Friday, July 30, 2010

Keturah? Isteri Nabi ibrahim yang ketiga?



Jalur Keturunan Ibrahim


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.

Diambil dari teks Yahudi kuno.



Isteri nabi ibrahim selepas Sarah dan Siti Hajar(Hagar), Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.

Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Keturah dikatakan menurunkan bangsa-bangsa di sebelah timur jauh ataupun dimudahkan cerita di kawasan nusantara.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.

Nak tahu lebih lanjut tentang keturah, haa..taip sendiri dalam internet. setiap maklumat itu hanyalah sebagai pengetahuan sahaja.jgn percaya bulat2. wat kajian lebih mendalam mengenainya.hanya dengan itu kita akan lebih mengetahui dan tidak mudah tertipu..

Monday, July 26, 2010

pengajaran hari ini

Lesson yang aku dapat hari ini cukup mmbuat mata aku terbuka sedikit..assignment kali ini group aku we come out idea of gejala hubungan songsang di kalangan masyarakat kini. 'Homosexuality' quite kontroversi and mencabar.Ianya perlu dilakukan kajian sedikit mengenainya and pelaksanaan video itu nnti jgnlah terlampau erotic and tidak terlalu menyentuh aspek2 sensitif dalam masyarakat..kate lecturer kitog.huhu..tul jugak katenya pg td , suatu kate2 yg membuat aku terpikir sekejap.. 'Bila kita bersalah ngan tuhan n bertaubat setaubatnya,tuhan yang maha pengampun pasti juga akan mengampuni kita.tp bila kita bersalah dengan manusia. tuhan x leh wat ape2 selagi manusia itu tidak mengampuni kita.'ade btulnya, walaupun bagi kita cm isu2 cmni dibangkitkan n kita kutuk3 org itu, tahu kah kita ape yg dia rase dan perasaannya..bila mana seseorg manusia itu tidak mengampuni kesalahan org yg mengejinya,smpai akhirat pon kita still x cium bau syurga selagi mana org yg kita keji itu tidak mengampuni kita .Masyarakat kita menjadi silap bila hanya ingin mengutuk dan mengeji seseorg manusia itu yg tidak mengikut fitrah alam, nabi x mengaku umat n berdosa besar kate mereka. Sedarkah kita apa tanggungjawab kita sebagai masyarakat utk mengubah isu ini. bimbingan itu penting dan sokongan moral daripada org2 yg rapat juga penting.mereka juga manusia yg perlukan kasih sayang dan perhatian. janganlah permain-mainkan isu ini, bila da nampak kwn tu atau anak tu ade potensi utk kearah tu, pupuk dia dengan didikan agama dan nasihat..fahami perasaan dia, dekati dia n berikan sokongan moral. siapa kita nk kate kita kwn dia,kita adik dia,kita bapak dia yg hanya paham ape yg dia nk sebenarnya dalam hati n hidup dia. kita hakikatnya hanyalah manusia biasa dan bukan ahli ramal dan psychic yg ade kuasa melihat perasaan org lain. walaupun serapat mane pon. Kekadang org yg paling rapat ngan kita yg sebenarnya lagi susah hendak difahami. perkataan 'tanggungjawab' ini bukannya mudah, walaupun kita kate org len punye hal,xde kaitan ngan aku. hehe..agak lucu juga persepsi ini..mmg betul kate lecturer aku org skg n dulu jauh sekali berbeza.dulu kalu satu org wat salah satu kampong dtg menasihatkan,tp skrg jiran sebelah rumah pon x tegur. masing2 memegang tanggungjwb dengan masyarakat.tidak sorang pon terlepas. Teringat kate2 gurauan kwn aku suatu ketika dulu.'nak masuk syurga sorang2 x nk ajak kwn sekali'..hehe..

Saturday, July 24, 2010

Xde keje malam2 kt KL!




Malam2 da ajak lepak kt KL..haha..idea si semput ni..aku on ja. ajak skali ngan atoi, best friend aku rafi xdo plak ari tu..so kitorg g kuar memalam tgkap gmba..bukan nk kate pe tp kt dataran merdeka malam tu..tu aku tengok da cm satu perjumpaan antara mat2 motor n kete, bak kate semput ukhwah,.tp mostly mat2 motor la..anak2 melayu kita nih yang suka suasana havoc katakan..pepun aku mampu tengok sahaja telatah mereka.

