Thursday, January 24, 2013

Kisah Burung Ababil di dalam surah Al-Fill





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka? Dan Dia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan;Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras;Lalu Dia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat.
(Surah Al fil)

Surat Al-Fill di atas menceritakan kisah tentara bergajah yang menyerang kota Mekkah di tahun kelahiran nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitab At-Tafsiru Kabir karya Fahru razy menjelaskan, nama pemimpin pasukan itu adalah Abrahah bin As-Shabah Al-Ashrami, raja Yaman.tujuannya ingin meruntuhkan Ka'bah lalu mengalihkan peribadatan haji orang-orang arab ke kuil besar(Gereja) bernama Al-Qulais yang baru dibangun di kota San'a. Tafsir itu juga secara terperinci menyebutkan bahawa ada 9 atau 12 ekor gajah yang ikutserta dalam penyerangan,yang terbesar bernama mahmud. Namun rencana itu gagal kerana datangnya burung-burung yang melemparkan pasukan tersebut dengan batu-batu kecil sampai binasa.


Wednesday, January 23, 2013


MAULIDUR RASUL SEMPENA KELAHIRAN NABI MUHAMMAD S.A.W.


Maulidur Rasul (kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan(Kelahiran) Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal pada hari Isnin(Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala  dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Saturday, January 12, 2013

My Anime Bookmark

Bookmark(Anime Theme)
Material: Pen,Watercolor

Bosan2 xde keje bekarya lak sekejap..hehe...









Thursday, January 10, 2013

Sejarah Jata Negara


Kronologi Jata Negara Kerajaan Malaysia






Jata Negara pada tahun 1895





Jata Negara pada tahun 1948






Jata Negara pada tahun 1963






Jata Negara pada tahun 1965






Jata Negera yang terkini




Jata negara Malaysia telah melalui beberapa siri perubahan yang digunakan oleh kerajaan persekutuan. Persamaan jata negara kita menyamai karakteristik Heraldic Eropah .

Keterangan rekaan logo

Kuning : Melambangkan sistem Beraja
Bulan : Melambangkan islam sebagai agama rasmi persekutuan
Bintang 14 penjuru : Melambangkan 14 negeri bersekutu malaysia
Dua Ekor harimau : Melambangkan kekuatan dan keberanian dan juga melambangkan budaya melayu

Di tengah jata negara, perisai dibahagikan kepada 10 bahagian.

Merah, Putih, Kuning dan Hitam melambangkan Persekutuan Tanah Melayu(Perak, Selangor, Pahang and Negeri Sembilan).
5 Keris melambangkan negeri-negeri tidak bersekutu (Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah and Perlis).
sebelah kanan dan kiri melambangkan Melaka and Pulau Pinang.
Di tengah pula negeri Sabah and Sarawak. Di sebelah bawah pula Bunga kebangsaan Malaysia iaitu Bunga Raya.

(Sebelum ini, di sebelah tengah adalah dikhaskan untuk singapura tetapi diubah selepas singapura terkeluar dari Kerajaan persekutuan.)


Sejarah

Versi asal jata negara kebangsaan negara kita pernah digunakan sejak dari zaman kerajan persekutuan tanah melayu lagi di mana pada asalnya melibatkan 4 negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and Negeri Sembilan. Ianya diperkenalkan pada tahun 1895. Motto ditulis dalam bahasa Jawi, Dipelihara Allah. (Under Allah’s Protection)

Selepas Kerajaan persekutuan melayu dibentuk pada tahun 1948, lambang kebangsaan diubah selepas penambahan beberapa negeri dalam kerajaan persekutuan. Simbol Mahkota diubah kepada simbol bulan dan bintang. Perisainya pula mengandungi 5 keris dan lambang pulau pinang(Princess of Wales feathers) dan melaka (A Famosa). Motto diubah kepada Bersekutu Bertambah Mutu, kedua-duanya ditulis dalam bahasa melayu (Jawi) dan bahasa inggeris.

Lambang jata negara diubah buat kali keduanya selepas penggabungan Kerajaan persekutuan Malaysia, Singapura, negeri Sabah dan Sarawak diletakkan di sebelah bawah perisai tersebut. Lambang negeri Melaka dan Pulau Pinang pula diubah kepada pokok pinang dan pokok melaka. Ianya hanya diperkenalkan pada tahun 1963 dan bertahan selama dua tahun kemudian.

Selepas Singapura meninggalkan persekutuan, lambang tersebut diubah lagi dengan pengguguran lambang singapura. Lambang bunga raya pula digantikan.

Jata negara diubah lagi dengan rekaan dua ekor harimau yang lebih realistik. Sedikit perubahan pada simbol negeri Sarawak, Pulau Pinang and Sabah. Simbol Jata negara terkini digunakan sehingga sekarang.

Tuesday, January 8, 2013


Di sebalik Nama-Nama Bulan kalendar Gregorian 
dan Hari-Hari Masehi

BULAN

  • Januari – berasal dari perkataan 'Janus'iaitu tuhan berhala orang Romawi yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.         
  • Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo'(ataupun Februus) yang bermaksud ‘kesucian’. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu majlis untuk menghilangkan dosa.
  • Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  • April - berasal dari bahasa latin iaitu ‘Aperto‘yang bererti ‘terbuka’ atau ‘berkembang’. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* kerana      menghormati tuhan musim panas (summer). Dalam Mitos greek pula 'Aprilis' adalah bulan bagi dewi kecantikan dan kasih sayang orang-orang greek iaitu Aphrodite. Dewi Aphrodite juga dikenali sebagai Dewi Venus dalam mitos roman.
  • Mei - berasal dari perkataan ‘Maia’ iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi bernama ‘Atlas’.
  • Jun - berasal dari perkataan ‘Juno‘, salah satu tuhan orang Romawi.
  • Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah ‘Julius Caesar’ yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  • Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu ‘Caeser Augustus’ bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama ‘Sextilitis‘ (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  • September – berasal dari perkataan ‘Septem‘ yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  • Oktober – berasal dari perkataan ‘Octo‘ yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang ke sepuluh.
  • November – berasal dari bahasa latin iaitu ‘Novem‘ yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
  • Disember – berasal dari bahasa latin ‘Decem‘ yang bererti ‘sepuluh’ tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.  

HARI 

  • Sunday – berasal dari perkataan ‘Sun’s Day’ ertinya matahari.
  • Monday – berasal dari perkataan ‘Moon’s Day’ bererti hari bulan.
  • Tuesday – berasal dari perkataan ‘Day of Tyr’ sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama ‘Tyr’.
  • Wednesday – berasal dari perkataan ‘Woden’ nama salah satu dewa suci Rom.
  • Thursday berasal dari perkataan ‘Day of Thor’ sempena nama dewa Rom iaitu ‘Thor’ yang bermakna ‘Dewa Halilintar’.
  • Friday – berasal dari perkataan ‘Day of Freya’ iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ‘Freya’.
  • Saturday – berasal dari perkataan ‘Saturnus’ yang bererti bintang ‘Saturnus’ mengikut kepercayaan orang Romawi.

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...