Wednesday, April 27, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa




Hikayat ini menyatakan yang menjadi nenek moyang raja-raja Kedah ialah Raja Merong Mahawangsa, seorang raja yang bukan sahaja mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Raja Rom tetapi juga menjadi pembesar kepercayaan Raja Rom.
Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-12 M.
Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah.
Angkatan Raja Merong Mahawangsa yang sedang belayar dari Rom ke negeri China telah diserang oleh Garuda. Merong Mahawangsa tidak mula belayar dari Rom kerana ia mesti memusing Afrika Selatan melalui tanjung harapan yang terlau jauh dan tidak sesuai untuk kapal Rom. Oleh itu pelayaran sebenar melalui Teluk Parsi oleh itu ia bukan dari Rom. Ia mungkin mengakui dari Rom tetapi Alexander the Great (Iskandar Zulkurnain) berasal dari Mercedonia Greek. Pelayaran untuk mewujudkan hubungan diplomatik dengan China melalui laut merupakan era baru yang selama ini hubungan darat telah ada melalui Jalan Sutra. Dalam pelayarannya ke China, baginda telah diserang oleh garuda. Garuda ini dalam hikayat sebagai burung raksasa. Burung ini di katakan telah mengadap Nabi Allah Sulaiman (sebagai Kerajaan Dunia) untuk memohon kebenaran menyerang. Kisah ini kemudian dari era Nabi Sulaiman oleh itu ia hanya tambahan pencerita.Garuda adalah burung tunggangan Dewa Visnu dalam agama Hindu. Oleh itu hanya simbol penentangan Kerajaan Hindu yang tidak mahu Parsi berbaik dengan China kerana India mahu Asia tenggara bawah pengaruh nya. Oleh itu tentera laut benua India atau Seri Langka lah menyerang Merong Mahawangsa. Ia singgah di wilayah Lembah Bujang,Langkasuka,Kedah Tua bagi membuka penempatan baru. Ia membuka negeri Langkasuka dan diangkat menjadi raja. Merong Mahawangsa pulang ke Rom setelah menabalkan puteranya Raja Merong Mahapudisat menjadi raja. Langkasuka ditukar namanya ke Kedah Zamin Turan.
Berpandukan nasihat yang diberikan oleh ayahandanya, Raja Merong Mahapudisat merajakan putera sulungnya menjadi Raja Siam, putera tengah, Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah ditabal sebagai Raja Perak dan anakandanya yang ketiga, seorang puteri, sebagai Raja Patani. Putera yang bongsu menggantikan ayahanda mereka sebagai Raja Kedah dengan gelaran Raja Seri Mahawangsa. Raja inilah yang memulakan tradisi menghantar persembahan bunga mas dan bunga perak sebagai hadiah kepada kekandanya, Raja Siam, setiap kali kekandanya mendapat putera.
Raja Seri Mahawangsa mangkat setelah kecewa dengan puteranya yang tidak menurut perintah dan digantikan oleh putera itu dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa. Seterusnya putera Raja Seri Maha Inderawangsa menjadi raja dengan gelaran Raja Ong Maha Perita Deria yang lebih terkenal dalam sejarah negeri Kedah sebagai Raja Bersiong. Apabila Raja Bersiong turun dari takhta setelah ditentang kerana kezalimannya, puteranya ditabalkan sebagai Raja Phra Ong Mahapudisat. Raja ini digantikan oleh puteranya, Raja Phra Ong Mahawangsa yang kemudiannya menjadi raja Kedah yang pertama memeluk agama Islam. Syeikh Abdullah Yamani menukarkan namanya kepada Sultan Mudzafar Shah.

Friday, April 22, 2011

Mazhab dalam Islam


Secara Dasarnya Islam terbahagi kepada dua fahaman kaum iaitu Kaum Sunni dan kaum Syiah.



1) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah atau Ahlus-Sunnah wal Jama'ah ata Sunni.

Ahlussunnah adalah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi'ut ,tabi'in(orang2 yg pernah berjumpa dengan Rasulullah). Sekitar 90% umat Muslim sedunia merupakan kaum Sunni, dan 10% menganut aliran Syiah.

#Tabi’in adalah : orang yang pernah berjumpa dengan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. dalam keadaan ia beriman kepada Nabi meskipun ia tidak melihat Baginda dan ia mati di dalam keislaman.

