Sunday, September 26, 2010

Jiwang jepun!












Stephanie , dilahirkan pada August 5, 1987 ,seorang penyanyi jepun berdarah kacukan amerika, merupakan juga seorang pelakon dan DJ,sekarang menetap di Tokyo, dia diserapkan ke dalam Sony Music Japan dan student kt Aoyama Gakuin University's school of law.




sedap dengar suara stephanie mix asia ni, video klip ni ada asal rakaman video dia masa kecik2 dulu.suka suki!:)

Saturday, September 25, 2010

keboringan!




















xde koje kt kedai toyrus,begambo ngan senjata mainan yg famous 'nerf'! berangan cm de zombi kt kedai..ahahaha.




Nak sgt tengok citer step up 3 nya psl.member klas ajak g tengok wayang kt bukit tinggi.kononya ade lah leh tengok step up 3 3D.Aritu rasenya khamis lepas, sampai kt bukit tinggi wayang xde yg 3 d.so ade yg cadang g sunway tengok wayang kt sane. g plak singgah tengok wayang kt sunway piramid.
sampai je sane terus ke kaunter tiket tp still xde 3d..huhu bantai je la tengok. hati dok x sabo nk tengok teringat member umah yg da p dulu tengok, kate best giler la tahap cipan!
tiket kul 4.30,jam skg?kul 3 lebih.apa lg g mkn la dulu. sorang nih ajak g restoran jepun namanya pasta zanmai.huhu..teow je p sane..fuhhh!tengok restoran je menelan air liuk aku nih..(tengok cm mahal je). dok la situ ngan tersipu2 nya.
mmg mahal pon!tp berbaloi2 sebab rasenya pon sodap!aku makan belut n sup ngan nasi la!air plak fruit tea ais.x rugi pon,around makan n minum tu ade lah dlm 30 ringgit! (klu mkn KfC lepas gak 2 kali round dinner plate!)
Pas je tengok step up 3 tuh!fuhh!mmg x rugi duit aku..x sia2..mmg best.nk taw kene tengok dulu haaha..better la dr step up yg dulu.rase nk download gak wat koleksi movie!
resident evil plak aku g tengok ngan pak9,member sorang rafi agak letih katenya nk p balik dulu n rehat.so movie yg aku nntikan sekian lama da muncul sambungan kpd resident evil yg dulu. aku mmg minat resident evil daripada game sampe ke komik dia. movie dia satu pon x miss.dari yg first sampe skg nih.

sebenonya lama gak aku x p sunway piramid.rase2nya dlm 6 tahun jgak!hahah.. gila x aku nih.name je dok KL tp x bejln2 pon!

Tuesday, September 21, 2010

Hina sangatkah janda nih??!!

Ape lah masyarakat kita hari ini..satu je sikap orang melayu kita yang susah nak ubah iaitu mentaliti kita .asal janda je perampas laki orang,gedik,'bitch',gila s#$,and pelbagai2 tomahan fitnah. biasanya pendapat aku laa ,yang dok canang2 kt janda2 tu cume ong2 pompuan je.laki tu ade gak tp kurang la..bini2 org nih yang rase diri tu tergugat..takut laki dia terpikat n kene rampas..x ble berborak cket ngan org lain terus cekup tgn laki dia xpon dok sindir janda2 nih..
alahai nasib janda..x buat pon salah,org still kate. berborak cket pon marah. bukannya nk pikat laki ko sgt pon..hensem sgt ke??.klu da cm tom cruise ke,brat pitt ka..ade gak juga ble la consider nk jeles2 tu. tp muka laki pon ala itik tercekit buah duku.rase diri tu tergugat plak..haahaha..
pelik la pompuan zaman skg nih!.da tau x cantik da..boyot tu x geti2 nk jaga badan.pikat cket laki ko tu. betul x? ni ntah.. badan penuh spare tayar,boyot,rumah tangga pon x geti nk jaga pas tu jeles2 x tentu pasal.
aku ni x kisah klu nk jeles tu..mmg fitrah semulajadi manusia. tp yg problem nya skg ni bukan je jeles tp yg dok sindir2 janda tu ngan kate2 yg hina n menyakitkan hati sampe ble menjatuhkan air muka org tuh! TU DA KIRA DOSA TUWW!ko keji ,kate,mengumpat n fitnah..dosa berantai jawabnya kt akhirat besok!
Salah ke janda tu nk bersolek n nk melawa. habis dak muda je,x khawin je yg ble bersolek.ape ade beza besar ke muda n tua nih.dia nk melawa pon bukannya ade laki pon. melawa sebab nk kene keje kan!..ko nk ke dtg keje selekeh2 kt pejabat tuh.haha!!ade otak!!ke masyarakt kite still xda otak yg dikurniakan tuhan tuk berfikir..kt tmpat keje ong2 n kwn pejabat dok kate n sindir2 kite selekeh ,x kemas la. tp bila kite da kemas,bersolek lawa2 ong len plak kate kita gatal la,mengedik with laki org la! Alahai!!!penatNYA nk puaskan hati org..
cuba korang2 yg masih berlaki nih bawak diri korang jd cm nasib janda tuh..da la laki xda nk support makan minum, duit dari a sampe z kene carik tuk diri dan anak2. penat tuh.. yang da nasib baik dpt laki tu,bersyukur pada tuhan korang masih ade laki yg ble support makan minum korang,dok memboyotkn spare tayar yg nk meletop tu pon tp still laki korang sayang kt korang..bersyukur la. ingat la.!! dunia ni bulat je n tuhan itu maha adil . walaupon korang da beramal gila babi pon..tp klu org yg korang keji tu x ampon kn korang.x cium syurga la jawabnya.tunggu la depan pintu syurga tu nk mintak ampun org yg ko keji sgt2 tuw!
heyy..ingat taw..isteri nabi muhammad s.aw.yg pertama tu janda jgak!beza lg 15 tahun ngan nabi.haa!!tu pon antara isteri yang paling top n PALING NABI SAYANG! Upsss..bg yg terasa tu bagus la n minta maaf kalu wat statemnt nih!harap2 blaja dr kesilapan n sama2 berubah tuk yg terbaik.

