Wednesday, March 30, 2011

Jom Mop Lantai!


Hari2 sampai tempat kejer benda pertama aku akan wat ialah bersihkan stor..setiap shift kitorang mesti ader dua org so ari ni aku shift ngan wirna..first time shift ngan minah nih..selalunya dengan Faz n Kristy...kene sapu lantai,mop lantai n pastu lap tingkap. kaunter2 tu pon kene lap.(da cm kejer cleaner aku nih!:Q)

Citer pasal mop lantai kan..masa dua minggu lepas shift ngan faz ,shift pagi aritu..si faz ni amik la stok take rokok(kira baki rokok)..kejer aku pon kene bersihkan kedai..so pas aku sapu lantai..aku pon amik air panas letak dlm baldi +sabun..aku pon mulakan adegan mengemop nih..
Syok gak mop lantai..nk mop pon ader teknik nya..Tenga2 mop lantai kan..aku pon tinggalkan tempat basah tu dengan meletakkan sekali tanda tuk peringatan orang yg lalu lalang kt depan kedai 7 eleven nih....'fuhh..lega cket..tinggal lak lap tingkap je kan'dlm hati kan..

lantai yg x kering lg nih tp ramai plak yg lalu lalang..aku pon syak kotor balik lantai aku nih..
tengok 2 balik..

HMM!!!berbekas ngan tapak kasut..byk lak tuh..tension aku..sekali lg aku amik mop tu aku mop ler lantai tuhh..(kali nih mesti x de ong lalu)..tinggalkan kejap je..fuhhhh..penuh balik bekas tapak kasut customer nih....aku pening..ahhh biar je lak..klu mop same je..kotor gak..pastu

Si Faz tu tegur.."suhad,awat ko x mop dulu separuh tempat tu supaya customer leh lalu..n da kering baru ko mop separuh lg..kan senang.." pikir2 balik kan bengong gak ku nih..menyusahkan diri jek..:P

Tuesday, March 29, 2011

Kisah Nabi Sith



NABI SITH diangkat sebagai nabi selepas nabi adam.merupakan anak adam yang tiada kembarnya iaitu hawa melahirkan 24 anak kembar masing2 lelaki dan perempuan. ada yang mengatakan 20 anak kembar dan sebagainya.Hawa setiap kali hamil semuanya kembar dua..dan hawa 20 kali melahirkan anak…maka semuanya jumlah 40 orang….manakala anak adam semuanya ada 41 orang..ini termasuk Nabi Sith a.s….Setelah Nabi Adam adalah Nabi Sith.

Nabi Syith adalah Nabi yang soleh dan berpengetahuan yang tinggi, kerana ia dianugerahi otak yang cerdas, ia banyak belajar ilmu pengetahuan dari nabi Adam. Dari nabi Syith Ilmu pengetahuan berkembang luas. Nabi Sith menetapkan kaedah2 hukum. Sejak terjadinya perkara pergaduhan atau jenayah pertama anak Adam Habil dan Qabil di muka bumi, maka sejak zaman nabi Syith sudah ada ketetapan-ketetapan hukum jenayah . Nabi Syith telah membuat timbangan sehingga setiap orang dapat membagi makanan secara adil. Selain itu nabi Syith juga telah mengembangkan ilmu hitung, ilmu Falaq (perbintangan) sehingga pada masa nabi Syith ilmu pengetahuan alam sudah berkembang dengan pesat.

Kisah nabi syith bermula selepas nabi adam dan hawa bergaduh untuk menentukan jodoh antara anak-anaknya.Nabi adam berasa dia berhak menentukan anak yang mana berkahwin dan hawa pula mahu dia yang menentukan jodoh anak-anaknya kerana dialah ibu mereka.

Pertelingkahan ini berterusan sehingga Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Adam untuk membuktikan siapa yang berhak.

Atas arahan Allah ,mereka pun membawa masing2 satu kendi (bekas)….mereka mengeluarkan benih masing2 dan diletakkan ke dalam kendi tersebut…kemudian diperam kendi tu….Setelah beberapa lama….masing2 pergi melihat kendi tersebut yang disimpan…

Adam membuka kendinya simpanannya, Dengan Kuasa Allah s.w.t., dengan gembiranya apabila terlihat bayi yang sangat comel…Adam membawa pulang anak comel tadi dan diberi nama Sith….

Hawa pula pergi melihat kendinya..tapi kering,tiada apa2 didalamnya….hampa dan kecewa…Ini bermakna Adam lah yang berhak menentukan jodoh anak-anaknya.

ketika Hawa dalam kekecewaan inilah Iblis Laknatullah datang untuk membantu….kata Iblis, dia boleh memberi seorang anak yang comel juga…tanpa diketahui Adam, Hawa pun bersetuju dgn tawaran Iblis tadi.. Iblis yang diberi Istidraj oleh Allah, mampu mengeluarkan bayi yang comel dari kendi Hawa….Hawa juga membawa pulang bayi ini dan diberi nama Sith juga…


Hmm…sekarang ada 2 Sith…Adam bingung…maknanya kedua2 anaknya dinamakan sith .