2) Syi’ah ialah salah satu aliran atau mazhab dalam Islam. Muslim Syi'ah mengikuti Islam sesuai yang diajarkan oleh Nabi Muhammad dan Ahlul Bait-nya(keturunan nabi). Syi'ah menolak kepemimpinan dari tiga Khalifah Sunni pertama seperti juga Sunni menolak Imam dari Imam Syi'ah.

Bermulanya perbezaan yang menyebabkan Syiah terbentuk apabila mereka mendakwa bahawa KHALIFAH atau ketua Negara yang sah selepas wafatnya Nabi Muhammad S.A.W. ialah Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dan BUKANNYA Saiyidina Abu Bakar atau Umar r.a..



Terdapat 4 mazhab Sunni yg kebanyakannya didirikan oleh umat islam sedunia.

Perbezaan kepada setiap mazhab ini bukan bertunjangkan kepada pokok keimanan(aqidah) tetapi lebih kepada perbezaan tata ibadah.

Mazhab Hanafi

Didirikan oleh Imam Abu Hanifah, Mazhab Hanafi adalah yang paling dominan di dunia Islam (sekitar 45%), penganutnya banyak terdapat di Asia Selatan (Pakistan, India, Bangladesh, Sri Lanka, dan Maldives), Mesir bahagian Utara..
Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi kedua-dua empayar islam terbesar iaitu Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah.

Mazhab Maliki

Didirikan oleh Imam Malik, diikuti oleh sekitar 20% muslim di seluruh dunia. Mazhab ini dominan di negara-negara Afrika Barat dan Utara.... Seperti Morocco,Algeria,Tunisia,Libya,Sudan,Mauritania,Mesir bahagian selatan ,Nigeria, Senegal dan Ghana.
Mazhab ini mempunyai keunikan dengan menerima tatacara hidup penduduk madinah sebagai sumber undang-undang kerana Nabi Muhammad hijrah, hidup dan mati di sana dan terkadang kedudukannya dianggap lebih tinggi dari hadis.

Mazhab Syafi'i

Diasaskan oleh Imam Syafie yang mempunyai penganut sekitar 28% Muslim di dunia. Pengikutnya tersebar di bahagian utaraIraq, Kurdistan, Iran (semasa zaman seljuk), Mesir(semasa zaman Ayyubiyah), Somalia, Yaman di wilayah Hadramaut ,Indonesia,Thailand,Filipina,Sri Lanka dan Mazhab rasmi bagi negara malaysia dan Brunei.

Mazhab Hambali

Bermula oleh para murid Imam Ahmad bin Hanbal. Mazhab ini diikuti oleh sekitar 5% muslim di dunia dan dominan di daerah Semenanjung Arab. Mazhab ini merupakan mazhab yang sekarang ini dianuti di Arab Saudi.

Thursday, April 21, 2011

Batu2 Ajaib?


Yeah..di kala bosan di siang hari aku akan melemparkan bakat seni aku ke batu2 yg ku beli di kedai ikan..huhu..saje2 wat..tp syok n layan klu a siap tu tengok hasil dia mmg puas hati jugak la..

Wednesday, April 20, 2011

Nasi Lemak Pagi...


Pagi2 klu habis shift malam ja mesti singgah jap kt kedai si joyah nihh..ok la la harganya tp klu skg ngan dulu itu harga mmg la byk bezanya..kt selayang nih nasi lemak paling murah pon rm 1.20..huh..itu paling basic nya nasi lemak..tambah cket telur goreng da rm1.80.. x macm dulu nasi lemah rm 0.70 posen je..
pepun wat bisnes kecik2 ni pon da untung sebenarnya juz penat badan la sebab nk masak lg kan.. tp ong kater berbaloi la..
Dulu si joyah2 ni pernah kejer kt 7 eleven tempat aku bekerja skg nih..tp itu citer dulu la....

teringat nasi lemak ni kerajaan menteri kesihatan da mengehadkan penjualan nasi lemak kt kantin2 sekolah2 ni skrg kerana makanan nya itu kurang khasiat n tidak baik untuk kesihatan..ini gara2 budak2 sekolah skg yg sudah semakin obess..hhaaha..lawak tul..kalau dipikirkan byk jenis makanan yg menggemukkan..haih.kadang2 peraturan kt Malaysia ni pelik2..suuuuke hati la..