Thursday, September 2, 2010

Syaitan vs Manusia dahulukala ?





Syaitan atau juga Setan, (Arab: شيطان, Shaitan; Ibrani Piawai: שָׂטָן, Satan; Ibrani Tiberia Śāṭān; Greek Koine: Σατανάς, Parsi: اهریمن, Satanás; Aramia: סטנא, Saṭänä; Ge'ez: ሳይጣን Sāyṭān, Turki: Şeytan), , seperti yang diketahui dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi, asalnya adalah salah satu golongan Malaikat yang paling beriman dan amat taat,pintar,patuh dan kuat beribadah kepada Allah.Golongan syaitan ini yang diketuai oleh (Azazel)selepas ingkar dengan perintah Allah disebut(iblis laknatullah)@(devil of Lucifer). Walau bagaimanapun, menurut Islam, Syaitan dicipta dari api oleh Allah S.W.T. dan juga dikatakan berasal dari golongan Jin sebelum dipilih menjadi Malaikat. Ini membezakannya dari malaikat-malaikat lain. Disebabkan iblis ini menentang perintah Allah, dia diusir dari golongan malaikat dan dari Syurga, kerana ingkar akan perintah Allah untuk sujud kepada Nabi Adam sebagai penghormatan ciptaan-Nya yang mulia. Menurut agama Islam, Tuhan meletakkan taraf manusia lebih tinggi daripada makhluk-makhluk yang lain kerana mereka diberikan akal - terutamanya untuk membandingkan yang buruk dari yang baik. Syaitan membangkang ciptaan Tuhan pada manusia dan mencegah dari menyujud di hadapan Adam seperti dilakukan oleh para malaikat lain. Tuhan bertanya kepada Syaitan: "Apakah yang mencegahmu sujud menghormati sesuatu yang telah Aku ciptakan dengan tangan-Ku?" Syaitan menjawab: "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul dari dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya dari lumpur." Ini menunjukkan bahawa Syaitan merasa dirinya lebih bertaraf tinggi dari Adam kerana dia diperbuat dari api dan Adam diperbuat dari tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Syaitan berjanji dan berkata di hadapan Tuhan,nabi Adam dan para malaikat bahawa dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya (iaitu golongan manusia) sampai hari Akhirat kelak. Allah bersabda bahawa manusia yang mengikuti perintah-Nya tidak akan dibinasakan oleh Syaitan, tetapi yang mengikuti Syaitan akan turut dibinasakan dan diseksa di api neraka pada hari Akhirat. Syaitan juga yang memyebabkan Nabi Adam dan isterinya Siti hawa(eve) terkeluar dari Syurga, bisikannya menyebabkan anak mereka Qabil membunuh Habil. Walau bagaimanapun bumi Tuhan telah jadikan smata-mata untuk menjadikan manusia sebagai khalifahnya di bumi.jadi iblis bukan penyebab utama tetapi menjadi suatu penyebab sahaja untuk membentuk suatu naratif yang telah lama dirancang oleh tuhan. Peristiwa ini boleh kita baca dalam
surah al-Baqarah ayat 30,

“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?”

Ketika ini Malaikat sendiri bertanya mengapa Allah ingin menciptakan manusia. Tetapi dengan mudah Allah menjawab, “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.” dalam ayat yang sama.


Allah telah memberi jawapan kepada kita. Bahawa manusia tidak akan tahu mengapa mereka diciptakan oleh Allah. Walaubagaimanapun, Allah tetap memberi sedikit pengetahuannya kepada manusia dengan menjelaskan tujuan mereka hidup di muka bumi ini.

Antara yang Allah jelaskan mengapa Dia menciptakan manusia ialah, agar manusia dapat mengabdikan diri kepada-Nya dan seterusnya memakmurkan bumi sebagai khalifah-Nya.

