index.php?option=com_content&view=article&id=476:hikmah-perlaksanaan-hukum-hudud-menurut-al-quran-dan-sains&catid=7:ilmiah&Itemid=69

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/jinayat/

xde keje kt i-city,shah alam!



Together wif housemate ku rafi,semput n nas meroyan kt i-city membuang masa..hihi..nk reles tension ngn upcoming koje assignmnt yg tenga nk belambak tu..huhuhu

Spear of destiny,true cross & holy grail??



gambar sebagai hiasan

Dikatakan 3 relic suci bagi umat christian yang amat sgt dijaga kerana ianya dikatakan dpt memberi kuasa luar biasa kepada dajjal(antichrist) di akhir zaman kelak . Benda yang paling ditakuti oleh umat christian.Iaitu 'spear of destiny,true cross dan holy grail'. dikatakan semasa nabi isa(jesus)di salib dipalang dengan kayu palang'true cross'. darah yang terpancut dari dada nabi isa(jesus)di tadah dlm mangkuk suci'holy grail' dan tombak yg digunakan untuk memastikan nabi isa(jesus) mati iaitu 'spear of destiny'. Tetapi sekarang dikatakan relic suci ini dua daripadanya telah disimpan oleh freemason dan illuminati.cuma 'the true cross'sahaja telah disimpan dan disembunyikan oleh kerajaan abbasiah damascus(kini dipanggil SYRIA)selepas kemenangan panglima islam Salahuddin Al Ayubi mengistiharkan perang jihad dalam perang salib pada tahun 1187 ke atas tentera-tentera kristian dan bergerak dari arab saudi merentasi jordan dan berperang edengan 30,000 tentera salib di hattin berdekatan laut galilee pada 4 julai 1187.Salahuddin telah menghukum bunuh renaud de chatillon serta 200 tentera elit knight of templar(yg telah dikorupkan oleh renaud de chatillon). kini tentera illuminati sedang sibuk memburu relic suci terakhir bagi menjemput kedatangan dajjal mereka dan dikatakan kunci kaabah adalah kunci kepada tersimpannya relic suci itu iaitu 'true cross'. Dalam laporan sotheby menyatakan kunci kaabah itu dibuat pada kurun ke 12 olehpemerintah abbasiah sama dengan kurun di mana palang salib 'the true cross'itu disimpan oleh salhuddin al ayubi. so berkemungkinan besar kunci kaabah itu juga merupakan kunci membuka pintu bawah tanah di mana tersembunyinya 'true cross' di syria. mungkinkah motif sebenar para pembeli kunci2 lama kaabah yg dilelong byk di firma lelongan terkemuka dunia inginkan relic suci itu??

makulumat ini just tuk pengetahuan korang sahaja.jgn percaya bulat2 n siasat betul2 dulu dan jgn cepat percaya!!

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...