Tuesday, April 5, 2011

Israiliyyat




PENGERTIAN ISRAILIYYAT
Perkataan Israiliyyat adalah diambil daripada kata jamac. ianya daripada kata Israiliyyah, yang dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya adalah nama Nabi Allah Yaakob (a.s.) yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob (a.s.) yang berkembang hingga kepada Nabi Musa (a.s.) dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa (a.s.).
Keturunan Nabi Yaakob (a.s.) atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa (a.s.) pula dikenali dengan nama Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab (Abu Syaybah 1408: 12).
Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir ialah kisah-kisah Yahudi yang menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam melalui tafsir al-Quran yang banyak berlaku di zaman tabi’in. Namun ulama tafsir dan hadith menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkara-perkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disampai oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang ada dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam (al-Dhahabi 1990: 13).


Al kisah

Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja.

Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam.
Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.
Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah).
Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab.
Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali".
Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan.
Selaku pemerintah ketika itu Saidina Uthman ibn Affan walaupun terkenal sebagai seorang yang lembut hati, beliau telah mengusir Abdullah bin Saba' yang telah menyebabkan dia lari manakala pada zaman pemerintahan Saidina Ali sendiri, beliau telah menghalalkan darah Yahudi ini untuk dibunuh.
Namun yang menyedihkan ada kalangan umat Islam yang tidak bertapis-tapis lagi terus percaya kepada cerita-cerita Yahudi bulat2 itu sedangkan ia tidak sahaja suatu pembohongan yang sangat besar dan sedikit sebanyak telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri sedangkan api perpecahan ini sentiasa marak kerana Yahudi tidak pernah diam yang kesemuanya dilakukan kononnya atas nama 'Islam'.seperti berlakunya kpd Syiah dan Ahli sunnah Wal jamaah.
Ketika begitu hebat melanda di zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali iaitu sekitar tahun 40-an hijrah, tersebarnya fitnah-fitnah sehingga menjadi satu bencana besar kepada umat Islam. Pertikaian itu sehingga membawa kepada pembunuhan sesama umat yang sehingga zaman itu dikenali sebagai Sighar Al Sahabah dan Kubbar al Tabiiin.
sesetengah meluaskan ruang lingkup Israiliyyat itu sebagai merangkumi semua yang terkandung dalam buku-buku pengetahuan orang Yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar huraian mereka terhadap kitab-kitab Injil, sirah, perjalanan nabi-nabi, rasul dan sebagainya.
"Hanya ini dinamakan sebagai Israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan," kata Dr. Muhammad.
"...demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."
(surah Al Fussilat, ayat 41-42)
Pembahagian Israiliyyat
Israiliyyat adalah : berita-berita yang dinukil dari Bani Israil, kebanyakan dari Yahudi atau dari Nasrani. Ini terbahagi kpd tiga

Pertama :
Israiliyyat yang diakui dan dibenarkan oleh Islam, maka hal itu benar.

Contohnya : Riwayat Bukhari dan selainnya dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu mengatakan : “Datang salah seorang Habr kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan mengatakan : “Wahai Muhammad, sesungguhnya kami mendapati (dalam Kitab kami) bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan langit-langit pada satu jari, bumi-bumi di satu jari, pohon-pohon di satu jari, air dan hasil bumi di satu jari, dan seluruh makhluk di satu jari, kemudian Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman : “Akulah Raja”. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya karena membenarkan perkataan sang Habr, kemudian beliau membaca firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Ertinya : Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan” [Az-Zumar : 67]

contoh2 lain seperti kisah2 Nabi2 Israil yang terdapat dalam kitab al quran dan kitab hadits sahih seperti nabi yunus yang ditelan oleh ikan nun,kisah nabi musa dengan tongkatnya,kisah ketampanan nabi yusuf dan sebagainya yang dibenarkan di dalam islam.
Kedua
Israiliyyat yang diingkari dan didustakan oleh Islam, maka hal itu bathil.

Contohnya : Riwayat Bukhari dari Jabir Radhiyallahu ‘anhu mengatakan : “Kaum Yahudi mengatakan : Jika seseorang menggauli isterinya dari belakang, maka anaknya akan terlahir bermata juling”, maka turunlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki” [Al-Baqarah : 223]


Ketiga

Israiliyyat yang tidak diakui oleh Islam dan tidak diingkari

Maka di sini wajib diam, sesuai dengan apa yang diriwayatakan oleh Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu mengatakan : “Ahli Kitab membaca Taurat dalam bahasa Ibrani, mereka menafsirkannya dengan bahasa Arab untuk kaum muslimin, maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Janganlah kalian membenarkan Ahli Kitab dan janganlah mendustakan mereka, akan tetapi katakanlah, ‘Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu”.