Firman Allah dalam surah az-Zariat ayat 56,

“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”

Khalifah adalah satu keistimewaan yang besar dan hanya diberikan kepada manusia dan tidak diberikan kepada malaikat, jauh lagi untuk diberikan kepada jin. Daripada itu diyakini bahawa bukan setiap hamba itu layak dan berhak menjadi khalifahtullah. Seterusnya juga bukan setiap manusia yang pada hakikatnya hamba itu dengan sendirinya adalah khalifah. Walaupun dari segi hakikatnya manusia itu hamba dan khalifah Allah s.w.t. , namun dari segi konsep dan perlaksaan adalah tidak. Oleh kerana itu, maka manusia yang layak dan berhak menjadi khalifah itu ialah manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dan telah melaksanakan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t. dalam 4 ciri tersebut.
a) Akidah b) Akhlak c) Ibadah d) Syariat

“Ketahuilah sesungguhnya pengetahuan manusia amat terbatas berbanding pengetahuan Allah. Hanya Allah mengetahui apakah sebab dan faedah Dia menciptakan kita di muka bumi. Sebagai ciptaan, kita harus akur bahawa kita tidak ada daya dan kekuatan untuk mengatasi atau melampaui pengetahuan dari pencipta kita.”

Selamat berpuasa!!





Dalam hari2 terakhir bulan posa nih,sama2 lah kita bnykkan beribadat dan tambahkan ilmu disamping bykkan pahala di bulan yg mulia ni. da setiap tahun posa ni, nafsu makan minum pun da cam biasa je..x heran da sekarang nih..dulu x smpai setengah hari da lapar..tengok kengkawan yang x posa dulu makan ice cream masa kecik2 dulu terus x tahan..huhuhu..rindu lah masa kecik2 dulu. kalu posa ke x posa ke x kisah tp ibu selalu je ckp klu x posa x dpt pahala nnti x cukup bekalan bwk p syurga. klu posa penuh mesti ibu ade beli mainan atau ade alat main gamestation yang game kotak dulu2..best giler!!teringat cmne aku n adik aku p kumpul duit time pose semata nk beli game2 kotak yang masa itu kire satu kotak game tu pon da sampe 5o ringgit!!tp skg ni game pakai cd atau dvd je paling murah leh dpt 5 ringgit!hahah beza betul! ade sekali time mlm lailatul qadar gak masa tuh aku kecik lg,aku jalan2 abis semayang terawih ngan adik aku dari surau..ms tu still dok kt umah setinggan lama dulu.kawasan kampung!tetiba malam tu bulan bertukar jd warna biru and suasana masa tuh cantik sgt!lama gak aku pandang bulan tu!dari cahaya putih terang jd biru terang!mmg aku akan ingat sampe ari ni!!!
Anyway citer lama jugak yang best sekali..tp skg da besar nih aku rase menyesal plak jd ong dewasa!dulu berangan gile nk badan tinggi dan besar..benci tol bdk sekolah ejek aku pendek. sampe tebawak mimpi aku jd besar ngan badan yang tough,muka yang hensem..haahah.tp skg da besar sihat walafiat lg!muke je la kureng..hehe..tetiba nk berangan plak jd kecik balik..hihihi


ade artikel cket nk kongsi nih pasal lailatul qadar...

Malam al-Qadr adalah malam yang paling utama sepanjang tahun, berdasarkan firman ALLAH Ta’ala, ertinya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada Lailatul-Qadr. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadr? Lailatul-Qadr lebih baik dari seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3)

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin - malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat - malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata sheikh abu hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaallah malam qadar jatuh pada malam ke 25 ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 7 hb oktober 2007.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!

Sunat Mengintai Lailatul-Qadr

Disunnatkan mencari lailatul-Qadr itu pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan. Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam amat giat mencari saat itu pada sepuluh hari yang terakhir.

Dari Aisyah radhiAllahu ‘anhu berkata: “Bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam apabila telah masuk sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan, diramaikannya waktu malam, dibangunkannya keluarganya dan diikat eratnya kain sarungnya.” (HR Bukhari & Muslim)

Diriwayatkan oleh Ahmad dengan isnad yang sah dari Ibnu Umar radhiAllahu ‘anhu katanya telah bersabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam: “Barangsiapa mencarinya, hendaklah dicarinya pada malam kedua puluh tujuh!”


Tanda malam qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.

Marilah kita beramai-ramai memeriahkan suasana 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadat kepada allah swt dengan ikhlas dan penuh keimanan, mudah-mudahan kita dapat kurniaan allah yang kelebihannya pahalanya melebihi - 1000 bulan atau 83 tahun umur kita.


ASAL USUL KELAHIRAN DAJJAL (Part 2)

DAJJAL DISELAMATKAN OLEH MALAIKAT JIBRIL Anak lelaki itu tinggal seorang diri di pulau itu. Dia sentiasa dijaga, diawasi serta diberi...