Friday, July 23, 2010

Ape itu Melayu dan siapakah Melayu sebenarnya?


Melayu? definisinya kumpulan masyarakat pribumi yang hidup di kepulauan nusantara ini (malay archipelago)Tetapi dari segi definisi budaya (cultural definition), Melayu itu merangkumi seluruh penduduk pribumi di Dunia Melayu (Nusantara dalam pengertian di Malaysia), yaitu penduduk serumpun tidak kira agama, bahasa, dan adat istiadat masing-masing yang diikuti oleh masing-masing kelompok serumpun tersebut. Kerajaan Malaysia mendefinisikan Melayu sebagai penduduk pribumi yang bertutur dalam bahasa Melayu, beragama Islam, dan yang menjalani tradisi dan adat-istiadat Melayu.
Terdapat banyak teori asal usul melayu ini, Di dalam sejarah melayu yang diketahui ramai mengatakan kerajaan melayu bermula dengan kerajaan melayu melaka pada abad ke 14. Tahukah kita perkataan melayu itu sendiri telah ada sejak abad sebelum 1 masihi lagi?

Kali ini aku cuma ingin list kan definisi dan asal usul melayu dari berbagai-bagai bangsa dan tamadun..

Daripada buku pengembaraan Marco Polo, perkataan "Malauir" disebut untuk merujuk kepada suatu tempat di bahagian selatan Semenanjung melayu.
Di dalam text india purba Ramayana dan Vayu Purana (abad yg ke 3 sebelum masihi) dalam di perkataan sanskrit iaitu 'Malayadvipa' secara literalnya bermaksud 'pulau malaya'
Merujuk kepada Yijing, Melayu pada awalnya ialah suatu kerajaan yang bebas.tetapi lewat abad ke 2, sami yijing(i-tsing) merakamkan kali kedua kedatangannya balik ke Ma-La-Yu, tempat itu dijajah oleh kerajaan Srivijaya. Melayu mempunyai perdagangan emas dan barangan tempatan dengan pedagang2 dari luar.
Dalam buku Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang 1612 ada diceritakan asal-usul “raja Melayu” pertama (di Palembang) dari keturunan putri Hindia bernama Puteri Syahrul Bariyyah dengan Raja Iskandar Dzulqarnyn ( nama Inggerisnya Alexandre the Great, pahlawan Yunani dari Makedonia itu)
Tamadun Melayu sama disebut dalam Tamadun Kerajaan Funan, Kerajaan Campa dan Kerajaan Langkasuka sejak abad ke-1M lagi itu.
Teori al-Athir dan Tun Sri Lanang itu ada persamaannya dengan teori yang dipaparkan oleh de Eredia awal abad ke-17M, seorang pegawai Portugis di Melaka yang mengatakan “Melayu” (ejaan Portugisnya Malaio) berasal dari suku kaum Attayo/Attay/Cattayo di Serica negeri Scyth/Scythia di Parsi (Iran) yang juga menjadi keturunan orang Yunani .
Perkataan 'Himalaya' di Tibet yang terkenal itu bermakna “Gunung Tinggi” atau “Gunung Salji”
Perkataan 'Himalaya' atau Hi Malaya' dalam terjemahan jepun bermaksud api malaya.
Setengah ahli sejarah menegaskankan kerajaan di Jambi sebelum wujudnya Kerajaan Sriwijaya itulah berupa Kerajaan Melayu Tertua yang dirujuk oleh penulis-penulis China sebelum abad ke-6 Masihi lagi itu sebagai kerjaan Moloyu itu
Perkataan 'malayu' sendiri terukir dalam atas ukiran arca bertarikh pada abad 1246 masihi,dijumpai di padang rocore berdekatan dengan hulu sungai.
Terdapat rujukan sumber mineral dari kerajaan "mo-lo-yeu dalam catatan rekod china pada abad ke 7,dengan berbagai catatan china yang merujuk kepada 'Ma Li Yi Er'dan 'Wu Lai Yu'



"Here now is the story of a city called Palembang in the land of Andelas (Sumatra). It was ruled by Demang Lebar Daun, a descendant of Raja Shulan, and its river was the Muara Tatang. In the upper reaches of the Muara Tatang was a river called Melayu, and on that river was a hill called Si-Guntang Mahameru'...