Akan tetapi membicarakan masalah hal ini hukumnya boleh selama tidak dikhawatirkan terjerumus pada keharaman, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah dari Bani Israil dan tidak mengapa, barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempatnya kelak dari api neraka”, diriwayatkan oleh Bukhari.


Sedangkan menanyakan kepada Ahli Kitab tentang sesuatu permasalahan agama, maka hukumnya haram, sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir Ibn Abdillah Radhiyalahu ‘anhuma mengatakan : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Janganlah kalian bertanya kepada Ahli Kitab tentang sesuatu, kerana mereka tidak akan memberikan petunjuk kepada kalian, mereka telah sesat, maka (jika kalian melakukannya) sesungguhnya kalian membenarkan yang bathil atau mendustakan yang haq. Kalau seandainya Musa masih hidup di antara kalian, maka tidak akan halal baginya kecuali mengikuti ajaranku”

Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwasanya dia mengatakan : “Wahai kaum muslimin, bagaimana mungkin kalian bertanya kepada Ahli Kitab tentang sesuatu sedangkan Kitab kalian yang Allah Subhanahu wa Ta’ala turunkan kepada Nabi kalian Shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah berita terbaru yang murni tentang Allah Subhanahu wa Ta’ala dan belum tercemar. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberitahukan kepada kalian bahwa Ahli Kitab telah mengganti Kitab Allah Subhanahu wa Ta’ala, merubahnya dan menuliskannya dengan tangan-tangan mereka( kitab yahudi n nasrani), lalu mereka katakan : Ini dari sisi Allah ! agar mereka dapat memperjual belikannya dengan harga yang murah. Bukankah telah datang kepada kalian apa yang kalian ketahui larangan bertanya kepada mereka? Demi Allah, kami tidak pernah melihat seseorang dari mereka bertanya kepada kalian tentang apa yang diturunkan kepada kalian”.




sumber: http://pkukmweb.ukm.myu
http://www.utusan.com.my/
http://almanhaj.or.id/
http://saint-guerre.blogspot.com/
http://tilmiz7.blogspot.com/

Monday, April 4, 2011

Selepas Malam Pertama....

Selepas malam pertama aku ngan kristy ehem2... bukan 'benda tu ' la!! tp iaitu shift malam semalam..terase letih n ngantuk . huh..malam td aku ader rase semangat cket tp still ngantuk kerana x cukup tido..ye la da kt sebulan aku shift pagi2 je and suddenly kene tukar malam..mmg rase tido pada waktu malam mmg beza giler ngan siang. korang akan rase lebih segar selepas tido malam, tul x? so pepun kene la hormati waktu jadual yg telah ditetapkan oleh SM aku nih..


Waktu2 malam cmni ler aku risau, cm2 leh jadik( mintak2 dijauhkan!)

tu ha Kristy partner shift malam aku nih..tenga amik gambar dia senyap2..terjah!!


ko tengok tu betapa sunyi nya jalan kt sini,tp jgn risau!!kerana en. abg2 polis kite nih akan sentiasa ade n menjaga diva2 yg keje kt 7 eleven nih..hahaha

Di perkarangan Central Market

Hah..cube tengok tu..aku shot gmbaq ni masa lepak kt KL. Central Market ader anign perubahan iaitu tempatnya diperbaharui dengan kedai2 kecil ala booth . macam2 ada.tp X la sehebat Petaling Street n downtown tp klu korang lalu jek jgn lupe singgah di situ..huhu.


Siap ngan gerbang masuk ukiran wau lagi..ambik ko!besar!


abg2 bangla pon mai sini!





kelapa fresh punyer!

Sunday, April 3, 2011

Hari yang Giler!