Stelah beberapa tahun dan anak2 nya (sith)sudah besar.

Allah mewahyukan kepada Adam supaya menyuruh anak2 ini keluar dari rumah untuk mencari gambaran Syurga….bagi membuktikan yang mana Sith yang sebenar…

Maka keluarlah anak2 ini mencari gambaran Syurga….seorang kekanan dan seorang kekiri…berjalanlah mereka kedalam hutan atau padang pasir….Satu ni SITH ADAM dan satu lagi SITH HAWA…



Sith Adam telah bertemu dgn Malaikat yang menyerupai Manusia , dan bertanyakan Gambaran Syurga…maka Malaikat itu pun menceritakan Gambaran Syurga….




Manakala SITH HAWA pula telah bertemu seorang Manusia juga, tapi yang dinyamarkan oleh Iblis tadi….dan sith hawa ini bertanya tentang Gambaran Syurga….diceritakan oleh Iblis tadi tentang gambaran Syurga itu.....
(sudah tentu iblis tahu kerana dia pernah duduk kt syurga sebelum kena laknat oleh Allah s.w.t.)



Apabila kedua2nya bertemu jawapan….mereka pun pulang kerumah bertemu dgn Ibu Bapa mereka….maka diceritakan gambaran Syurga tadi kepada Adam dan Hawa….cerita kedua2nya sama…..Adam dan Hawa memang tau itulah gambaran Syurga….

Hal ini membuat Adam jadi runsing lagi….siapakah Sith Sebenarnya??...Tak lama kemudian Allah mewahyukan lagi kpd Adam, supaya menyuruh anak2 ini keluar mencari gambaran Neraka…maka keesokan hari mereka diarahkan Adam utk mencari jawapan yang kedua ini…..Maka keluarlah anak2 ini mencari guru mereka td untuk mengetahui jawaban dari soalan Adam…..setelah mendapat jawapan…anak2 pulang kepangkuan ayah bonda mereka….maka berceritalah mereka gambaran Neraka….cerita dan jawapannya yang sama….

Adam makin rungsing…Adam terus menunggu arahan dari Allah….Sekali lagi Allah mengarahkan Adam supaya anak2 ini keluar pergi mencari ANAK KUNCI SYURGA….
Kata Adam, “Keluarlah kalian mencari anak kunci Syurga, selagi kalian tidak ketemunya,jangan kalian pulang…”….tegas Adam.

Seperti biasa, mereka pun melutut kepada guru mereka….Sith Adam bertemu Malaikat, dengan tersenyum sang guru memberitahunya….Anak Kunci Syurga adalah “ LAILAHAILLAH, MUHAMMADURRASULULLAH”…dengan girang Sith Adam pulang kerumah dan memperdengarkan adam Kalimah Tauhid kepada Walednya…..Inilah anak kunci Syurga wahai Abi….Anak inilah apabila dewasa diangkat oleh Allah sebagai Nabi,yang dikenali sebagai Nabi Sith a.s

Hawa terus menunggu kepulangan Sith nya….rupa-rupanya Sith Hawa yang menemui Si Iblis tadi,tidak mau mengajarnya kalimat Tauhid ni…dan Sith Hawa pergi mengikuti sang gurunya td…sehingga akhirnya Sith Hawa tidak pulang2 lagi….


Monday, March 28, 2011

Photo by Me (NIKON D 60)











Rutin ke tempat kejer

Pagi2 bangun je kul 6(itu pun setting jam h/p kul 6).bangun dengan terpaksa nak x nak kene kejer gak klu x xde la duitnyew...so aku trus g dapur masak .ade la masak tu ikut la,nk kate pandai masak x la tp masak basic itu taw ler.biasa masak nasi goreng je la. pas siap wat air and nasi terus capai tuala nk p mandi.tik tok tik tok da kul 6.30..wat pe2 yg perlu kewajipan tu.. aku bawak beg plastik aku tu yg ade baju kejer aku ni n baru capai kasut paul smith aku ni g kuar umah ke tempat kejer.

tengok jam da kul 6:40!..ceput2 aku pecut kaki aku, tenga2 jalan tu leh la tengok bdk2 sekolah g jalan kaki ke busstop, tengok orang baru nk kuar kejer, pakcik2 n makcik baru balik dari surau.. langit biru2 gelap nk ke biru cair..tenga2 jalan area umah aku byk hanjeng..ong2 cina bela..cm2 jenis anjing. lalu je org terus menyalak..ong2 cina kt situ x kesah ler tp aku pon geram aku pon menyalak balik..anjing pon balas gak menyalak(cam paham plak aku bahasa hanjeng nih) .

tenga 2 jalan lg tengok ong2 yenna n cina campur melayu nih tenga tunggu bas..tersipu2 aku lalu depan diorang ngan berpeluh2 muke aku..jalan kaki je bak kate..

sampai je depan tempat kejer tu..trus aku masuk kt tempat kejer aku..budak2 tempat kejer aku nih yg shift malam pon tegur.."awal datang"..huuh..Awal kot! harus la!pecut cam kereta lumba(takut lambat nk clock in).trus masuk kt pintu kt belakang tu masok dalam stor n clock in dalam komputer. fuhhhh..!sempat gak 6:49am..sempat gak. lambat cket je buleh kene warning letter dari SM(store manager)aku..huh...




letih siottt!

