NABI SITH diangkat sebagai nabi selepas nabi adam.merupakan anak adam yang tiada kembarnya iaitu hawa melahirkan 24 anak kembar masing2 lelaki dan perempuan. ada yang mengatakan 20 anak kembar dan sebagainya.Hawa setiap kali hamil semuanya kembar dua..dan hawa 20 kali melahirkan anak…maka semuanya jumlah 40 orang….manakala anak adam semuanya ada 41 orang..ini termasuk Nabi Sith a.s….Setelah Nabi Adam adalah Nabi Sith.
Nabi Syith adalah Nabi yang soleh dan berpengetahuan yang tinggi, kerana ia dianugerahi otak yang cerdas, ia banyak belajar ilmu pengetahuan dari nabi Adam. Dari nabi Syith Ilmu pengetahuan berkembang luas. Nabi Sith menetapkan kaedah2 hukum. Sejak terjadinya perkara pergaduhan atau jenayah pertama anak Adam Habil dan Qabil di muka bumi, maka sejak zaman nabi Syith sudah ada ketetapan-ketetapan hukum jenayah . Nabi Syith telah membuat timbangan sehingga setiap orang dapat membagi makanan secara adil. Selain itu nabi Syith juga telah mengembangkan ilmu hitung, ilmu Falaq (perbintangan) sehingga pada masa nabi Syith ilmu pengetahuan alam sudah berkembang dengan pesat.
Kisah nabi syith bermula selepas nabi adam dan hawa bergaduh untuk menentukan jodoh antara anak-anaknya.Nabi adam berasa dia berhak menentukan anak yang mana berkahwin dan hawa pula mahu dia yang menentukan jodoh anak-anaknya kerana dialah ibu mereka.
Pertelingkahan ini berterusan sehingga Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Adam untuk membuktikan siapa yang berhak.
Atas arahan Allah ,mereka pun membawa masing2 satu kendi (bekas)….mereka mengeluarkan benih masing2 dan diletakkan ke dalam kendi tersebut…kemudian diperam kendi tu….Setelah beberapa lama….masing2 pergi melihat kendi tersebut yang disimpan…
Adam membuka kendinya simpanannya, Dengan Kuasa Allah s.w.t., dengan gembiranya apabila terlihat bayi yang sangat comel…Adam membawa pulang anak comel tadi dan diberi nama Sith….
Hawa pula pergi melihat kendinya..tapi kering,tiada apa2 didalamnya….hampa dan kecewa…Ini bermakna Adam lah yang berhak menentukan jodoh anak-anaknya.
ketika Hawa dalam kekecewaan inilah Iblis Laknatullah datang untuk membantu….kata Iblis, dia boleh memberi seorang anak yang comel juga…tanpa diketahui Adam, Hawa pun bersetuju dgn tawaran Iblis tadi.. Iblis yang diberi Istidraj oleh Allah, mampu mengeluarkan bayi yang comel dari kendi Hawa….Hawa juga membawa pulang bayi ini dan diberi nama Sith juga…
Hmm…sekarang ada 2 Sith…Adam bingung…maknanya kedua2 anaknya dinamakan sith .
Stelah beberapa tahun dan anak2 nya (sith)sudah besar.
Allah mewahyukan kepada Adam supaya menyuruh anak2 ini keluar dari rumah untuk mencari gambaran Syurga….bagi membuktikan yang mana Sith yang sebenar…
Maka keluarlah anak2 ini mencari gambaran Syurga….seorang kekanan dan seorang kekiri…berjalanlah mereka kedalam hutan atau padang pasir….Satu ni SITH ADAM dan satu lagi SITH HAWA…
Sith Adam telah bertemu dgn Malaikat yang menyerupai Manusia , dan bertanyakan Gambaran Syurga…maka Malaikat itu pun menceritakan Gambaran Syurga….
Manakala SITH HAWA pula telah bertemu seorang Manusia juga, tapi yang dinyamarkan oleh Iblis tadi….dan sith hawa ini bertanya tentang Gambaran Syurga….diceritakan oleh Iblis tadi tentang gambaran Syurga itu.....
(sudah tentu iblis tahu kerana dia pernah duduk kt syurga sebelum kena laknat oleh Allah s.w.t.)
Apabila kedua2nya bertemu jawapan….mereka pun pulang kerumah bertemu dgn Ibu Bapa mereka….maka diceritakan gambaran Syurga tadi kepada Adam dan Hawa….cerita kedua2nya sama…..Adam dan Hawa memang tau itulah gambaran Syurga….
Hal ini membuat Adam jadi runsing lagi….siapakah Sith Sebenarnya??...Tak lama kemudian Allah mewahyukan lagi kpd Adam, supaya menyuruh anak2 ini keluar mencari gambaran Neraka…maka keesokan hari mereka diarahkan Adam utk mencari jawapan yang kedua ini…..Maka keluarlah anak2 ini mencari guru mereka td untuk mengetahui jawaban dari soalan Adam…..setelah mendapat jawapan…anak2 pulang kepangkuan ayah bonda mereka….maka berceritalah mereka gambaran Neraka….cerita dan jawapannya yang sama….
Adam makin rungsing…Adam terus menunggu arahan dari Allah….Sekali lagi Allah mengarahkan Adam supaya anak2 ini keluar pergi mencari ANAK KUNCI SYURGA….
Kata Adam, “Keluarlah kalian mencari anak kunci Syurga, selagi kalian tidak ketemunya,jangan kalian pulang…”….tegas Adam.
Seperti biasa, mereka pun melutut kepada guru mereka….Sith Adam bertemu Malaikat, dengan tersenyum sang guru memberitahunya….Anak Kunci Syurga adalah “ LAILAHAILLAH, MUHAMMADURRASULULLAH”…dengan girang Sith Adam pulang kerumah dan memperdengarkan adam Kalimah Tauhid kepada Walednya…..Inilah anak kunci Syurga wahai Abi….Anak inilah apabila dewasa diangkat oleh Allah sebagai Nabi,yang dikenali sebagai Nabi Sith a.s
Hawa terus menunggu kepulangan Sith nya….rupa-rupanya Sith Hawa yang menemui Si Iblis tadi,tidak mau mengajarnya kalimat Tauhid ni…dan Sith Hawa pergi mengikuti sang gurunya td…sehingga akhirnya Sith Hawa tidak pulang2 lagi….