Smalam aku masuk Shift kul 11 sampai kul 7 pagi nih..standart la klu keje x siap mungkin lmbat balik kan! da kira2 rokok and aku pon tengok jam da kul 8:15 pg. so ingat nk balik n tido nyenyak!

tenga2 feeling heppy nk balik umah nih! tetiba dtg call yg x diduga yg menduga kesetiaan dan kesungguhan serta kecekalan aku pada ari nih..SM(store Manager) aku mintak aku tolong jaga stor 337 iaitu kedai 7 eleven kt intan baiduri iaitu tidak jauh dari stor 7 eleven selayang jaya kitorg!..Hari itu jugak!whooohh!

SM aku tenga sibuk menguruskan hal SM dia nih and mintak dulu faz call bebudak len yg tenga free and bercuti ari nih untuk tlg gantikan tempat 7 eleven kt intan baiduri tu skg nih tp sorang pon x angkat hp. so in the end aku la yg jadik mangsanya!

mmg dlm hati aku nk sumpah seranah ja bebudak nih tp benda nk jadik..aku still bekerja tuk org!x leh la klu da diarahkan buat buat byk songeh plak kan! ikut je la...

kene wat shift n OT at the same time ..giler x!maknanya aku bekerja dari kul 11 mlm semalam sehingga kul 7 pg nih diikuti shift seterusnya kul 7 pg ni hingga OT kul 7 ptg! ptg nih!!!..kira2 aku akan bekerja straight 20 jam ari nih sahaja!!! itu pon lom masuk jam2 aku kuar lambat kejer! lebih kurang 24 jam jugak laa!


Ini semua disebabkan kerana Stor 7 eleven di intan baiduri kekurangan pekerja kerana ader yg tetiba x dtg ari ni kerana masalah peribadi!so SM aku mintak aku tolong gantikan tempat budak yg cuti tetiba tuh!!

ASM(asistant store manager) yg kejer tempat aku nih tlg la antar kan aku kt 7 eleven intan baiduri nih ngan keter dia. itu pon SM aku yg suruh..

Sampai je depan kedai 7 eleven intan baiduri nih aku tengok ader sorang je pekerja dlm kedai tuu..

Aduyai!!tenga pening2 sambil bekerja kt situ dengan hati yg x ikhlas nih.. aku baru kenal gak budak kt 7 eleven kt intan baiduri tu untuk mereleasekan tension n ngantuk aku nih. xingat plak nama budak nih tp org nya ok la leh bergurau ngan..hehe..dengan kepala yg serba serbi ini leh lg sempat nk berkenalan kan!

Mula ja tengahari tuh mmg kepala aku da start bingai! pening.pening cket la tp xde la sampai nk pengsan kan! tetiba telefon kt situ berbunyi n ASM tempat aku kerja yg nama dia Mustapha nih bg aku balik dulu n bdak tempat kerja aku nih si Karthik akan ganti kan tempat tuhh.. SM aku plak x taw aku nih kejer shift mlm td..masa dia call pg td dia ingatkan aku baru je masuk keje..lol!!

SM aku mmg klass..jadual dia yg wat untk kitorg pon dia luper..haihhh!!aku jugak yg merana nih!so nasib aku baik la tp mlm ni still ikut jadual kay! kene dtg kerja kul 11 mlm nih!!

haahahaha..aku da jadik giler lak kejer kt tempat nih!

pepun tima kasih ler kt Karthik kerana sudi menghantar aku balik:)

Selayang ke One Utama ke Segambut Dalam



tp bukan bas nih!

Semalam la aku da janji sama best friend aku (rafi) nih untuk pergi keluar lepas kuar je gaji pertama aku..pastu tidur satu mlm kt rumah sewa baru dia nih!nk jumpe kt One Utama dalam kul 4 sepatutnya. mamat ni pon da beli tiket wayang tp ntah citer ape la kan?

So aku ni yg boleh dikatakan first nek bas ke damasara ni pon gamble je la nek bas. sampai je kt KL da kul 3. So aku pon tunggu la bas Rapid KL ni yg bernombor 88.tunggu punyer tunggu mak aih lama giler sampe da kt 40 minit. tiket wayang plak dalam kul 4.15pm.Srabut kepala aku. Lembab plak bas nih..p tanyer sat pak cik rapid yg kt depan aku nih. Pak cik tu ckp skg ari sabtu so tenga jam jalan sesak. lol!