Sempat gak clock in..aku pon pasang kipas dalam bilik stor backroom untuk mengeringkan peluh2 jantan aku nih..nasib baik aku bwk minyak wangi aku..da rase ala kering2 tu aku pon amik minyak wangi dlm beg plastik aku sembur kt badan aku trus..wahh..segar cket rasernya.

tu ler tiap2 hari klu kuar kejer. penat tu penat tp kene sabar dulu..kumpul duit nk beli motor nya pasal.!

Saturday, March 26, 2011

Bermulanya Solat-Solat dari Nabi2 Allah



Solat SUBUH

Nabi Adam as ialah orang pertama yg mengerjakan iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihat ialah kegelapan di bumi dan baginda berasa teramat takut. Apabila fajar menyinsing, Nabi Adam as pun sembahyang dua rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur kerana Baginda terlepas daripada kegelapan malam.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

Solat ZOHOR

Nabi Ibrahim as ialah orang pertama mengerjakannya iaitu semasa Allah telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya, Nabi Ismail as. Seruan itu datang pada waktu tenggelamnya matahari, lalu Nabi Ibrahim sujud sebanyak empat rakaat.

Rakaat Pertama : Tanda bersyukur bagi penebusan.
Rakaat Kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat Ketiga : Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah.
Rakaat Keempat : Tanda bersyukur kerana korban anaknya digantikan dengan kibas.

Solat ASAR

Nabi Yunus as. manusia pertama mengerjakannya.Semasa Baginda dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan Nun yang telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana Baginda telah diselamatkan oleh Allah daripada empat kegelapan iaitu:


Rakaat Pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat Kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat Ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat Keempat : Kelam dengan perut ikan Nun.

Solat MAGHRIB

Ketika baginda Nabi Isa as. dikeluarkan oleh Allah daripada kejahilan dan kebodohan kaumnya (bani israel), waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada kejahilan tersebut iaitu:


Rakaat Pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat Kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya, Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat Ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah semata-mata, tiada dua atau tiganya.

Solat ISYAK

Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa as. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat Pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakat Kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.(semasa ketiadaan nabi musa nabi harun yang memimpin kaumnya)
Rakaat Ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat Keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun.


Udeh kejer tp ntah la sampe biler?

Da dpt kejer awal bulan nih , kejr kt 7 eleven selayang jaya, skg ni tenga menunggu gaji je ujung bulan nih.. walaupun gaji nya agak kecik tp cukup la untuk aku sorang. but still kejer nih bg aku hanyalah sementara..mungkin dalam setahun ke..nk sebut gaji pon segan la..hehe

MULA2 ingat kejer dia senang je..dulu seingat aku kejer kt 7 eleven nih just jaga pos je..tp sebenarnya ko kene jg satu stor! dari backroom dia hingga ke depan kedai dia ko kene ambik taw! hari first tu raser AZAB GILERR...terpikir je nk benti tp pikir2 kan tahun nih aku target nk beli motor. aku tangguhkan dulu impian aku..yelah..klu dpt kejer jauh nnti penat nk ulang alik nek bas.

SaPER KATER NEK BAS SENANG!!KO CUBER DULU HARI2 NEK BAS..PENAT GILER!!!
bukan penat pe tp penat menunggu bas..penat berdiri and ngan traffik lagi..aku dulu selalu nek bas taw le azab dia. and sebab itu aku nk simpan duit ngan gaji aku nih nk beli motor.. so biler aku dpt kejer impian aku tu senang la nk ulang alik kan!

yela ong kater ade blajar tinggi2 tp biler kuar kejer kt 7 eleven plak! bg aku xde kejer kt dunia nih semuanya senang k... cuber ko try kejer kt 7 eleven! penat aje tuhan yg tahu..

tp pe2 pon bnyk aku blajar dari tempat kejer aku nih..xpela.. wat sementara nih aku blajar la kejer 2nih..ado jugak pengalaman kan! bermula dari bawah..

at least aku blajar byk bende lebih lg dlm customer service.. jaga pos pon kene selalu senyum.. bila customer dtg kene ucap selamat datang..promote kt customer brg2 yg terbaru kt kedai.. kebersihan kedai kene jaga..kalu performance ok leh naik pangkat.

Aku lebih sebenar nya suker kejer benda yang aku minat..aku minat sgt nk jd kartunis. still skg nih wat komik aku sendiri sebagai port folio aku. bila balik je umah aku akan berkarya. aku ngan kawan aku siddiq(kwn kt uitm kelantan) ado planning nk hasilkan satu komik. dia sebagai penulis and aku pelukisnya....

ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...