Ini just post untuk pengetahuan korang je.nak percaya atau tidak terpulang lah..tetapi nak percaya sesuatu korang kena lah kaji sendiri dan banyakkan rujukan daripada pelbagai pihak terutama ahli sejarawan.setelah itu lah korang leh buat kesimpulan sendiri..jgn cepat percaya pada apa yang orang tulis..

New Digimon Series 'Digimon Cross War"



Citer yg da lama aku tunggu dekat 3 tahun nih akhirnya kuar..whoo..skg baru episod 3..still tunggu utk episod ke 4..x sabar nk tahu citer seterusnya..Hidup digimon!!!

Cabaran semester baru!!!



cam2 da jadik dalam hidup aku tengok kengkawan da start keje ,aku still blaja lg kerana nk menghabiskan tempoh blaja aku ni yg tinggal lg 1 semester lg!5 bulan lg..huh. dengan kenah malas aku nih kalu x berubah gak x taw la..duit bergantung pd ptptn dan famili..tp nk famili support aku slalu x dapat la diorg pon ade benda len lg nk setel kn. mlyn kenah kengkwn yg cm2 perangai la,terutama diri aku ni..kate2 yg menyakitkan..aku da x kisah dah sumer tu..aku tau siapa diri aku dan ape yg aku nk yg terbaik dlm hidup aku. kenkadang org kite ni suke bwk mulut ,canang sini sana,gosip la, tp tau ke hakikat nya yg sebenar?.. kengkadang kebenaran tu yg susah org nk terima tp klu kabar angin cepat je smpai..huhu..tengok persekitaran aku sekarang ni pun da cm2 terjadi..so nk cakap susah..klu kite defend pon x gune selagi manusia diciptakan mulut selagi itu mereka akan berkate. kekadang kite x sedar masalah yg kite punyer masalah bertimbun2 langit tp masalah org yg kita nk ubah. bule!x salah..dalam hukum pun xde pon ckp x ble nk nasihatkan orang .hhuh... cuma apa pun masalah kite kene bermula dengan diri kita dulu.....ape kita ni da cukup amal ibadatnya, org len ade ke yg x senang ati ke ngan kite, da dpt keje ke, still bergantung dengan duit famili ke, adik kite ni ok ke,mak kite sihat ke,bergaduh lg ke famili aku,masalah rumah tangga lg ke..benda2 sumer tu yg sebenarnya memberi impak besar dalam hidup kita.
hmm..aku, aku memang berubah tetapi perubahan tuk kebaikan aku, kalu benda2 yg ke arah keburukan tu ade la..nk kate kita sempurna x jgak..manusia diciptakan tuhan akan melakukan kesilapan(even nabi sendiri pon ditegur allah melalui malaikatnya). tanpa melakukan kesilapan kita tidak akan belajar dari kesalahan ,betul x?
Nk taw beza iblis ngan manusia..MANUSIA melakukan kesilapan dan bertaubat kepada tuhannya, IBLIS?walaupun da melakukan kesalahan still x mengaku kesalahannya dan tidak mahu bertaubat sehinggalah KIAMAT. Itulah kebenaran yg hakiki..
Perasaan aku dari dulu sehingga sekarang masih sama, xde yg berubah. kalu org kate aku da berubah mungkin penampilan aku dan sikap aku.tp layanan aku dengan kekawan still sama.aku bukannya'plastik'. Orang baik ngan aku aku baik ngan org, hidup aku bukan untuk orang lain tetapi untuk diri aku n famili.itu lah yg diutamakan. aku kene tanam pemikiran tu. kwn(bukan semualah) bersifat sementara..bila senang rapat, tp bila susah mereka jauh..mereka dtg dan pergi..sesetengah kawan ade dianggap seperti keluarga. susah and menangis bersama. kawan cm tu susah nk dapat,tp bila da dapat hargailah mereka dengan setulusnya.
walau apepun cabaran semester nih agak mencabar..kena ubah semua sikap buruk dan menjadi yg terbaik, walaupun kenkadang kita melakukan kesilapan tetapi kesilapan itulah yg mengajar kita balik, biar masa yg menentukan,bila mana sampai masa itu nnti kita akan sedar sendiri ape yg kita mahukan sebenarnya dalam hidup kita.Ini semua pilihan kita. pilihan tuk menjadi apa yg kita nak. di dunia dan di akhirat....

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL A.S Anak lelaki itu tinggal bersendirian di pulau tersebut. Dia sentiasa dijaga, diawasi, sert...