X sampai beberapa detik je bas yg aku tunggu terpancar depan aku. 'uhh panjang umur bas nih!'..nmpak je bas no 88 terus aku terpacak kt depan bas tu untuk menjadi org pertama nek bas tuh tp disebabkan kerakusan manusia di belakang aku !aku pon kalah terus di tolak plak ke tepi. celaka! aku sampai dulu diorang plak dpt. so bersabo je la ngan manusia x bertamadun nih!!

sampai je depan One utama trus aku percepatkan langkah aku hinnga ke panggung wayang. kawan aku ckp dia ader tinggalkan tiket wayang kt budak jaga pas masuk wayang nih. kawan aku ckp bagitaw je nama aku. so aku pon dengan muka blur aku nih berdiri kt depan budak nih aku pon tanyalah: dik ,ade x kawan saya yang datang tinggalkan tiket wayang?'tanya aku la. jawab budak muker seposen nih plak"sape nama?" aku pon jawab"suhad" pas tu dia amik satu tiket wayang n bagi akt aku..fuhh! tengok jam..;kul 4.45pm! Bagus! aku da lmbat setengah jam!

tercari2 aku pawagam no 3...mane ek..ahhh!!jumpe gak aku pon masuk..masuk 2 je mata aku jd gelap..ye la da ko kuar tempat cerah tetiba je masuk tempat gelap..mmg la mata ko nmpak gelap je. So aku pon cari no seat dia..mane ekk..da jumpe tp x nmpak plak member aku sorang nih! so dengan satu cara je..aku pon meset kt dia..sedetik je x jauh tempat aku berdiri ader satu hp bercahaya terpancar kt muke dia nih..(hmm!sah2 kawan aku nih.!). aku nmpak je terus berjalan ke tempat duduk aku..

tetiba kt sebelah dia ader sorang mamat ni..ehh cm kenal je kan..lol mamat tempat practikal lama dia..nama mamat ni 'sam' , nama betul x taw lo. tp ong panggil sam. dia ni satu tempat keje ngan best pren aku nih kt MRM shah alam tu dulu.

ngan blur2 aku pon x taw citer pe tp aku layan je, citer melayu..cm best gak pelakon2 dia. citer ala loghat utara nih..tp tengok mmg lawak la!tergelak aku dengan gelagat pelakon nih.. antara pelakon dia remy ishak,maya karin:),ning baizura:) n ramai lg.

lol citer 'CUN' rupe nya!best jugak! jgn korang x layan citer nih..saper lg nk support filem melayu klu bukan kiter sendiri kan!



Habis je citer nih bile kitorg nk kuar je tempat wayang nih member dia nih ckp rafi tenga demam!lol patut senyap je dr td. So member dia pon balik la sbb member baik aku ni pon cm x larat je nk berjalan(demam kot) so kitorg pon balik menunggang motor dia nih( lama gak dia nih usha motor dia,da demam trus x ingat letak motor tu kt ane!huhuh..xpela aku paham le situasi dia ni).pak guard2 kt One Utama ni pon satu , tanya pe2 pon x taw!lg susah la kitorg nk carik motor nih. mostly pak guard ni ong asing so klu ko ckp bahasa yg agak rumit ni diorg x paham! susah la cmtu..

cm ni la..aku cadangkan mane2 syarikat nk amik pekerja asing nih antar training dulu!jgn nk pentingkan untung je! susah tw nk communicate ngan ong2 nih.


Itu parking motor kt luar saya taw tp dlm apa2 pon x taw!!!
( ko keje kt cni ape ko taw!'dlm hati hehe')

Ngan muker n badan dia yg tenga hot2 nih..kesian plak..aku terasa cm menyusahkan je .dia ni pon membonceng aku sampai ke rumah baru dia kt segambut dalam.

Wahh besar gak!ko mampu ke?giler kan!dalam otak aku nih terpikir cmni..



ok la tu..hehe xde la.melampau sgt imaginasi aku nih.. tp tengok umah dia nih mmg klas la. sewa mahal gak tu! bdk umah dia ni agak tua cket pada aku .dua org bdk umah dia aku baru je kenal sorang cine n melayu, Bernard n Apai. diorang nih ramah gak.mlm tu diorang ader tanya gak naper ngan rafi tu kan?..aku pon gtaw la dia ni demam. so kebesokkan hari nya si bernard ni anto dia ke klinik..ala ciannya.heehe..aku harap2 ko sembuh cepat yerk.


muker member yg tenga demam..dia ni x nk di interview kerana tidak sihat..hehe


Sempat gak amik gmbar kt depan TV umah sewa dia nih!

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...